UniMAP Conference and Proceedings
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing UniMAP Conference and Proceedings by Title
Results Per Page
Sort Options
-
PublicationAmalan kepimpinan pengajaran pengetua di sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesanKajian ini memberikan tumpuan terhadap tahap amalan kepimpinan pengajaran pengetua dari segi pengamalan dimensi kepimpinan pengajaran antara sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan. Kajian ini dilaksanakan di 5 buah sekolah berkesan dan 5 buah sekolah kurang berkesan yang terdapat di negeri Perlis. Satu set borang soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut secara rawak bebas. Sebanyak 350 borang soal selidik telah diedarkan dan jumlah yang diterima semula adalah sebanyak 322. Seramai 164 orang responden terdiri daripada guru-guru yang mengajar di sekolah berkesan dan selebihnya iaitu serarnai 158 Orang responden terdiri daripada guru-guru yang mengajar di sekolah kurang berkesan telah mengisi borang soal selidik. Sebanyak lima hipotesis alternatif telah dibina dan diuji dengan menggunakan kaedah statistik min dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam dimensi mentafsir dan menyampaikan matlamat, dimensi mengurus kurikulum dan pengajaran dan dimensi memupuk iklim pembelajaran yang positif antara sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan. Manakala bagi dimensi mencerap dan memberi maklum balas kepada guru dan dimensi menilai program pengajaran, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan. Secara keseluruhannya, statistik deskriptif yang diperolehi menunjukkan bahawa tahap pengamalan tingkah laku kepimpinan pengajaran pengetua di sekolah berkesan adalah lebih tinggi iaitu pada min (M=3.80, SD=.59) berbanding sekolah kurang berkesan iaitu pada min (M=3.62, SD= .50). Kesimpulannya, pengetua di sekolah berkesan mengamalkan tingkah laku kepimpinan pengajaran lebih tinggi berbanding pengetua sekolah kurang berkesan.
2 2 -
PublicationBahasa Melayu dimertabatkan, Bahasa Inggeris dipertingkatkan: satu kupasan dalam konteks pengajian tinggi(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-21)Bahasa menjadi wadah utama sebagai alat komunikasi dalam menghubungkan sesuatu bangsa dan tamadun. Bahasa juga menunjukkan taraf sesuatu bangsa itu. Bahasa Melayu suatu ketika dahulu menjadi bahasa utama dan menjadi alat penghubung di Nusantara. Justeru itu usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu diteruskan dan di modenisasikan. Dalam dunia yang kian mencabar penggunaan bahasa Melayu perlu diperluaskan di peringkat sekolah sehingga Institusi Pengajian Tinggi. Usaha ini bukan hanya diarahkan kepada penggiat bahasa sahaja malah ianya perlu digerakkan secara menyeluruh. Kemajuan sesebuah negara bukanlah bergantung kepada penggunaan bahasa Inggeris sahaja, jika tidak mana mungkin negara-negara seperti Jepun, Perancis, Jerman dan lain-lain lagi boleh menguasai teknologi dunia dengan menggunakan bahasa mereka sendiri. Dalam hal ini tindakan memperkayakan dan memperbanyakkan kosa kata bahasa diperlukan bagi mewujudkan daya saing Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Justeru strategi menyeluruh dan jitu perlu dilakukan bagi merealisasikan hasrat ini. Dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu, bahasa Inggeris tidak kita lupakan kerana ianya kini menjadi bahasa utama di peringkat antarabangsa. Usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris turut dilaksanakan secara komprehensif.
