Institusi pengajian tinggi di Malaysia merupakan pusat latihan dan bimbingan yang terbaik dalam melahirkan usahawan yang berjaya dan mempunyai tahap ketahanan yang tinggi dalam pasaran. Kebolehan pelajar menjadi usahawan semasa mereka belajar di universiti sangat berkait rapat dengan kemampuan mereka berdikari selepas mereka keluar dari alam universiti. Kertas ini menerangkan beberapa ciri usahawan pelajar yang boleh dijadikan panduan kepada pihak universiti untuk membangunkan dan mengenal pasti pelajar-pelajar yang mempunyai potensi sebagai usahawan dan seterusnya memberikan sokongan dan bantuan yang diperlukan bagi mengembangkan bakat yang mereka miliki. Pengenalan ciriciri usahawan pelajar ini juga akan menjadi panduan kepada pelajar mengembangkan bakat mereka dan kepada pendidik dan pentadbir universiti untuk membangunkan kurikolum dan kemudahan yang sewajarnya.