UniMAP Conference and Proceedings
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing UniMAP Conference and Proceedings by Issue Date
Results Per Page
Sort Options
-
-
PublicationBahasa Melayu dimertabatkan, Bahasa Inggeris dipertingkatkan: satu kupasan dalam konteks pengajian tinggi(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-21)Bahasa menjadi wadah utama sebagai alat komunikasi dalam menghubungkan sesuatu bangsa dan tamadun. Bahasa juga menunjukkan taraf sesuatu bangsa itu. Bahasa Melayu suatu ketika dahulu menjadi bahasa utama dan menjadi alat penghubung di Nusantara. Justeru itu usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu diteruskan dan di modenisasikan. Dalam dunia yang kian mencabar penggunaan bahasa Melayu perlu diperluaskan di peringkat sekolah sehingga Institusi Pengajian Tinggi. Usaha ini bukan hanya diarahkan kepada penggiat bahasa sahaja malah ianya perlu digerakkan secara menyeluruh. Kemajuan sesebuah negara bukanlah bergantung kepada penggunaan bahasa Inggeris sahaja, jika tidak mana mungkin negara-negara seperti Jepun, Perancis, Jerman dan lain-lain lagi boleh menguasai teknologi dunia dengan menggunakan bahasa mereka sendiri. Dalam hal ini tindakan memperkayakan dan memperbanyakkan kosa kata bahasa diperlukan bagi mewujudkan daya saing Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Justeru strategi menyeluruh dan jitu perlu dilakukan bagi merealisasikan hasrat ini. Dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu, bahasa Inggeris tidak kita lupakan kerana ianya kini menjadi bahasa utama di peringkat antarabangsa. Usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris turut dilaksanakan secara komprehensif.
-
PublicationKesan faktor demografi terhadap keberkesanan e-pembelajaran di pusat pengajian tinggi di Malaysia(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)Tan Chee LiangKajian ini dibuat untuk melihat kesan faktor demografi terhadap keberkesanan sistem e-pembelajaran. Pelajar-pelajar daripada institusi pengajian tinggi dipilih secara rambang untuk tujuan menilai keberkesanan sistem pembelajaran dalam proses pembelajaran pelajar. Seterusnya data diproses dengan menggunakan perisian SPSS. Hasil daripada data yang di perolehi menunjukkan bahawa faktor umur, program pengajian dan juga tahap pendidikan pelajar mempunyai hubungan yang signifikan dengan keberkesanan sistem pembelajaran secara elektronik. Oleh itu, dicadangkan agar kajian semula terhadap kaedah penyampaian dalam proses pembelajaran dilakukan sebelum memulakan pengajaran dengan mengambil kira tentang latar belakang pelajar. Perbandingan harus dilakukan antara keberkesanan secara elektronik dan kaedah pembelajaran secara tradisional melalui penilaian pelajar selepas sesi kuliah. Pemeriksaan yang rapi dan teliti harus dilakukan. Pusat pengajian tinggi juga disarankan agar melihat sejauh mana kebolehan pelajar menggunakan teknologi e-pembelajaran sebelum memperkenalkan sistem teknologi pembelajaran dalam talian (online) bagi melihat kemampuan dan kebolehan mereka dalam menggunakan sistem e-pembelajaran dalam proses pembelajaran mereka.
-
PublicationFaktor-faktor yang mempengaruhi penentuan identiti diri remaja Melayu(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor–faktor yang mempengaruhi remaja lelaki dan perempuan Melayu dalam menentukan identiti diri mereka. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak. Responden dipilih dalam kalangan remaja Melayu dan merupakan pelajar dalam bidang kejuruteraan dan perniagaan, dari tahun satu sehinggalah tahun empat. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan “Statistical Package For The Social Sciences”(SPSS). Responden yang terlibat dalam kajian ini merupakan pelajar-pelajar Melayu di Universiti Malaysia Perlis yang berumur dalam lingkungan umur 19-25 tahun. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif di antara faktor-faktor pengaruh ibu bapa, ekonomi, rakan sebaya, pendidikan dan media massa dengan pembentukan identiti diri pelajar lelaki Melayu. Sebaliknya bagi pelajar wanita perhubungan positif hanya wujud di antara faktor-faktor pengaruh ibu bapa, pendidikan dan ekonomi dalam pembentukan diri pelajar wanita Melayu.