-
PublicationBahasa: penghalang atau kelebihan kejayaan Melayu?(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29)Indirawati Zahid
5 1 -
PublicationCabaran pendidikan masyarakat Melayu: satu tinjauan sejarah dan masa kini(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29)
;Halipah HamzahNik Muniyati Nik DinPendidikan memainkan peranan bagi membangun dan mentamadunkan individu, rnasyarakat, dan negara. Masyarakat Melayu diperkenalkan dengan sistem pendidikan semenjak kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Pada era tersebut, sistem pendidikan rnasyarakat Melayu berteraskan kepada pendidikan Islam. Namun, selepas kedatangan penjajah Inggeris, sistem pendidikan Melayu mengalami perubahan. Masyarakat Melayu berhadapan dengan cabaran apabila pihak penjajah melaksanakan sistem pendidikan berasaskan pendidikan Inggeris. Hal ini kerana sekolah-sekolah aliran Inggeris mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris sedangkan majoriti bangsa Melayu tidak berbahasa Inggeris. Meskipun negara kita Malaysia telah mencapai kemerdekaan, dasar-dasar yang diperkenalkan oleh pihak penjajah ini masih terkesan dalam jiwa masyarakat Melayu. Malahan pihak Barat sentiasa berusaha memperkenal dan menyebarkan ideologi-ideologi dan budaya-budaya mereka kepada masyarakat Melayu khususnya golongan remaja. Perkara ini merupakan cabaran yang lebih sengit berbanding cabaran yang dihadapi oleh generasi terdahulu pada zaman penjajahan.3 2 -
PublicationCabaran pendidikan Melayu global(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)Nik Abdul Rakib Nik Hassan
1 1 -
PublicationFaktor-faktor yang mempengaruhi penentuan identiti diri remaja Melayu(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor–faktor yang mempengaruhi remaja lelaki dan perempuan Melayu dalam menentukan identiti diri mereka. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak. Responden dipilih dalam kalangan remaja Melayu dan merupakan pelajar dalam bidang kejuruteraan dan perniagaan, dari tahun satu sehinggalah tahun empat. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan “Statistical Package For The Social Sciences”(SPSS). Responden yang terlibat dalam kajian ini merupakan pelajar-pelajar Melayu di Universiti Malaysia Perlis yang berumur dalam lingkungan umur 19-25 tahun. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif di antara faktor-faktor pengaruh ibu bapa, ekonomi, rakan sebaya, pendidikan dan media massa dengan pembentukan identiti diri pelajar lelaki Melayu. Sebaliknya bagi pelajar wanita perhubungan positif hanya wujud di antara faktor-faktor pengaruh ibu bapa, pendidikan dan ekonomi dalam pembentukan diri pelajar wanita Melayu.
-
PublicationInovasi aset baru kecemerlangan pendidikan Melayu: inisiatif Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29)
;Raja Shah Erman Raja AriffinKertas pembentangan ini dibuat bagi menerangkan mengenai inovasi aset baru kecemerlangan pendidikan melayu melalui inisiatif yang dilakukan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Inovasi memainkan peranan penting dalam perkembangan dan pembangunan pendidikan sesebuah negara. Oleh itu, demi mencapai kecememerlangan dalam pendidikan melayu, inovasi di dalam pendidikan merupakan elemen utamanya. -
PublicationIsu pemansuhan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR): satu analisis persepsi staf UniMAP(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29)
;Raja Shah Erman Raja Ariffin ;Mohd Hizazy Yusof ;Mohd Jabar Tariq Alizul PakarDzairi Asrul DzainolIsu Pemansuhan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah(PMR) hangat rnenghiasi dada akhbar dan blog-blog dalam Internet. Isu tersebut mengundang pelbagai reaksi positif dan negatif dari pelbagai pihak yang tampil menyatakan pendirian. Namun belum ada kajian yang dibentangkan berkenaan pandangan masyarakat yang sepatutnya diberikan hak untuk mengutarakan pandangan. Atas dasar itu kajian ini dilakukan bagi rnelihat persepsi dan reaksi kakitangan Universiti Malaysia Perlis yang berjumlah 1,608 orang terhadap isu pemansuhan kedua-dua peperiksaan tersebut. Kajian ini akan menggunakan satu set soal selidik dan pemilihan kakitangan adalah dari semua peringkat perjawatan yang berkhidmat di UniMAP. Pemilihan responden dilakukan seeara rawak bebas dan dari 500 set borang soal selidik yang diedarkan, hanya sebanyak 279 set borang sahaja yang dikembalikan. Hasil analisis yang dilakukan didapati majoriti kakitangan UniMAP menolak hasrat kementerian untuk memansuhkan UPSR Dan PMR dan mereka turut tidak bersetuju dengan alasan kementerian bahawa peperiksaan ini perlu dimansuhkan kerana ia tidak membantu perkembangan pelajar sejajar dengan falsafah pendidikan negara. Diharap dengan hasil kajian ini, ia dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak-pihak yang berminat dengan isu ini. -
