Home
  • English
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Português
  • Português do Brasil
  • Suomi
  • Log In
    New user? Click here to register. Have you forgotten your password?
Home
  • Browse Our Collections
  • Publications
  • Researchers
  • Research Data
  • Institutions
  • Statistics
    • English
    • Čeština
    • Deutsch
    • Español
    • Français
    • Gàidhlig
    • Latviešu
    • Magyar
    • Nederlands
    • Português
    • Português do Brasil
    • Suomi
    • Log In
      New user? Click here to register. Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Research Output and Publications
  3. UniMAP Conference and Proceedings
  4. Taj al-Salatin Bukhari al-Jauhari: menelusuri warisan silam dalam membentuk modal insan masa hadapan
 
Options

Taj al-Salatin Bukhari al-Jauhari: menelusuri warisan silam dalam membentuk modal insan masa hadapan

Journal
Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) 2010
Date Issued
2010-03-29
Author(s)
Mhd Noor Mhd Said
Universiti Malaysia Perlis
Shaiful Bahri Md. Radzi
Universiti Kebangsaan Malaysia
Handle (URI)
https://hdl.handle.net/20.500.14170/14722
Abstract
Taj al-Salatin karya Bukhari al-Jauhari adalah karya yang berfungsi memberikan cadangan, anjuran dan nasihat terhadap perilaku yang seharusnya dimiliki oleh seseorang pemimpin berteraskan Islam. Karya karangan tahun 1603 di Acheh ini yang diklasifikasikan dalam perbendaharaan warisan kesusasteraan Melayu tradisional sebagai genre ketatanegaraan berfungsi bagi membentuk peribadi pemimpin berkualiti yang dinamai Bukhari sebagai ‘Yang berakal’ dan ‘Yang berbudi.’ Kualiti diri ‘Yang berakal’ dan ‘Yang berbudi’ ini antara lain adalah pemimpin yang memahami tugas dan tanggungjawab; beriman dan beramal salih; mengamalkan sifat sederhana; bijaksana; mendampingi kehidupan rakyat; menghormati ulama; menjadikan peribadi yang adil pada masa lalu sebagai contoh; dan mengasihi rakyat. Segala yang diutarakan Bukhari ini adalah selari dengan matlamat pembangunan modal insan yang dihasratkan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 31 Mac 2006 dalam berusaha ke arah pembentukan individu yang berketrampilan – perkasa diri dari segi fizikal, jasmani, intelek dan rohani. Modal insan itu adalah individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, berdisplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Jelasnya, modal insan alaf ke-21 ini adalah sepadan dan seiras ‘Yang berakal’ dan ‘Yang berbudi’Bukhari pada awal abad ke-17 lagi iaitu sekitar 400 tahun lalu. Sehubungan ini, dalam usaha ke arah membangunkan modal insan menerusi sistem pendidikan maka sastera Melayu tradisional khususnya karya Taj al-Salatin perlu diambilkira untuk direnungi dan diketengahkan agar pemikiran Melayu silam tidak terabai.
Subjects
  • Taj al-Salatin

  • Bukhari al-Jauhari

  • Warisan silam

  • Modal insan

  • Generasi masa hadapan...

File(s)
Taj al-Salatin Bukhari al-Jauhari - menelusuri warisan silam dalam membentuk modal insan masa hadapan .pdf (118.41 KB)
google-scholar
Views
Downloads
  • About Us
  • Contact Us
  • Policies