-
PublicationKemelut survival Melayu dalam era globalisasiKeadaan orang Melayu pada hari ini semakin tergugat di tanah airnya sendiri. Walaupun diiktiraf sebagai peribumi namun, kedudukan mereka jauh terkebelakang berbanding kaum-kaum lain. Pelbagai data atau statistik dipaparkan mengenai kedudukan orang Melayu berbanding kaum lain. Namun, orang Melayu masih lagi di takuk yang lama. Persoalannya, mengapa keadaan ini masih lagi berlegar dalam kalangan orang Melayu. Sudah pasti keadaan ini menunjukkan yang orang Melayu berhadapan dengan kemelut yang sukar untuk ditangani dan menjadi parah jika keadaan ini tidak diatasi segera kerana bimbang orang Melayu tidak boleh bersaing dalam era globalisasi. Kemelut untuk meneruskan survival Melayu pada dasarnya tidaklah sukar untuk diatasi jika setiap orang Melayu sedar akan potensi, kelebihan dan kekuatan yang ada pada dirinya. Menjadi masalah jika Melayu itu tidak tahu tentang dirinya sendiri. Dengan 66% sebagai penduduk negara, tidak mustahil untuk Melayu bangun menguasai ekonomi negara kerana sejarah telah pun membuktikannya.
-
PublicationMemacu personaliti bitara melalui pendidikan Melayu: realiti dan cabaran(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)
;Nor Azilah Ahmad ;Nor Fazilah Abd Hamid ;Nooraini SulaimanAsrull SemanUmum mengetahui Masyarakat Melayu merupakan masyarakat Majoriti negara ini. Peratusannya melebihi dari enam puluh % berbanding dengan masyarakat Cina dan juga India. Persoalannya adakah masyarakat majoriti akan tampil sebagai masyarakat yang paling terkehadapan mendahului masyarakat minoriti dari seluruh aspek sosioekonominya. Melalui pemerhatian yang dijalankan oleh penulis secara umumnya, banyak tulisan-tulisan yang mengenengahkan isu-isu dan juga persoalan permasalahan kaum Melayu sebagai masyarakat majoriti di Malaysia. Antara persoalan yang pernah dibangkitkan ialah Ke mana Perginya Keintelektualan Orang Melayu? Adakah Masyarakat Melayu mampu untuk menghadapi cabaran Kemajuan dan pelbagai lagi persoalan yang ditimbulkan. Menurut artikel yang dimuatkan dalam Milenia Muslim, edisi Ogos 2009 mendedahkan bahawa Melayu juga tidak kurang hebatnya dari sudut ketokohan intelektual yang wujud. Malah Sejarah juga telah melakarkan namanama tokoh-tokoh Melayu pernah memberikan sumbangan yang amat bernilai dan bermakna ke arah perkembangan keintelektualan bangsa. Hal ini menunjukkan betapa orang Melayu tidak kurang hebatnya dari sudut keintelektualan dan ramai yang memberikan sumbangan sehingga dikenang sepanjang zaman. Namun apakah cukup untuk kita berbangga dengan sumbangan mereka yang sudah pergi meninggalkan kita? Di manakah generasi Melayu kini yang diharapkan untuk menjadi pewaris dan penyambung keintelektualan Melayu itu? Kajian ini seterusnya cuba untuk memfokuskan kesedaran dalam mentaliti masyarakat Melayu untuk terus melakarkan kehebatan di arena pendidikan dan keintelektualan dalam pelbagai situasi dan kondisi.1 -
PublicationPembangunan modal insan: siapakah yang memecahkan ruyungnya?