PublicationKelangsungan tulisan jawi dalam era globalisasi: satu analisisTulisan jawi adalah sebahagian daripada korpus warisan sejarah Melayu yang kaya dengan nilai seni dan ilmu. Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu lebih luas pengaruhnya dan berperanan amat penting untuk merakamkan secara bertulis kekayaan sejarah dan warisan bangsa, begitu juga peranan pentingnya membolehkan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu. Justeru itu, kebolehan membaca dan menulis jawi juga mempunyai hubungan penting dengan penghayatan terhadap agama Islam. Ini kerana, al-Qu'ran, hadith Nabi, dan kitab-kitab utama agama Islam adalah di dalam jawi. Kegagalan dan kealpaan umat Islam untuk menguasai tulisan jawi dibimbangkan akan menjauhkan mereka dari sumber dan naskhah asal khazanah ilmu hasil karya i1muwan Islam. Begitu juga yang berlaku dalam era globalisasi, didapati sistem tulisan jawi semakin terhakis dan diabaikan oleh generasi muda pada masa kini. Oleh yang demikian, kertas kerja ini cuba melihat bagaimana tulisan jawi dapat berfungsi dalam dunia digital maklumat bagi memastikan kelangsungannya sentiasa dapat bertahan dan memenuhi tuntutan semasa sebagai pusaka masyarakat Melayu yang agung. Analisis dilakukan dengan mengambilkira pandangan para saIjana dalam bidang berkaitan dan penulisan-penulisan ilmiah yang sedia ada. Kertas kerja ini mendapati tindakan mempertahankan tulisan jawi daripada pupus adalah satu perjuangan bangsa. lni kerana, tindakan tersebut adalah sebahagian daripada khazanah bangsa yang wajib dikekalkan, diberi keutamaan dan dipertahankan selagi Melayu tidak hilang di dunia.
-
PublicationKemelut survival Melayu dalam era globalisasiKeadaan orang Melayu pada hari ini semakin tergugat di tanah airnya sendiri. Walaupun diiktiraf sebagai peribumi namun, kedudukan mereka jauh terkebelakang berbanding kaum-kaum lain. Pelbagai data atau statistik dipaparkan mengenai kedudukan orang Melayu berbanding kaum lain. Namun, orang Melayu masih lagi di takuk yang lama. Persoalannya, mengapa keadaan ini masih lagi berlegar dalam kalangan orang Melayu. Sudah pasti keadaan ini menunjukkan yang orang Melayu berhadapan dengan kemelut yang sukar untuk ditangani dan menjadi parah jika keadaan ini tidak diatasi segera kerana bimbang orang Melayu tidak boleh bersaing dalam era globalisasi. Kemelut untuk meneruskan survival Melayu pada dasarnya tidaklah sukar untuk diatasi jika setiap orang Melayu sedar akan potensi, kelebihan dan kekuatan yang ada pada dirinya. Menjadi masalah jika Melayu itu tidak tahu tentang dirinya sendiri. Dengan 66% sebagai penduduk negara, tidak mustahil untuk Melayu bangun menguasai ekonomi negara kerana sejarah telah pun membuktikannya.
-
PublicationKesan faktor demografi terhadap keberkesanan e-pembelajaran di pusat pengajian tinggi di Malaysia(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)Tan Chee LiangKajian ini dibuat untuk melihat kesan faktor demografi terhadap keberkesanan sistem e-pembelajaran. Pelajar-pelajar daripada institusi pengajian tinggi dipilih secara rambang untuk tujuan menilai keberkesanan sistem pembelajaran dalam proses pembelajaran pelajar. Seterusnya data diproses dengan menggunakan perisian SPSS. Hasil daripada data yang di perolehi menunjukkan bahawa faktor umur, program pengajian dan juga tahap pendidikan pelajar mempunyai hubungan yang signifikan dengan keberkesanan sistem pembelajaran secara elektronik. Oleh itu, dicadangkan agar kajian semula terhadap kaedah penyampaian dalam proses pembelajaran dilakukan sebelum memulakan pengajaran dengan mengambil kira tentang latar belakang pelajar. Perbandingan harus dilakukan antara keberkesanan secara elektronik dan kaedah pembelajaran secara tradisional melalui penilaian pelajar selepas sesi kuliah. Pemeriksaan yang rapi dan teliti harus dilakukan. Pusat pengajian tinggi juga disarankan agar melihat sejauh mana kebolehan pelajar menggunakan teknologi e-pembelajaran sebelum memperkenalkan sistem teknologi pembelajaran dalam talian (online) bagi melihat kemampuan dan kebolehan mereka dalam menggunakan sistem e-pembelajaran dalam proses pembelajaran mereka.
