UniMAP Conference and Proceedings
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing UniMAP Conference and Proceedings by Department "Universiti Malaysia Perlis"
Results Per Page
Sort Options
-
PublicationAmalan kepimpinan pengajaran pengetua di sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesanKajian ini memberikan tumpuan terhadap tahap amalan kepimpinan pengajaran pengetua dari segi pengamalan dimensi kepimpinan pengajaran antara sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan. Kajian ini dilaksanakan di 5 buah sekolah berkesan dan 5 buah sekolah kurang berkesan yang terdapat di negeri Perlis. Satu set borang soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut secara rawak bebas. Sebanyak 350 borang soal selidik telah diedarkan dan jumlah yang diterima semula adalah sebanyak 322. Seramai 164 orang responden terdiri daripada guru-guru yang mengajar di sekolah berkesan dan selebihnya iaitu serarnai 158 Orang responden terdiri daripada guru-guru yang mengajar di sekolah kurang berkesan telah mengisi borang soal selidik. Sebanyak lima hipotesis alternatif telah dibina dan diuji dengan menggunakan kaedah statistik min dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam dimensi mentafsir dan menyampaikan matlamat, dimensi mengurus kurikulum dan pengajaran dan dimensi memupuk iklim pembelajaran yang positif antara sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan. Manakala bagi dimensi mencerap dan memberi maklum balas kepada guru dan dimensi menilai program pengajaran, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan. Secara keseluruhannya, statistik deskriptif yang diperolehi menunjukkan bahawa tahap pengamalan tingkah laku kepimpinan pengajaran pengetua di sekolah berkesan adalah lebih tinggi iaitu pada min (M=3.80, SD=.59) berbanding sekolah kurang berkesan iaitu pada min (M=3.62, SD= .50). Kesimpulannya, pengetua di sekolah berkesan mengamalkan tingkah laku kepimpinan pengajaran lebih tinggi berbanding pengetua sekolah kurang berkesan.
2 2 -
PublicationBahasa Melayu dimertabatkan, Bahasa Inggeris dipertingkatkan: satu kupasan dalam konteks pengajian tinggi(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-21)Bahasa menjadi wadah utama sebagai alat komunikasi dalam menghubungkan sesuatu bangsa dan tamadun. Bahasa juga menunjukkan taraf sesuatu bangsa itu. Bahasa Melayu suatu ketika dahulu menjadi bahasa utama dan menjadi alat penghubung di Nusantara. Justeru itu usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu diteruskan dan di modenisasikan. Dalam dunia yang kian mencabar penggunaan bahasa Melayu perlu diperluaskan di peringkat sekolah sehingga Institusi Pengajian Tinggi. Usaha ini bukan hanya diarahkan kepada penggiat bahasa sahaja malah ianya perlu digerakkan secara menyeluruh. Kemajuan sesebuah negara bukanlah bergantung kepada penggunaan bahasa Inggeris sahaja, jika tidak mana mungkin negara-negara seperti Jepun, Perancis, Jerman dan lain-lain lagi boleh menguasai teknologi dunia dengan menggunakan bahasa mereka sendiri. Dalam hal ini tindakan memperkayakan dan memperbanyakkan kosa kata bahasa diperlukan bagi mewujudkan daya saing Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Justeru strategi menyeluruh dan jitu perlu dilakukan bagi merealisasikan hasrat ini. Dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu, bahasa Inggeris tidak kita lupakan kerana ianya kini menjadi bahasa utama di peringkat antarabangsa. Usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris turut dilaksanakan secara komprehensif.
-
PublicationFaktor-faktor yang mempengaruhi penentuan identiti diri remaja Melayu(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor–faktor yang mempengaruhi remaja lelaki dan perempuan Melayu dalam menentukan identiti diri mereka. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak. Responden dipilih dalam kalangan remaja Melayu dan merupakan pelajar dalam bidang kejuruteraan dan perniagaan, dari tahun satu sehinggalah tahun empat. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan “Statistical Package For The Social Sciences”(SPSS). Responden yang terlibat dalam kajian ini merupakan pelajar-pelajar Melayu di Universiti Malaysia Perlis yang berumur dalam lingkungan umur 19-25 tahun. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif di antara faktor-faktor pengaruh ibu bapa, ekonomi, rakan sebaya, pendidikan dan media massa dengan pembentukan identiti diri pelajar lelaki Melayu. Sebaliknya bagi pelajar wanita perhubungan positif hanya wujud di antara faktor-faktor pengaruh ibu bapa, pendidikan dan ekonomi dalam pembentukan diri pelajar wanita Melayu.
