Options
Noor Salwani Hussin
Preferred name
Noor Salwani Hussin
Official Name
Noor Salwani, Hussin
Alternative Name
Hussin, Noor Salwani
Hussin, N. S.
Main Affiliation
Scopus Author ID
57200992747
Researcher ID
HGX-7380-2022
Now showing
1 - 8 of 8
-
PublicationPemerkasaan al-Quran dan al-Sunnah penyumbang kepada kecemerlangan Tamadun Melayu: satu analisis( 2014)
; ; ;Nur kebenaran yang terpancar daripada isi kandungan al-Quran dan alSunnah mengandungi asas-asas keluhuran pembentukan peradaban sebagai panduan asas untuk diikuti oleh seluruh manusia. Al-Quran dan al-Sunnah menyeru semua masyarakat supaya kembali kepada pemikiran rasional dan realistik dan menyangkal pemikiran yang diikat dengan fahaman animisme, paganisme dan “syncretism”. Sebagai kitab yang paling sempurna diciptakan oleh Allah, maka al-Quran merupakan obor kebenaran yang menerangi liku-liku kehidupan yang perlu dilalui oleh setiap manusia. Begitu juga al-Sunnah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui petunjuk Ilahi menjadi petunjuk kepada manusia untuk menguruskan sistem kehidupan. Sejarah telah mencerahkan bahawa pengajaran yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah telah memberi impak yang positif terhadap kebudayaan Melayu. Ajaran Islam yang telah berstimulasi dalam kebudayaan Melayu telah menimbulkan satu gelombang yang hebat dalam menggerakkan proses merevolusi sistem pandangan hidup masyarakat yang telah memalingkan dari alam seni mitos yang khayal kepada pembentukan alam akal dan budi yang menuntut kepada kaedah tertib yang teratur. Islam telah mengubah lanskap kebudayaan Melayu kepada kepercayaan rasionalisme dan pengetahuan akliah. Manifestasi ini dizahirkan melalui sistem masyarakat yang berasaskan kepada kebebasan, keadilan dan kemuliaan keperibadian insan. Justeru itu, penelitian yang lebih kritis dan saintifik terhadap impak pengajaran al-Quran dan al-Sunnah terhadap perkaitannya dalam memperkasakan bangsa Melayu perlu dilakukan. Kajian yang dijalankan ini adalah bersifat kualitatif dengan mengkaji persejarahan Islam bagi mendapatkan gambaran yang lebih tepat tentang aspek budaya dan pemikiran serta realiti hidup masyarakat Melayu kini. Natijahnya, ajaranal-Quran dan al-Sunnah telah berjaya mewarnai sistem kepercayaan, falsafah, bahasa, sejarah dan kesenian masyarakat Melayu. Sifat dan hakikat kecemerlangan kebudayaan Melayu tidak dapat dijuzukkan daripada pengajaran Islam. Apa yang nyata, umat Melayu akan terus unggul dan berdaya saing sekiranya berpegang teguh dengan pegangan al-Quran dan al-Sunnah. -
PublicationImpak bahasa dan sastera di Alam Melayu: satu tinjauan terhadap cabaran kepada kehidupan masyarakat dalam era IR 4.0(Penerbit UniMAP (UniMAP Press), 2019)
; ; ;Jamsari Jamaluddin ; ;Alam Melayu mengalami tahap perkembangan yang tinggi selepas Melaka menjadi sebuah pelabuhan Entreport yang terkenal di Wilayah Nusantara sekitar abad ke-14 Masihi. Malah bahasa dan sastera turut berkembang secara positif apabila menerima pengaruh ajaran Islam yang dibawa masuk ke Nusantara. Namun begitu, apabila Malaysia terdedah kepada teknologi dunia digital, elemen-elemen asas seperti bahasa turut menerima kesannya dalam usaha untuk melestarikan bidang bahasa tersebut. Kertas kerja ini memfokuskan kepada sejarah perkembangan bahasa Melayu serta kesannya dalam konteks masyarakat dan kebudayaan. Penulisan ini adalah berdasarkan kepada kajian kepustakaan dengan melihat kepada sumber-sumber bertulis yang sedia. Maklumat-maklumat yang diperolehi tersebut akan dianalisis bagi mendapat maklumat yang tepat bagi menjawab persolan dalam kertas kerja ini. Analisis kandungan digunakan untuk menganalisis segala rujukan yang digunakan dalam kajian ini. Perkembangan teknologi pesat yang melanda dunia pada hari ini turut melanda wilayah Tanah Melayu. Penerimaan teknologi sebagai asas pembangunan kepada negara bukan hanya melibatkan sektor pembuatan dan perkhidmatan bahkan turut juga melibatkan aspek bahasa Melayu. Secara umumnya, didapati kesan kemasukan teknologi IR 4.0 memberi kesan terhadap bidang tersebut dalam konteks kemasyarakatan dan kebudayaan. Kedua-dua bidang tersebut memerlukan kepada pendekatan yang tertentu dalam usaha melestari dan memperkasakan bidang tersebut agar selari dengan keperluan dan perkembangan semasa. Tegasnya, usaha dan komitmen dalam kalangan rakyat dan pihak pemerintah adalah penting dalam usaha memartabatkan kegemilangan bahasa Melayu dalam generasi masa kini dan akan datang. -