-
PublicationKomunikasi berimplikatur: fungsi dan peranannya dalam masyarakat Melayu tradisional berdasarkan teks Sejarah Melayu(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29)
;Mohd Aris AnisAhmad EsaBanyak kajian telah dibuat berkaitan dengan seni berbahasa khasnya komunikasi. Walau bagaimanapun kajian mengenai komunikasi berimplikatur amat kurang dijalankan. Penggunaan komunikasi berimplikatur dalam masyarakat Melayu telah diamalkan sejak dahulu lagi seperti yang digambarkan dalam teks Sejarah Melayu. Kajian ini bertujuan untuk meninjau fungsi implikatur dalam komunikasi masyarakat Melayu. Kertas kerja ini akan melihat aspek komunikasi berimplikatur melalui analisis Teori Relevans dengan menggunakan teks Sejarah Melayu bagi mensahihkan pernyataan di atas. Komunikasi berimplikatur yang terdapat dalam teks tersebut akan dicungkil bagi memudahkan pemahaman dan mengetahui fungsi sebenar penggunaan komunikasi berimplikatur. Kaedah utama penyelidikan yang akan digunakan adalah kaedah analisis kandungan (content analysis method) di mana penyelidik akan menggunakan teks sejarah Melayu sebagai bahan kajian. -
PublicationMemacu personaliti bitara melalui pendidikan Melayu: realiti dan cabaran(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)
;Nor Azilah Ahmad ;Nor Fazilah Abd Hamid ;Nooraini SulaimanAsrull SemanUmum mengetahui Masyarakat Melayu merupakan masyarakat Majoriti negara ini. Peratusannya melebihi dari enam puluh % berbanding dengan masyarakat Cina dan juga India. Persoalannya adakah masyarakat majoriti akan tampil sebagai masyarakat yang paling terkehadapan mendahului masyarakat minoriti dari seluruh aspek sosioekonominya. Melalui pemerhatian yang dijalankan oleh penulis secara umumnya, banyak tulisan-tulisan yang mengenengahkan isu-isu dan juga persoalan permasalahan kaum Melayu sebagai masyarakat majoriti di Malaysia. Antara persoalan yang pernah dibangkitkan ialah Ke mana Perginya Keintelektualan Orang Melayu? Adakah Masyarakat Melayu mampu untuk menghadapi cabaran Kemajuan dan pelbagai lagi persoalan yang ditimbulkan. Menurut artikel yang dimuatkan dalam Milenia Muslim, edisi Ogos 2009 mendedahkan bahawa Melayu juga tidak kurang hebatnya dari sudut ketokohan intelektual yang wujud. Malah Sejarah juga telah melakarkan namanama tokoh-tokoh Melayu pernah memberikan sumbangan yang amat bernilai dan bermakna ke arah perkembangan keintelektualan bangsa. Hal ini menunjukkan betapa orang Melayu tidak kurang hebatnya dari sudut keintelektualan dan ramai yang memberikan sumbangan sehingga dikenang sepanjang zaman. Namun apakah cukup untuk kita berbangga dengan sumbangan mereka yang sudah pergi meninggalkan kita? Di manakah generasi Melayu kini yang diharapkan untuk menjadi pewaris dan penyambung keintelektualan Melayu itu? Kajian ini seterusnya cuba untuk memfokuskan kesedaran dalam mentaliti masyarakat Melayu untuk terus melakarkan kehebatan di arena pendidikan dan keintelektualan dalam pelbagai situasi dan kondisi.1 -
PublicationMemahami kedudukan Islam dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan: cabaran pendidikan Melayu dalam perspektif hubungan etnik(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29)