-
PublicationInovasi aset baru kecemerlangan pendidikan Melayu: inisiatif Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29)
;Raja Shah Erman Raja AriffinKertas pembentangan ini dibuat bagi menerangkan mengenai inovasi aset baru kecemerlangan pendidikan melayu melalui inisiatif yang dilakukan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Inovasi memainkan peranan penting dalam perkembangan dan pembangunan pendidikan sesebuah negara. Oleh itu, demi mencapai kecememerlangan dalam pendidikan melayu, inovasi di dalam pendidikan merupakan elemen utamanya. -
PublicationIsu pemansuhan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR): satu analisis persepsi staf UniMAP(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29)
;Raja Shah Erman Raja Ariffin ;Mohd Hizazy Yusof ;Mohd Jabar Tariq Alizul PakarDzairi Asrul DzainolIsu Pemansuhan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah(PMR) hangat rnenghiasi dada akhbar dan blog-blog dalam Internet. Isu tersebut mengundang pelbagai reaksi positif dan negatif dari pelbagai pihak yang tampil menyatakan pendirian. Namun belum ada kajian yang dibentangkan berkenaan pandangan masyarakat yang sepatutnya diberikan hak untuk mengutarakan pandangan. Atas dasar itu kajian ini dilakukan bagi rnelihat persepsi dan reaksi kakitangan Universiti Malaysia Perlis yang berjumlah 1,608 orang terhadap isu pemansuhan kedua-dua peperiksaan tersebut. Kajian ini akan menggunakan satu set soal selidik dan pemilihan kakitangan adalah dari semua peringkat perjawatan yang berkhidmat di UniMAP. Pemilihan responden dilakukan seeara rawak bebas dan dari 500 set borang soal selidik yang diedarkan, hanya sebanyak 279 set borang sahaja yang dikembalikan. Hasil analisis yang dilakukan didapati majoriti kakitangan UniMAP menolak hasrat kementerian untuk memansuhkan UPSR Dan PMR dan mereka turut tidak bersetuju dengan alasan kementerian bahawa peperiksaan ini perlu dimansuhkan kerana ia tidak membantu perkembangan pelajar sejajar dengan falsafah pendidikan negara. Diharap dengan hasil kajian ini, ia dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak-pihak yang berminat dengan isu ini. -
PublicationKelangsungan tulisan jawi dalam era globalisasi: satu analisisTulisan jawi adalah sebahagian daripada korpus warisan sejarah Melayu yang kaya dengan nilai seni dan ilmu. Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu lebih luas pengaruhnya dan berperanan amat penting untuk merakamkan secara bertulis kekayaan sejarah dan warisan bangsa, begitu juga peranan pentingnya membolehkan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu. Justeru itu, kebolehan membaca dan menulis jawi juga mempunyai hubungan penting dengan penghayatan terhadap agama Islam. Ini kerana, al-Qu'ran, hadith Nabi, dan kitab-kitab utama agama Islam adalah di dalam jawi. Kegagalan dan kealpaan umat Islam untuk menguasai tulisan jawi dibimbangkan akan menjauhkan mereka dari sumber dan naskhah asal khazanah ilmu hasil karya i1muwan Islam. Begitu juga yang berlaku dalam era globalisasi, didapati sistem tulisan jawi semakin terhakis dan diabaikan oleh generasi muda pada masa kini. Oleh yang demikian, kertas kerja ini cuba melihat bagaimana tulisan jawi dapat berfungsi dalam dunia digital maklumat bagi memastikan kelangsungannya sentiasa dapat bertahan dan memenuhi tuntutan semasa sebagai pusaka masyarakat Melayu yang agung. Analisis dilakukan dengan mengambilkira pandangan para saIjana dalam bidang berkaitan dan penulisan-penulisan ilmiah yang sedia ada. Kertas kerja ini mendapati tindakan mempertahankan tulisan jawi daripada pupus adalah satu perjuangan bangsa. lni kerana, tindakan tersebut adalah sebahagian daripada khazanah bangsa yang wajib dikekalkan, diberi keutamaan dan dipertahankan selagi Melayu tidak hilang di dunia.
-
PublicationKemelut survival Melayu dalam era globalisasiKeadaan orang Melayu pada hari ini semakin tergugat di tanah airnya sendiri. Walaupun diiktiraf sebagai peribumi namun, kedudukan mereka jauh terkebelakang berbanding kaum-kaum lain. Pelbagai data atau statistik dipaparkan mengenai kedudukan orang Melayu berbanding kaum lain. Namun, orang Melayu masih lagi di takuk yang lama. Persoalannya, mengapa keadaan ini masih lagi berlegar dalam kalangan orang Melayu. Sudah pasti keadaan ini menunjukkan yang orang Melayu berhadapan dengan kemelut yang sukar untuk ditangani dan menjadi parah jika keadaan ini tidak diatasi segera kerana bimbang orang Melayu tidak boleh bersaing dalam era globalisasi. Kemelut untuk meneruskan survival Melayu pada dasarnya tidaklah sukar untuk diatasi jika setiap orang Melayu sedar akan potensi, kelebihan dan kekuatan yang ada pada dirinya. Menjadi masalah jika Melayu itu tidak tahu tentang dirinya sendiri. Dengan 66% sebagai penduduk negara, tidak mustahil untuk Melayu bangun menguasai ekonomi negara kerana sejarah telah pun membuktikannya.