PublicationPerkahwinan tanpa kebenaran : wacana dari sudut hukum dan perundangan Islam( 2015)
;Penulisan buku ini dimulakan dengan falsafah perkahwinan menurut syariat. Kupasan panjang lebar juga difokuskan kepada bab perwalian yang menjadi asas kepada perbahasan dan perbincangan terhadap isu perkahwinan tanpa kebenaran dari sudut pandang hukum dan perundangan yang sedia ada. Perbincangan perkahwinan tanpa kebenaran ataupun dikenali dengan istilah populisnya ‘kahwin lari’ lebih menarik lagi disebabkan perbahasan berkaitan dengannya berasaskan kepada kes-kes yang berlaku di Mahkamah Syariah. Beberapa cadangan penambahbaikan telah diberikan sebagai input tambahan kepada pihak berwajib dalam menangani permasalahan perkahwinan tanpa kebenaran. Secara keseluruhannya, buku ini dapat memberi gambaran umum berkaitan perkahwinan tanpa kebenaran yang berlaku di negeri Perlis.30 831 -
PublicationSocial entrepreneurship in the framework of the environmental sustainability goal( 2023-04-24)
;Fhiri N.S.D. ; ; ;Jamaluddin J. ; ;The purpose of this article is to raise a concern about the context and framework that social entrepreneurship in environmental sustainability. Social entrepreneurship for sustainability to go further other than organization because of social entrepreneurship have social value and innovative idea in environmental sustainability goal. By discussing the historical backgrounds of this issues to achieve environmental sustainability goal. One objective of social entrepreneurship is to ensure that the solving of social problem. This study, therefore attempted to examine the relationship between social entrepreneurship and environmental sustainability in Malaysia. The paper therefore, recommends environmental sustainability review in order to involve social entrepreneurship social values to the community. A conclusion is made that if environmental sustainability framework is properly implemented and all the associated advantages harnessed, the high level of environmental pollution in the country will be drastically reduced. In this regard, all community worldwide should actively embrace and sustain the spirit of the emerging social entrepreneurship. For example, entrepreneurial development in Nigerian higher institutions of learning can begin by encouraging the students to replicate the products that have been invented elsewhere in any part of the world while effort is then made to create what the world will also copy from them. This can be attained through community in Malaysia also.1 26 -
PublicationPembangunan Model Personaliti Unggul Pesalah Juvana (MPUPJ)( 2023)
; ;Nur Suriaty Daud @ Fhiri ; ; ;Mohd Soffian Mohammad Rosbi ; ; ;Jasin Abd HalimKesalahan jenayah dalam kalangan kanak-kanak adalah masalah sosial yang sangat membimbangkan. Secara umumnya, masalah kanak-kanak berkonflik dengan undang-undang atau terlibat dengan kesalahan jenayah adalah isu sejagat kerana ianya berlaku di semua negara di dunia. Sehubungan dengan itu, objektif utama artikel ini adalah untuk menganalisis definisi jenayah dan jenayah juvana di Malaysia. Pada masa yang sama, artikel ini juga memfokuskan kepada jenayah juvana yang berlaku di negeri Perlis. Di samping itu, artikel ini turut mengenalpasti hukuman yang dikenakan kepada kanak-kanak yang melakukan jenayah. Artikel ini mendapati bahawa terdapat kelompangan berkenaan faktor yang mendorong pesalah untuk berubah dan boleh mengubah pesalah juvana lain menjadi lebih baik. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kuantitatif iaitu penganalisisan data. Selain itu, kertas kerja ini juga membangunkan model personaliti unggul pesalah juvana. Model ini adalah penambahbaikan penambahbaikan kepada modul program pemulihan pesalah juvana sedia ada.7 138 -
