Now showing 1 - 4 of 4
  • Publication
    Impak bahasa dan sastera di Alam Melayu: satu tinjauan terhadap cabaran kepada kehidupan masyarakat dalam era IR 4.0
    Alam Melayu mengalami tahap perkembangan yang tinggi selepas Melaka menjadi sebuah pelabuhan Entreport yang terkenal di Wilayah Nusantara sekitar abad ke-14 Masihi. Malah bahasa dan sastera turut berkembang secara positif apabila menerima pengaruh ajaran Islam yang dibawa masuk ke Nusantara. Namun begitu, apabila Malaysia terdedah kepada teknologi dunia digital, elemen-elemen asas seperti bahasa turut menerima kesannya dalam usaha untuk melestarikan bidang bahasa tersebut. Kertas kerja ini memfokuskan kepada sejarah perkembangan bahasa Melayu serta kesannya dalam konteks masyarakat dan kebudayaan. Penulisan ini adalah berdasarkan kepada kajian kepustakaan dengan melihat kepada sumber-sumber bertulis yang sedia. Maklumat-maklumat yang diperolehi tersebut akan dianalisis bagi mendapat maklumat yang tepat bagi menjawab persolan dalam kertas kerja ini. Analisis kandungan digunakan untuk menganalisis segala rujukan yang digunakan dalam kajian ini. Perkembangan teknologi pesat yang melanda dunia pada hari ini turut melanda wilayah Tanah Melayu. Penerimaan teknologi sebagai asas pembangunan kepada negara bukan hanya melibatkan sektor pembuatan dan perkhidmatan bahkan turut juga melibatkan aspek bahasa Melayu. Secara umumnya, didapati kesan kemasukan teknologi IR 4.0 memberi kesan terhadap bidang tersebut dalam konteks kemasyarakatan dan kebudayaan. Kedua-dua bidang tersebut memerlukan kepada pendekatan yang tertentu dalam usaha melestari dan memperkasakan bidang tersebut agar selari dengan keperluan dan perkembangan semasa. Tegasnya, usaha dan komitmen dalam kalangan rakyat dan pihak pemerintah adalah penting dalam usaha memartabatkan kegemilangan bahasa Melayu dalam generasi masa kini dan akan datang.
  • Publication
    Warisan seni Keris tradisional Melayu: satu analisis dari perspektif kebudayaan Melayu
    Keris merupakan senjata warisan yang menjadi lambang keberanian dan kesatriaan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Kehebatan senjata itu begitu istimewa hinggakan pahlawan Melaka, Laksamana Hang Tuah begitu sinonim dengan keris yang dikenali dengan Taming Sari. Sehingga kini, keris menjadi lambang kebesaran institusi kesultanan Melayu di negara ini. Keunikan keris bukan sahaja terserlah ketika ditampilkan dalam gerak jurus persilatan, malah ia bermula daripada pembuatannya yang teliti dan halus. Meskipun, keris dilihat sebagai alat kebesaran dan kebudayaan namun mitos-mitos yang beredar dalam kelompok masyarakat yang beranggapan keberadaan keris dipandang dan difahami dengan cara yang salah menyebabkan salah satu benda peninggalan budaya ini dijauhi oleh golongan muda pada masa kini. Sebagai contoh, mitos mendirikan keris harus memiliki ilmu kebatinan dan lain-lainnya, tetapi sekiranya difikir secara logik mendirikan keris adalah disebabkan oleh keseimbangan menguasai benda, seperti dalam hukum fizik dan graviti. Kepercayaan mistik tersebut masih lagi melekat dalam kepercayaan masyarakat yang dipegang oleh masyarakat tradisional dahulu malah masih lagi dipercayai oleh masyarakat moden pada hari ini. Penulisan kertas kerja ini adalah bersumberkan kepada dokumen-dokumen bertulis yang sedia ada. Analisis berkaitan dokumen bertulis tersebut akan disaring bagi menjawab persoalan kajian dalam kertas kerja ini. Umumnya, pemahaman tentang keris ternyata masih lagi mendapat tempat dalam masyarakat khususnya dalam kalangan individu pengumpul keris dan pencinta kebudayaan. Pada awalnya fungsi keris memang dianggap sebagai senjata tikam. Namun, apabila berlakunya perkembangan dan perubahan zaman fungsi keris telah berubah menjadi alat pusaka. Pada masa tertentu keris juga sempat dijadikan sebagai simbol status sosial dan pada masa kini penerimaan keris cenderung kepada alat perhiasan dan kesenian serta kebudayaan.
      28  25
  • Publication
    Pembangunan Model Personaliti Unggul Pesalah Juvana (MPUPJ)
    Kesalahan jenayah dalam kalangan kanak-kanak adalah masalah sosial yang sangat membimbangkan. Secara umumnya, masalah kanak-kanak berkonflik dengan undang-undang atau terlibat dengan kesalahan jenayah adalah isu sejagat kerana ianya berlaku di semua negara di dunia. Sehubungan dengan itu, objektif utama artikel ini adalah untuk menganalisis definisi jenayah dan jenayah juvana di Malaysia. Pada masa yang sama, artikel ini juga memfokuskan kepada jenayah juvana yang berlaku di negeri Perlis. Di samping itu, artikel ini turut mengenalpasti hukuman yang dikenakan kepada kanak-kanak yang melakukan jenayah. Artikel ini mendapati bahawa terdapat kelompangan berkenaan faktor yang mendorong pesalah untuk berubah dan boleh mengubah pesalah juvana lain menjadi lebih baik. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kuantitatif iaitu penganalisisan data. Selain itu, kertas kerja ini juga membangunkan model personaliti unggul pesalah juvana. Model ini adalah penambahbaikan penambahbaikan kepada modul program pemulihan pesalah juvana sedia ada.
      7  137
  • Publication
    Social entrepreneurship in the framework of the environmental sustainability goal
    The purpose of this article is to raise a concern about the context and framework that social entrepreneurship in environmental sustainability. Social entrepreneurship for sustainability to go further other than organization because of social entrepreneurship have social value and innovative idea in environmental sustainability goal. By discussing the historical backgrounds of this issues to achieve environmental sustainability goal. One objective of social entrepreneurship is to ensure that the solving of social problem. This study, therefore attempted to examine the relationship between social entrepreneurship and environmental sustainability in Malaysia. The paper therefore, recommends environmental sustainability review in order to involve social entrepreneurship social values to the community. A conclusion is made that if environmental sustainability framework is properly implemented and all the associated advantages harnessed, the high level of environmental pollution in the country will be drastically reduced. In this regard, all community worldwide should actively embrace and sustain the spirit of the emerging social entrepreneurship. For example, entrepreneurial development in Nigerian higher institutions of learning can begin by encouraging the students to replicate the products that have been invented elsewhere in any part of the world while effort is then made to create what the world will also copy from them. This can be attained through community in Malaysia also.
      1  26