Now showing 1 - 10 of 12
  • Publication
    Issues of human development towards a prosperous life
    This book is planned based on the responsibility to enlighten readers about issues surrounding human development. These issues are often resolved around the rapid changes in human development corresponding to today’s reality and human needs. To bridge the gap, the writers have taken proactive measures to produce and compile a collection of academic articles and published this collection as a book to provide valuable input and insight into human development. The topics discussed focus on multiple disciplines such as humanities, psychology, community, IT and communication, and entrepreneurship. It is hoped that this publication will highlight important input to society, policymakers, and students alike in efforts towards sustainable human development and enrichment of knowledge.
  • Publication
    Perkahwinan tanpa kebenaran : wacana dari sudut hukum dan perundangan Islam
    Penulisan buku ini dimulakan dengan falsafah perkahwinan menurut syariat. Kupasan panjang lebar juga difokuskan kepada bab perwalian yang menjadi asas kepada perbahasan dan perbincangan terhadap isu perkahwinan tanpa kebenaran dari sudut pandang hukum dan perundangan yang sedia ada. Perbincangan perkahwinan tanpa kebenaran ataupun dikenali dengan istilah populisnya ‘kahwin lari’ lebih menarik lagi disebabkan perbahasan berkaitan dengannya berasaskan kepada kes-kes yang berlaku di Mahkamah Syariah. Beberapa cadangan penambahbaikan telah diberikan sebagai input tambahan kepada pihak berwajib dalam menangani permasalahan perkahwinan tanpa kebenaran. Secara keseluruhannya, buku ini dapat memberi gambaran umum berkaitan perkahwinan tanpa kebenaran yang berlaku di negeri Perlis.
  • Publication
    Melestarikan pembangunan komuniti sejahtera
    ( 2015) ;
    Juliana Ahmad
    ;
    Melestarikan Pembangunan Komuniti Sejahtera merupakan Siri Diges Kemanusiaan yang menghimpunkan artikel-artikel mengenai isu-isu berkaitan bidang kemanusiaan. Fokus utama buku ini adalah membincangkan peranan dan tanggungjawab masyarakat bagi melahirkan sebuah komuniti yang sejahtera. Bidang kemanusiaan sentiasa relevan dan sentiasa menarik minat pelbagai pihak untuk mencapai kesejahteraan sejagat. Buku ini dapat memberikan pencerahan dan panduan yang berguna kepada para pembaca untuk memperbaiki diri, seterusnya membentuk masyarakat yang berakhlak dan bermoral yang menyumbang kepada keharmonian negara.
  • Publication
    Keusahawanan, inovasi dan perniagaan
    ( 2012) ;
    Ku Halim Ku Ariffin
    ;
    ; ;
    Mohd. Mizan Mohammad Aslam
    ;
    Azizi Halipah
    ;
    ;
    Buku ini dapat memberi gambaran kepada pembaca tentang ilmu keusahawanan, kemahiran tentang usahawan berjaya, bagaimana membina rancangan perniagaan di samping ilmu asas tentang kepentingan inovasi dalam disiplin keusahawanan. Usahawan dituntut untuk memimpin dirinya sendiri dan segala usaha yang dilakukan. Menjadi usahawan yang hebat, wajar memiliki perwatakan peribadi yang utuh, berusaha memiliki sumber pengeluaran yang mencukupi serta mampu bersaing dalam persekitaran perniagaan, mengenal pasti peluang-peluang yang ada, di samping berinovasi ke arah memajukan potensi supaya setiap aktiviti yang dilakukan berjaya dikembangkan. Usahawan berjaya juga cemerlang dalam aktiviti keusahawanan yang mementingkan tuntutan keagamaan secara sempurna bersesuaian dengan semangat al-Falah.
  • Publication
    Tipologi keperibadian : nilai-nilai murni dalam keusahawanan Islam
    Tipologi Keperibadian Nilai-Nilai Murni Dalam Keusahawanan Islam memerihalkan dogma-dogma keusahawanan yang disaring dengan timbangan wahyu. Pedoman wahyu ditamsilkan sebagai obor yang menjadi panduan kepada para usahawan untuk berinteraksi dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Berlandaskan kepada pedoman inilah, ia membentuk satu falsafah yang membezakan antara aktiviti keusahawanan bersifat konvensional dengan keusahawanan Islam. Tegasnya, keusahawanan Islam bukan hanya berorientasikan hal untung rugi semata-mata sebaliknya mengambil kira juga unsur-unsur keuntungan pada alam akhirat sebagai bekalan yang akan dibawa oleh para usahawan apabila bertemu dengan Tuannya kelak. Penulisan buku ini juga bukan hanya menyentuh tentang perbincangan aspek nilai-nilai murni sahaja tetapi juga turut memuatkan kajian kes yang berlaku terhadap usahawan berjaya MARA Perlis.