;Nik Yusri Musa ;Aminurraasyid YatibanNazri MuslimKertas kerja ini membicarakan perkara yang berkaitan dengan Islam dan orang Melayu sebagaimana peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai suatu subjek yang sangat penting untuk difahami dalam usaha menilai cabaran dan perkembangan Pendidikan Melayu. Peruntukan Islam sebagai agama persekutuan, hak kebebasan beragama, penetapan hal ehwal Islam sebagai sesuatu yang terletak dalam bidang kuasa negeri, kedudukan raja-raja sebagai ketua agama dan pembentukan Majlis Agama Islam untuk membantu menjalankan kuasa-kuasa tertentu. Manakala peruntukan orang Melayu seperti kedudukan istimewa orang Melayu, tanah rizab Melayu, Rejimen Askar Melayu di Raja dan persempadanan kawasan pilihanraya. Analisis menunjukkan Islam dalam perlembagaan itu bukan sahaja hanya terkandung dalam Perkara 3, tetapi iajuga harus dibaca bersama dengan Perkara 8, II, 12, 121, 150 dan kedudukan Yang di Pertuan Agong dalam hal ehwal agama Islam. Manakala analisis menunjukkan peruntukan orang Melayu bukan sahaja setakat dalam Perkara 153, tetapi juga terangkum dalam Perkara 8(5e), Perkara 89 dan 90 dan Jadua! Ketiga belas mengenai persempadanan kawasan pilihanraya. Kesimpulan secara umumnya menunjukkan bahawa Islam dan orang Melayu mempunyai keistimewaan dari agama lain di Malaysia. Orang Melayu pula mempunyai kelebihan dari orang bukan Melayu serta dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Apakah situasi tersebut menggugat keadilan atau kesamarataan yang perlu dikecapi bersama oleh rakyat Malaysia yang pelbagai sifatnya? Bagaimana impak kefahaman ini mampu diterjemah dalam mendepani cabaran pendidikan Melayu yang turnt berkait langsung dengan kepelbagaian etnik yang sedia ada di tanah air? Perbincangan kertas kerja ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama mengenai peruntukan Islam dalam perlembagaan dan bahagian kedua menyentuh tentang peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan. Perbincangan dalam kertas kerja ini juga akan memfokuskan perspektif hubungan etnik di Malaysia kerana kedua-dua perkara ini iaitu Islam dan Melayu dalam perlembagaan sentiasa menjadi polemik dalam masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik.1 1 -
PublicationMemperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di institusi pengajian tinggi: satu analisisIsu bahasa Melayu dalam zaman globalisasi terus menjadi topik perbincangan dan sering dipolemikkan oleh pelbagai pihak dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Melihat senario yang berlaku pada hari ini, hampir semua negara maju telah meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu yang menjadi pra syarat penguasaan ilmu di peringkat tinggi. Tambahan lagi dalam bidang sains dan teknologi, bahasa Inggeris diiktiraf sebagai bahasa yang mendominasi ilmu-ilmu yang bersifat teknikal. Penulisan ini cenderung untuk membincangkan pandangan para sarjana berkaitan kelangsungan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan menganaiisis pandangan terse but untuk mendapat satu rumusan yang konkrit. Oleh yang demikian didapati usaha untuk meningkatkan penguasaan bidang sains dan teknologi tidak sepatutnya mematikan kelestarian fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu khususnya di peringkat pengajian tinggi.