PublicationQualitative study: The first stage of starting a business for entrepreneurs with disabilities( 2020-01-01)
; ;Bakar A.A. ;Rozali N. ;The People with Disability (PWD) are a part of the agents that can contribute to the development and sustainability of the country's economy. Encouraged through entrepreneurship in the entrepreneurship field can make a significant impact on this group and indirectly on the country. The main purpose of this article is to discuss two objectives of the study, namely to identify the impetus experienced by entrepreneurs with disabilities in starting a business and to understand the situation experienced by people with disabilities in starting a business. Therefore, this study was conducted through a qualitative method using a semi-structured interview approach involving eight informants comprising entrepreneurs with disabilities to obtain research information.17 1 -
PublicationWarisan seni Keris tradisional Melayu: satu analisis dari perspektif kebudayaan Melayu(Penerbit UniMAP (UniMAP Press), 2019)
; ; ;Jamsari Jamaluddin ; ; ;Amani Ali ; ;Keris merupakan senjata warisan yang menjadi lambang keberanian dan kesatriaan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Kehebatan senjata itu begitu istimewa hinggakan pahlawan Melaka, Laksamana Hang Tuah begitu sinonim dengan keris yang dikenali dengan Taming Sari. Sehingga kini, keris menjadi lambang kebesaran institusi kesultanan Melayu di negara ini. Keunikan keris bukan sahaja terserlah ketika ditampilkan dalam gerak jurus persilatan, malah ia bermula daripada pembuatannya yang teliti dan halus. Meskipun, keris dilihat sebagai alat kebesaran dan kebudayaan namun mitos-mitos yang beredar dalam kelompok masyarakat yang beranggapan keberadaan keris dipandang dan difahami dengan cara yang salah menyebabkan salah satu benda peninggalan budaya ini dijauhi oleh golongan muda pada masa kini. Sebagai contoh, mitos mendirikan keris harus memiliki ilmu kebatinan dan lain-lainnya, tetapi sekiranya difikir secara logik mendirikan keris adalah disebabkan oleh keseimbangan menguasai benda, seperti dalam hukum fizik dan graviti. Kepercayaan mistik tersebut masih lagi melekat dalam kepercayaan masyarakat yang dipegang oleh masyarakat tradisional dahulu malah masih lagi dipercayai oleh masyarakat moden pada hari ini. Penulisan kertas kerja ini adalah bersumberkan kepada dokumen-dokumen bertulis yang sedia ada. Analisis berkaitan dokumen bertulis tersebut akan disaring bagi menjawab persoalan kajian dalam kertas kerja ini. Umumnya, pemahaman tentang keris ternyata masih lagi mendapat tempat dalam masyarakat khususnya dalam kalangan individu pengumpul keris dan pencinta kebudayaan. Pada awalnya fungsi keris memang dianggap sebagai senjata tikam. Namun, apabila berlakunya perkembangan dan perubahan zaman fungsi keris telah berubah menjadi alat pusaka. Pada masa tertentu keris juga sempat dijadikan sebagai simbol status sosial dan pada masa kini penerimaan keris cenderung kepada alat perhiasan dan kesenian serta kebudayaan.28 25 -
PublicationApproach to qualitative study methods: Exploration of support received by entrepreneur with disability( 2021-07-21)
;Norhasyikin Rozali ; ; ;Jamaluddin J. ;Ahmad Fahmi MahmoodSupport is one of the most important elements for a disabled entrepreneur to grow a business. However, this support is not only financial in nature but consists of various other needs. In fact, the support medium is not only the government but also NGO and others. The main purpose of this article is to discuss the objective of the study, which is to explore the support received by entrepreneurs with disability to grow the business. The second objective is to understand the situation experienced by people with disabilities in start business. Therefore, this study was conducted through qualitative methods using a semi-structured interview approach involving 8 informants consisting of disabled entrepreneurs to obtain research information.3 29