  • Publication
    Nilai-nilai holistik : keusahawanan Islam
    ( 2011) ;
    Ku Halim Ku Ariffin
    Buku ini memerihalkan nilai-nilai murni dan disiplin dalam keusahawanan Islam. Penulisan buku ini cenderung mengupas nilai-nilai murni berdasarkan kepada tafsiran landasan ilmu dan panduan wahyu serta menerangkan konsep keusahawanan Islam dan usahawan berjaya menurut neraca mu`amalah Islam. Secara prinsipnya, setiap bidang kehidupan manusia memerlukan garis panduan dan bimbingan daripada petunjuk wahyu yang bertindak sebagai kuasa eksklusif untuk dipatuhi oleh manusia. Usahawan menurut kerangka mu`amalah Islam ialah individu yang berfungsi sebagai pemegang amanah yang bertindak menjana dan memakmurkan sumber-sumber ekonomi yang dianugerahkan oleh Allah untuk kesejahteraan manusia dan kemakmuran alam.
  • Publication
    Keusahawanan Islam : perspektif dan alternatif
    ( 2012) ;
    Ku Halim Ku Ariffin
    Kebangkitan Islam di peringkat global telah mendorong usaha kesarjanaan yang selaras untuk menghasilkan cara hidup alternatif yang berpaksikan ajaran Islam. Lantaran itu, dalam dunia keusahawanan ia bukan lagi satu perkara yang asing untuk diperbincangkan secara teori dan praktikal. Umumnya, buku ini memerihalkan keusahawanan Islam, iaitu konsep, amalan, budaya keusahawanan dan isu-isu semasa berkaitan dunia keusahawanan secara kritis. Perbincangan juga difokuskan kepada falsafah keusahawanan yang digagaskan oleh Islam dan perbincangan para sarjana berkaitan dengannya. Penulisan ini cenderung membincangkan isu-isu dan realiti yang dihadapi oleh usahawan yang didorong oleh dogma keagamaan ataupun kebenaran keusahawanan Islam.
  • Publication
    Diges kemanusiaan : kearifan kehidupan insan
    ( 2014) ;
    Juliana Ahmad
    Diges Kemanusian: Kearifan Kehidupan Insan merupakan penulisan artikel yang dipecahkan kepada 3 bahagian utama iaitu Bahagian Pendidikan, Isu Semasa dan Nilai dan Kemanusiaan. Isu-isu yang dikupas ini bersifat semasa dan ainya memerlukan mekanisme-mekanisme tertentu untuk menyelesaikannya. Segala buah fikiran yang tercena daripada artikel-artikel yang disajikan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin dan merangsang minda para pembaca dalam usaha merungkai isu-isu kemanusian yang sering berlegar dalam kalangan masyarakat. Semoga penerbitan buku ini dapat memberi input yang bernilai kepada para pembaca dan juga kepada para penyelidik lain dalam meneroka isu-isu kemanusian
  • Publication
    Alasan penghakiman mahkamah syariah
    ( 2011) ;
    Saidi Md Noor
    Penulisan buku ini mengutarakan alasan penghakiman Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tentang hukuman denda dan penjara yang dijatuhi kepada pesalah Syariah. Kupasan yang menyentuh berkaitan alasan penghakiman dan keputusan mahkamah turut mengambilkira peruntukan-peruntukan kesalahan jenayah Syariah dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997, Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
  • Publication
    Siri Diges Kemanusiaan : Kebitaraan Insan
    Isu kemanusiaan merupakan permasalahan semasa yang tidak kunjung padam dalam lembaran sejarah manusia. Buku ini memerihalkan isu-isu berkaitan keagamaan, kemanusiaan, komunikasi dan teknologi maklumat serta juga isu keusahawanan. Perbincangan bagi setiap isu dikupas berdasarkan persoalan isu semasa yang berlaku pada masa kini. Penulisan bersiri secara tahunan oleh ahli akademik ini berdasarkan kepada bidang kepakaran masing-masing. Penglibatan dan perkongsian ahli akademik yang berlatar belakangkan pelbagai disiplin ilmu menjadi kekuatan kepada diges kemanusiaan supaya sentiasa relevan dalam mendepani isu-isu semasa yang berlegar tentang kemanusiaan. Semoga penulisan ini dapat merangsang minda para pembaca untuk memahami dan mengkaji dengan lebih lanjut berkaitan isu-isu kemanusiaan yang dinamis keperluannya.