(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)Nuraini Yusoff“Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya, kita mahu mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia, mempunyai hemah yang tinggi, berjiwa besar, cintakan negara dan mereka juga mempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani.” Demikianlah petikan kata-kata Perdana Menteri Malaysia dalam Perutusan Hari Kemerdekaan ke-48 pada 31 Ogos 2005. Kata-kata ini untuk rakyat Malaysia. Namun begitu dalam konteks membicarakan tentang ilmu pengetahuan pelajar Melayu, ingin di ketengahkan dua perkara yang saling berkaitan, iaitu budaya membaca dan penggunaan perpustakaan. Daripada penyelidikan yang dijalankan didapati rakyat Malaysia kurang membaca. Pelajar di sekolah dan di institusi pengajian tinggi tidak menjadikan membaca sebagai budaya hidup di samping kurang memanfaatkan kemudahan yang disediakan di perpustakaan secara fizikal atau secara maya. Natijah daripada situasi ini memberi kesan yang negatif kepada identiti pelajar Melayu. Pesan orang tua-tua “Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.” Soalnya sekarang siapakah yang akan memecahkan ruyung ini? Makalah ini membincangkan usaha-usaha yang boleh dipertimbangkan seperti Program Self Development Group yang berlandaskan Teori Pembangunan Identiti Pelajar Chikering (1976) yang dijalankan di Universiti Utara Malaysia dan juga melihat peranan perpustakaan dalam menggamit pengunjung supaya “sagunya” dapat dinikmati.
-
PublicationTaj al-Salatin Bukhari al-Jauhari: menelusuri warisan silam dalam membentuk modal insan masa hadapan(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)
;Mhd Noor Mhd SaidShaiful Bahri Md. RadziTaj al-Salatin karya Bukhari al-Jauhari adalah karya yang berfungsi memberikan cadangan, anjuran dan nasihat terhadap perilaku yang seharusnya dimiliki oleh seseorang pemimpin berteraskan Islam. Karya karangan tahun 1603 di Acheh ini yang diklasifikasikan dalam perbendaharaan warisan kesusasteraan Melayu tradisional sebagai genre ketatanegaraan berfungsi bagi membentuk peribadi pemimpin berkualiti yang dinamai Bukhari sebagai ‘Yang berakal’ dan ‘Yang berbudi.’ Kualiti diri ‘Yang berakal’ dan ‘Yang berbudi’ ini antara lain adalah pemimpin yang memahami tugas dan tanggungjawab; beriman dan beramal salih; mengamalkan sifat sederhana; bijaksana; mendampingi kehidupan rakyat; menghormati ulama; menjadikan peribadi yang adil pada masa lalu sebagai contoh; dan mengasihi rakyat. Segala yang diutarakan Bukhari ini adalah selari dengan matlamat pembangunan modal insan yang dihasratkan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 31 Mac 2006 dalam berusaha ke arah pembentukan individu yang berketrampilan – perkasa diri dari segi fizikal, jasmani, intelek dan rohani. Modal insan itu adalah individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, berdisplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Jelasnya, modal insan alaf ke-21 ini adalah sepadan dan seiras ‘Yang berakal’ dan ‘Yang berbudi’Bukhari pada awal abad ke-17 lagi iaitu sekitar 400 tahun lalu. Sehubungan ini, dalam usaha ke arah membangunkan modal insan menerusi sistem pendidikan maka sastera Melayu tradisional khususnya karya Taj al-Salatin perlu diambilkira untuk direnungi dan diketengahkan agar pemikiran Melayu silam tidak terabai. -
PublicationPentingnya subjek sejarah dan tamadun bangsa sebagai wasilah pembentukan sikap dan jati diri dalam sistem pendidikan negara(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)Norsiah SulaimanKertas kerja ini adalah bertujuan untuk menjelaskan betapa pentingnya pengkajian terhadap sejarah dan tamadun bangsa bagi membina dan menanamkan sikap positif dan jati diri sesuatu bangsa. Juga menunjukkan pentingnya kajian sejarah dan tamadun bangsa dalam sistem pendidikan kebangsaan sebagai wasilah bagi membina sikap dan memantapkan jati diri bangsa Melayu. Kertas kerja