1 1 -
PublicationModel simulasi di dalam permainan board game: satu pendekatan pembelajaran inovatif di IPTA(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29)
;Shanizan Herman Mohd Radzi ;Mohammad Zukuwwan Zainol Abidin ;Mazlan Mohd SappriAsif Zamri ZainolPrestasi pelajar Melayu di dalam kursus pelabuhan adalah jauh ketinggalan berbanding prestasi pelajar dari keturunan yang lain. Ini adalah disebabkan kursus ini adalah bersifat aplikasi di mana pelajar perIu memahami konsep asas yang diterangkan di dalam kuliah. Kebanyakan pelajar Melayu lebih cenderung menghafal konsep-konsep ini dan akhimya mereka gagal menterjemahkannya kepada aplikasi sebenar yang seharusnya dikuasai. Kaedah pengajaran tradisional iaitu secara syarahan dan pembelajaran melalui nota kuliah untuk kursus pengurusan pelabuhan boleh diterapkan dengan idea pembelajaran aktif yang memberi tumpuan kepada menggalakkan penemuan pengetabuan oleh pelajar melalui alat dan kaedah pembelajaran yang lebih inovatif. Salah satu alat pembelajaran inontif yang boleh digunakan di dalam kuliah ialah board game. Tumpuan kajian ini ialah membangunkan model aliran proses hasil daripada pemerhatian aktiviti pelabuhan sebenar yang berlaku, uji main board game yang berada di pasaran serta merekabentuk mekanisme permainan yang selari dengan silibus kursus yang diguna pakai oleh pensyarah di dalam pengajaran. Di akhir kajian, sebuah prototaip board game bertemakan aktiviti pelabuhan akan terhasil dengan harapan dapat digunakan sebagai medium informasi alternatif kepada pemain iaitu pelajar untuk memahami setiap proses yang berlaku seterusnya menguasai mata pelajaran berkaitan yang diambil. -
PublicationPembangunan modal insan: siapakah yang memecahkan ruyungnya?(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)Nuraini Yusoff“Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya, kita mahu mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia, mempunyai hemah yang tinggi, berjiwa besar, cintakan negara dan mereka juga mempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani.” Demikianlah petikan kata-kata Perdana Menteri Malaysia dalam Perutusan Hari Kemerdekaan ke-48 pada 31 Ogos 2005. Kata-kata ini untuk rakyat Malaysia. Namun begitu dalam konteks membicarakan tentang ilmu pengetahuan pelajar Melayu, ingin di ketengahkan dua perkara yang saling berkaitan, iaitu budaya membaca dan penggunaan perpustakaan. Daripada penyelidikan yang dijalankan didapati rakyat Malaysia kurang membaca. Pelajar di sekolah dan di institusi pengajian tinggi tidak menjadikan membaca sebagai budaya hidup di samping kurang memanfaatkan kemudahan yang disediakan di perpustakaan secara fizikal atau secara maya. Natijah daripada situasi ini memberi kesan yang negatif kepada identiti pelajar Melayu. Pesan orang tua-tua “Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.” Soalnya sekarang siapakah yang akan memecahkan ruyung ini? Makalah ini membincangkan usaha-usaha yang boleh dipertimbangkan seperti Program Self Development Group yang berlandaskan Teori Pembangunan Identiti Pelajar Chikering (1976) yang dijalankan di Universiti Utara Malaysia dan juga melihat peranan perpustakaan dalam menggamit pengunjung supaya “sagunya” dapat dinikmati.
-
PublicationPendidikan Melayu & 1Malaysia: kualiti & kuantiti(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29)Idris Mohd NoorPendidikan negara mengalami dinamikanya mengikut tempoh yang boleh disebut sebagai kasikal (pondok, kolonialisme), transisi (pasca merdeka), lokaliti (I980-an) dan pranegara maju (2000-an). Sebagai sebuah negara yang bersifat majmuk secara sedar atau pun tidak, performans pendidikan dianalisis berasaskan kumpulan etnik. Indikator utarna performans pendidikan ialah kualiti pencapaian berdasarkan keputusan peperiksaan (kognitif, psikomotor), keupayaan masuk dalam pasaran kerja (utilitarian), pendapatan perkapita (utilitarian) dan pengamalan nilai serta peri laku (intrinsik).Satu analisis bersifat meta (meta-analysis) terhadap hal ini akan dikemukakan dalam kertas Ini dengan menggunakan angka-angka bandingan nisbah Melayu/Bumiputera dan bukan Melayu/Bumiputera: gred A dalam akademik - 40 : 60, profesional - 35:65, gejala sosial - 70:30, pendapatan - 30:70, kemiskinan - 90:10. Kertas ini bukan sekadar meluahkan rasa kesedihan semata-mata malah membuat resolusi cara mana menyelesaikan polemik melalui gagasan 1Malaysia.
1 -
PublicationPendidikan Melayu antarabangsa(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)Mohd Noor Mohd Said
-
PublicationPendidikan sebagai pondasi memperkokoh pembangunan bangsa(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)Rusli Zainal