-
PublicationKesan faktor demografi terhadap keberkesanan e-pembelajaran di pusat pengajian tinggi di Malaysia(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)Tan Chee LiangKajian ini dibuat untuk melihat kesan faktor demografi terhadap keberkesanan sistem e-pembelajaran. Pelajar-pelajar daripada institusi pengajian tinggi dipilih secara rambang untuk tujuan menilai keberkesanan sistem pembelajaran dalam proses pembelajaran pelajar. Seterusnya data diproses dengan menggunakan perisian SPSS. Hasil daripada data yang di perolehi menunjukkan bahawa faktor umur, program pengajian dan juga tahap pendidikan pelajar mempunyai hubungan yang signifikan dengan keberkesanan sistem pembelajaran secara elektronik. Oleh itu, dicadangkan agar kajian semula terhadap kaedah penyampaian dalam proses pembelajaran dilakukan sebelum memulakan pengajaran dengan mengambil kira tentang latar belakang pelajar. Perbandingan harus dilakukan antara keberkesanan secara elektronik dan kaedah pembelajaran secara tradisional melalui penilaian pelajar selepas sesi kuliah. Pemeriksaan yang rapi dan teliti harus dilakukan. Pusat pengajian tinggi juga disarankan agar melihat sejauh mana kebolehan pelajar menggunakan teknologi e-pembelajaran sebelum memperkenalkan sistem teknologi pembelajaran dalam talian (online) bagi melihat kemampuan dan kebolehan mereka dalam menggunakan sistem e-pembelajaran dalam proses pembelajaran mereka.
-
PublicationMemperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di institusi pengajian tinggi: satu analisisIsu bahasa Melayu dalam zaman globalisasi terus menjadi topik perbincangan dan sering dipolemikkan oleh pelbagai pihak dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Melihat senario yang berlaku pada hari ini, hampir semua negara maju telah meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu yang menjadi pra syarat penguasaan ilmu di peringkat tinggi. Tambahan lagi dalam bidang sains dan teknologi, bahasa Inggeris diiktiraf sebagai bahasa yang mendominasi ilmu-ilmu yang bersifat teknikal. Penulisan ini cenderung untuk membincangkan pandangan para sarjana berkaitan kelangsungan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan menganaiisis pandangan terse but untuk mendapat satu rumusan yang konkrit. Oleh yang demikian didapati usaha untuk meningkatkan penguasaan bidang sains dan teknologi tidak sepatutnya mematikan kelestarian fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu khususnya di peringkat pengajian tinggi.
1 1 -
PublicationPerbandingan di antara pelajar yang menggunakan 'Hands-On Lab Intensive' dengan konvensional(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)
;Azlita Abdul JalilSistem pembelajaran yang berkualiti adalah sistem yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memanfaatkan segala pengetahuan dan kemahiran yang mereka pelajari kepada praktikal yang sebenar. Dalam menempuh dunia global yang penuh cabaran, pelajar bukan sahaja berdepan cabaran sesama mereka untuk mendapatkan pekerjaan namun mereka juga perlu membuktikan keupayaan mereka kepada pihak industri semasa melaksanakan tugas yang diamanahkan. Oleh itu, sistem pembelajaran pelajar perlulah seiring dengan apa yang dikehendaki oleh pihak majikan. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah memperkenalkan pendekatan “hands-on lab intensive” di dalam setiap program kejuruteraan yang ditawarkan di universiti. Pendekatan “hands-on lab intensive” ini bertujuan untuk memenuhi kehendak industri di samping memberi peluang kepada pelajar mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk keperluan pasaran telah dilakukan untuk membuat perbandingan pelajar yang menggunakan “hands-on lab intensive” di UniMAP dengan sistem konvensional yang diamalkan di universiti lain. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana sampel kajian terdiri daripada enam orang kakitangan UniMAP yang terdiri daripada mereka yang terlibat dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran di universiti yang berasaskan sistem “hands-on lab intensive” dengan konvensional. Hasil kajian mendapati kesemua informan berasakan kaedah “hands-on lab intensive” adalah lebih sesuai digunakan untuk program kejuruteraan di UniMAP berbanding kaedah konvensional. Oleh yang demikian, adalah diharapkan agar hasil kajian ini dapat memberi panduan kepada pihak pengurusan UniMAP dalam merangka program-program seterusnya yang lebih berasaskan “hands-on lab intensive” di samping memasukkan juga elemen konvensional ke dalam subjek yang ditawarkan. -