ini akan diperteguh oleh satu soal selidik yang dikemukakan kepada beberapa kumpulan pelajar yang dipilih secara rawak, mereka terdiri daripada dua aliran pendidikan. Aliran sains seramai 154 orang atau 77.0% dan aliran bukan sains seramai 46 orang atau 23.0 %. Bagi melihat persepsi mereka tentang pentingnya subjek ini dalam sistem pendidikan di Malaysia, beberapa soalan telah diajukan, soalan-soalan ini sudah diuji tentang ke relevanan nya berdasarkan pengalaman mereka di sepanjang sesi persekolahan dan bidang pendidikan yang diikuti. Antara persoalan yang menjadi tumpuan adalah, kekuatan subjek dalam pembinaan sikap positif dalam diri (i), ketahanannya dalam memperteguh jati diri (ii) dan seterusnya memangkinkan kebangkitan bangsa (iii) dan memupuk idealisme perjuangan (iv) dalam mencapai wawasan yang lebih futuristik (v).Kaji selidik dianalisis dengan menggunakan sistem “Statistical Package For The Social Sciences” atau (SPSS). Setelah data dianalisis; didapati (i) seramai 58 orang atau 29.6% pelajar menyatakan sangat setuju, 117 orang atau 59.7% bersetuju,; keseluruhan 89.3%. (ii) didapati seramai 58 orang atau 29.0% sangat setuju, manakala 123 orang atau 61.5% pelajar bersetuju; keseluruhan 90.5%. (iii) Kajian mendapati 47 orang atau 23.9% amat setuju, selebihnya 120 orang atau 60.9% bersetuju, keseluruhan: 84.8%. (iv) Seramai 102 orang atau 51.0% amat bersetuju dan selebihnya 86 orang atau 43.0% bersetuju; keseluruhannya 94.0% . (v) seramai 52 responden atau 26.4% sangat bersetuju bahawa penghayatan terhadap subjek ini membenih wawasan yang lebih futuristik dan, 100 orang atau 50.8% bersetuju dengan frasa ini. Keseluruhan 77.2%. Responden memberikan cadangan untuk memperkasa kaedah pengajaran dan pembelajaran (P & P) yang lebih efisien dan tidak membosankan. Berdasarkan keseluruhan kajian, penulis telah mendapati maklum balas yang baik daripada responden. Didapati subjek sejarah dan tamadun masih diminati dan mereka bersetuju subjek ini diteruskan sebagai subjek teras dalam sistem pendidikan negara sedia ada.
-
PublicationPeranan sastera dalam menjana modal insan pelajar Melayu ke arah kemajuan pendidikan(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)Siti Khariah Mohd. ZubirKesusasteraan adalah satu cabang kesenian. Istilah kesenian atau seni bererti hasil ciptaan atau karya manusia yang berbentuk tulisan dan mengandungi unsur keindahan. Kesusasteraan bukan sahaja berunsur keindahan tetapi terkandung juga dengan unsur falsafah, pengajaran, pendidikan, kiasan dan perbandingan hidup dan seni pemikiran. Penulis yang mencipta karya cuba melukiskan sesuatu peristiwa atau kejadian, bahkan dapat pula menyelami jiwa yang dialami oleh seseorang yang dijadikan watak dalam karyanya. Kesusasteraan Melayu berfungsi sebagai alat pendidikan yang dapat mengimbangi rohani, mental, emosi, sahsiah dan sosial seseorang. Manakala modal insan pula merupakan individu yang tidak bersifat individualistik tetapi bersifat sebahagian daripada masyarakat Malaysia yang berilmu, berkeyakinan, memiliki nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, keluarga mantap, berdisiplin, dinamik, berdaya tahan tinggi, berinovasi, kreatif, sihat, bersemangat patriotik dan kenegaraan, adil, bersikap progresif, cekal, berintegrasi dan berbudaya saing. Kombinasi daripada peranan sastera dan individu yang berperanan sebagai modal insan dapat menjana pembangunan pelajar Melayu yang berdaya saing ke arah kemajuan pendidikan.