PublicationProgram Didik Cemerlang: memperkasakan pelajar Melayu Negeri Perlis(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)
;Raja Shah Erman Raja Ariffin ;Mohd Hizazy YusofMohd Jabar Tariq Alizul PakarDewasa ini, pendidikan merupakan teras kepada kecemerlangan sesebuah umat dan bangsa. Dalam memartabatkan sesebuah bangsa, aspek ekonomi, pendidikan dan sosial haruslah selari dengan perkembangan dunia. Imam al-Ghazali pernah berkata kemuliaan seseorang manusia adalah kepada tingkatan ilmu yang dimiliki. Justeru ilmu memainkan peranan penting dalam membezakan taraf sesuatu bangsa. Justeru Program Didik Cemerlang telah dirangka bagi tujuan membantu dan membimbing pelajar - pelajar bagi tujuan menghadapi peperiksaan utama iaitu Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia. Program Didik Cemerlang ini akan berlangsung selama setahun bermula dari bulan Mac 2009 sehinggalah pelajar menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia. Program ini melibatkan seramai 267 orang yang terdiri daripada 165 orang pelajar yang akan mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan 102 orang pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Berdasarkan kajian yang dilakukan, penerusan kelas dan bimbingan setiap bulan memberikan impak besar terhadap keputusan pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini. Lebih dari 65 peratus pelajar mendapat keputusan A dalam ketiga-tiga mata pelajaran yang ditumpukan dalam peperiksaan Penilaian Menegah Rendah. Malah hampir 94 peratus pelajar yang menyertai program ini bersetuju dan menyokong agar program seperti ini diteruskan di masa hadapan. Justeru program seperti ini perlu dilaksanakan setiap tahun agar tahap pencapaian anak Melayu ditingkatkan agar mereka mampu bersaing dengan pelajar-pelajar lain. -
PublicationProgram Seven Pillars : satu model pembangunan mahasiswa seimbang(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)
;Suffian Hadi Ayub ;Suraiya IbrahimNorizah AhmadDalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) kerajaan telah menekankan kepentingan pembangunan Modal Insan yang holistik untuk kepentingan sumber tenaga manusia pada tahun 2020. Dalam konteks ini, kerajaan lebih menumpukan golongan muda yang akan menjadi pewaris kepimpinan pada tahun 2020. Modal Insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Bagi merealisasikan matlamat ini tercapai, peranan UniMAP telah memainkan peranannya dengan memperkenalkan Program Seven Pillars yang berteraskan kemahiran insaniah selari dengan Modul Kemahiran Insaniah oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kajian telah dijalankan bagi melihat keberkesanan program ini terutama kepada pelajar Melayu. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif dengan menggunakan temu bual kumpulan terfokus (FGD). Soalan semi struktur telah digunakan untuk mendapatkan data daripada informan untuk menjawab persoalan kajian iaitu sejauh manakah Program Seven Pillars berkesan kepada diri dan kerjaya. Secara umumnya dapatan kajian menunjukkan bahawa Program Seven Pillars ini merupakan program yang berpotensi untuk digunakan secara berterusan dalam membentuk Modal Insan mempertingkatkan Institusi Pengajian Tinggi. -
PublicationSemangat kesukarelawan dalam kalangan mahasiswa Melayu di IPTA: satu tinjauan ke arah pembentukan pendidikan kesukarelawan(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29)
;Azizan Bahari ;Ku Amir Ku Daud ;Siti Rabaah HamzahTuriman SuandiKesukarelawan merupakan bidang yang semakin mendapat perhatian dalam meningkatkan keupayaan sesebuah komuniti. Ia merupakan aktiviti yang mampu memberi nilai kepada pembangunan insan terutamanya golongan belia. Kajian yang dijalankan ini telah meninjau semangat kesukarelawan dalam kalangan pelajar Melayu di IPTA. Seramai 3816 telah terlibat dalam kajian ini. Secara umumnya semangat kesukarelawan dalam kalangan pelajar adalah sederhana. Manakala antara aktiviti yang menjadi tumpuan dalam aktiviti sukarela ialah seperti aktivii sukan, aktiviti masyrakat dan badan beruniform. Kesukarelawan dalam kalangan pelajar Melayu masih sederhana. Penglibatan dan semangat kesukarelawan perlu ditingkatkan kerana memberi kebaikan dalam golongan belia terutamanya pelajar. Penglibatan kesukarelawan bukan sahaja dapat memberi nilai tambah kepada pelajar malah dapat melahirkan bakal pewaris kepimpinan negara yang berkualiti. -