-
PublicationPendidikan Melayu antarabangsa(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)Mohd Noor Mohd Said
-
PublicationPendidikan sebagai pondasi memperkokoh pembangunan bangsa(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)Rusli Zainal
-
PublicationProgram Seven Pillars : satu model pembangunan mahasiswa seimbang(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)
;Suffian Hadi Ayub ;Suraiya IbrahimNorizah AhmadDalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) kerajaan telah menekankan kepentingan pembangunan Modal Insan yang holistik untuk kepentingan sumber tenaga manusia pada tahun 2020. Dalam konteks ini, kerajaan lebih menumpukan golongan muda yang akan menjadi pewaris kepimpinan pada tahun 2020. Modal Insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Bagi merealisasikan matlamat ini tercapai, peranan UniMAP telah memainkan peranannya dengan memperkenalkan Program Seven Pillars yang berteraskan kemahiran insaniah selari dengan Modul Kemahiran Insaniah oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kajian telah dijalankan bagi melihat keberkesanan program ini terutama kepada pelajar Melayu. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif dengan menggunakan temu bual kumpulan terfokus (FGD). Soalan semi struktur telah digunakan untuk mendapatkan data daripada informan untuk menjawab persoalan kajian iaitu sejauh manakah Program Seven Pillars berkesan kepada diri dan kerjaya. Secara umumnya dapatan kajian menunjukkan bahawa Program Seven Pillars ini merupakan program yang berpotensi untuk digunakan secara berterusan dalam membentuk Modal Insan mempertingkatkan Institusi Pengajian Tinggi. -
PublicationProgram Didik Cemerlang: memperkasakan pelajar Melayu Negeri Perlis(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)
;Raja Shah Erman Raja Ariffin ;Mohd Hizazy YusofMohd Jabar Tariq Alizul PakarDewasa ini, pendidikan merupakan teras kepada kecemerlangan sesebuah umat dan bangsa. Dalam memartabatkan sesebuah bangsa, aspek ekonomi, pendidikan dan sosial haruslah selari dengan perkembangan dunia. Imam al-Ghazali pernah berkata kemuliaan seseorang manusia adalah kepada tingkatan ilmu yang dimiliki. Justeru ilmu memainkan peranan penting dalam membezakan taraf sesuatu bangsa. Justeru Program Didik Cemerlang telah dirangka bagi tujuan membantu dan membimbing pelajar - pelajar bagi tujuan menghadapi peperiksaan utama iaitu Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia. Program Didik Cemerlang ini akan berlangsung selama setahun bermula dari bulan Mac 2009 sehinggalah pelajar menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia. Program ini melibatkan seramai 267 orang yang terdiri daripada 165 orang pelajar yang akan mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan 102 orang pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Berdasarkan kajian yang dilakukan, penerusan kelas dan bimbingan setiap bulan memberikan impak besar terhadap keputusan pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini. Lebih dari 65 peratus pelajar mendapat keputusan A dalam ketiga-tiga mata pelajaran yang ditumpukan dalam peperiksaan Penilaian Menegah Rendah. Malah hampir 94 peratus pelajar yang menyertai program ini bersetuju dan menyokong agar program seperti ini diteruskan di masa hadapan. Justeru program seperti ini perlu dilaksanakan setiap tahun agar tahap pencapaian anak Melayu ditingkatkan agar mereka mampu bersaing dengan pelajar-pelajar lain. -
PublicationPerbandingan di antara pelajar yang menggunakan 'Hands-On Lab Intensive' dengan konvensional(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)
;Azlita Abdul JalilSistem pembelajaran yang berkualiti adalah sistem yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memanfaatkan segala pengetahuan dan kemahiran yang mereka pelajari kepada praktikal yang sebenar. Dalam menempuh dunia global yang penuh cabaran, pelajar bukan sahaja berdepan cabaran sesama mereka untuk mendapatkan pekerjaan namun mereka juga perlu membuktikan keupayaan mereka kepada pihak industri semasa melaksanakan tugas yang diamanahkan. Oleh itu, sistem pembelajaran pelajar perlulah seiring dengan apa yang dikehendaki oleh pihak majikan. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah memperkenalkan pendekatan “hands-on lab intensive” di dalam setiap program kejuruteraan yang ditawarkan di universiti. Pendekatan “hands-on lab intensive” ini bertujuan untuk memenuhi kehendak industri di samping memberi peluang kepada pelajar mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk keperluan pasaran telah dilakukan untuk membuat perbandingan pelajar yang menggunakan “hands-on lab intensive” di UniMAP dengan sistem konvensional yang diamalkan di universiti lain. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana sampel kajian terdiri daripada enam orang kakitangan UniMAP yang terdiri daripada mereka yang terlibat dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran di universiti yang berasaskan sistem “hands-on lab intensive” dengan konvensional. Hasil kajian mendapati kesemua informan berasakan kaedah “hands-on lab intensive” adalah lebih sesuai digunakan untuk program kejuruteraan di UniMAP berbanding kaedah konvensional. Oleh yang demikian, adalah diharapkan agar hasil kajian ini dapat memberi panduan kepada pihak pengurusan UniMAP dalam merangka program-program seterusnya yang lebih berasaskan “hands-on lab intensive” di samping memasukkan juga elemen konvensional ke dalam subjek yang ditawarkan. -
PublicationRancangan hiburan di televisyen: ke arah peminggiran 'Bahasa Jiwa Bangsa'(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)
;Nasihah Hashim ;Nuraini Yusoff ;Marzalina Mansor ;Faizah AhmadAinal Akmar AhmadFaktor utama yang dikenal pasti dalam pembentukan tamadun manusia ialah agama dan bahasa (Braudel, 1993; Huntington, 1996; T. A. Ridwan, 2004). Kini, tamadun manusia boleh dikatakan berada di puncak kegemilangan, namun agama dan bahasa tetap menunjangi pembentukan modal insan yang menjana ketamadunan tersebut. Tidak hairanlah seandainya sesuatu tamadun akan terhakis dengan terhakisnya bahasa, dan bangsa akan pupus dengan pupusnya bahasa. Justeru, dalam makalah ini akan ditinjau aspek pembangunan modal insan dari sudut penggunaan bahasa Melayu di televisyen. Umum sedia maklum bahawa televisyen antara media yang berkesan untuk mempengaruhi masyarakat khususnya golongan remaja dan pelajar. Pandangan ini turut disokong oleh pelbagai dapatan penyelidikan. Jadi, sejauh manakah slogan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ mendapat sokongan daripada media? Hakikatnya bahasa bukan sahaja melibatkan kata-kata tetapi merangkumi keseluruhan roh dunia bangsa Melayu. Kemusykilan ini telah mendorong pengkaji meneliti rancangan-rancangan hiburan di televisyen. Rancangan-rancangan tersebut ialah Melodi, Sempurnakan Harimu, Muzik Muzik, Mencari Cinta, Terjah, Galaksi, dan Fuhh.. Kajian mendapati bahawa pengacara dan tetamu yang terlibat turut meminggirkan kemurnian bahasa Melayu. Peminggiran bahasa tersebut dapat dikategorikan seperti berikut, iaitu tatabahasa, bahasa rojak, bahasa slanga dan kesantunan bahasa. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana dalam tahun 2010 didapati semakin banyak rancangan hiburan yang lebih ‘berani’ diterbitkan berbanding lima tahun yang lalu. Oleh yang demikian, pembangunan modal insan menuntut supaya pihak media khususnya penerbit-penerbit rancangan hiburan untuk bertanggungjawab dalam melestarikan kemurnian bahasa melalui pendidikan tidak formal ini agar tidak bersubahat dalam peminggiran ‘Bahasa Jiwa Bangsa’. -
PublicationPerkembangan pendidikan anak-anak Melayu di Melaka: satu imbasan sejarah(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)
;Nor Fazilah Abdul Hamid ;Nooraini Sulaiman ;Nor Azilah AhmadHanissah MohamadKerajaan British pada awalnya tidak berhasrat untuk memajukan bidang pendidikan semasa mereka menjajah Tanah Melayu pada abad ke-19. Ini disebabkan pihak British berpendapat bahawa pendidikan khususnya untuk orang-orang Melayu tidak mendatangkan faedah dan dikhuatiri akan menimbulkan kesedaran pada golongan terdidik untuk menentang kerajaan British. Motif asal penjajahan pihak British adalah untuk mengaut kekayaan bumi Melayu menyebabkan mereka tidak mahu mencampuri urusan meningkatkan taraf hidup dan masyarakat pribumi yang dijajahnya itu. Pengalaman penjajahan British di India yang memberi kebebasan pendidikan yang berlebihan kepada rakyat India menyebabkan masyarakat pribumi itu telah bangun menentang pihak penjajah. Pengalaman pahit penentangan rakyat India pada waktu dahulu memperingatkan kepada pihak British supaya mengenepikan soal pendidikan untuk orang Melayu agar tidak timbul penentangan kelak. Namun atas desakan pembesar-pembesar Melayu, pihak pemerintah British di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB), pihak British merasakan ada baiknya memberikan pendidikan setakat pendidikan rendah untuk orang Melayu. British berpendapat hutang budi mereka kepada Raja-Raja Melayu telah dapat dibayar. Ini adalah balasan kepada Raja Melayu seperti yang dikatakan oleh pegawai British: “Government interest in Malay Education was of course dictated by a sense of duty towards a people with whome the British had assume certain treaty obligations” -
PublicationPerkembangan (prestasi) pendidikan menghadapi tantangan global(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)Nana Syaodih Sukmadinata
-
PublicationCabaran pendidikan Melayu global(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)Nik Abdul Rakib Nik Hassan
1 1 -
PublicationModel simulasi di dalam permainan board game: satu pendekatan pembelajaran inovatif di IPTA(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29)
;Shanizan Herman Mohd Radzi ;Mohammad Zukuwwan Zainol Abidin ;Mazlan Mohd SappriAsif Zamri ZainolPrestasi pelajar Melayu di dalam kursus pelabuhan adalah jauh ketinggalan berbanding prestasi pelajar dari keturunan yang lain. Ini adalah disebabkan kursus ini adalah bersifat aplikasi di mana pelajar perIu memahami konsep asas yang diterangkan di dalam kuliah. Kebanyakan pelajar Melayu lebih cenderung menghafal konsep-konsep ini dan akhimya mereka gagal menterjemahkannya kepada aplikasi sebenar yang seharusnya dikuasai. Kaedah pengajaran tradisional iaitu secara syarahan dan pembelajaran melalui nota kuliah untuk kursus pengurusan pelabuhan boleh diterapkan dengan idea pembelajaran aktif yang memberi tumpuan kepada menggalakkan penemuan pengetabuan oleh pelajar melalui alat dan kaedah pembelajaran yang lebih inovatif. Salah satu alat pembelajaran inontif yang boleh digunakan di dalam kuliah ialah board game. Tumpuan kajian ini ialah membangunkan model aliran proses hasil daripada pemerhatian aktiviti pelabuhan sebenar yang berlaku, uji main board game yang berada di pasaran serta merekabentuk mekanisme permainan yang selari dengan silibus kursus yang diguna pakai oleh pensyarah di dalam pengajaran. Di akhir kajian, sebuah prototaip board game bertemakan aktiviti pelabuhan akan terhasil dengan harapan dapat digunakan sebagai medium informasi alternatif kepada pemain iaitu pelajar untuk memahami setiap proses yang berlaku seterusnya menguasai mata pelajaran berkaitan yang diambil.