Now showing 1 - 7 of 7
  • Publication
    Illocutionary acts in zahid hamidi's pau 2017 and 2018 speeches
    Studies on political speeches are not new and cover various aspects including that of language use. Political speeches are a medium through which ideas and ideologies are communicated through language use for the sake of the listener’s understanding. The success of delivering a political speech depends on the use of persuasive arguments. This study presents an analysis of the use of speech acts as an effective argumentative strategy. Its two objectives are to compare the use of speech acts in two different situations, and to explain the results obtained from the comparison. The data of the study comprise two keynote addresses by Zahid Hamidi. The first is the keynote at the 2017 UMNO General Assembly before the 14th General Election (PRU14) in 2017, and the second is his keynote address at the 2018 UMNO General Assembly, after the party's defeat in PRU14. The analysis used qualitative method, adopting Bach and Harnish's (1979) theoretical framework. Overall findings show Zahid Hamidi used constatives, directives, commissives and acknowledgements in his speeches. Constatives and directives were specifically utilised to influence and convince the audience of his arguments more in his 2017 speech than in the 2018 one. After PRU14, Zahid used more of commissives and acknowledgments. Commissives stand at 10.3% in the 2018 speech, compared to 4.5% in 2017 and acknowledgements is at 9.3% in 2018 compared to 5.4% in 2017. The change in use of the speech acts across the two years suggests that Zahid has had to adjust his use of words and language to fit in with the 2018 socio-political scenario. The results show that socio-political scenario clearly has an impact on the type of speech acts used in politicians’ speeches. The findings also send a message to politicians that their speeches should contain speech acts appropriate to the current scenario, which can be understood clearly by their supporters.
  • Publication
    Interdiscursivity in COVID-19 Movement Control Order Speech
    Malaysia’s Movement Control Order (MCO) has been enforced twice, on 18 March 2020 and 13 January 2021 since the start of the COVID-19 pandemic, both through speeches delivered on live telecast by its Prime Minister. While the speeches were aimed at informing the people of the order, it is anticipated that they contain interdiscursivity, that is a combination of discourse genres and styles, which carries out multiple functions in delivering messages pertaining to the order, based on political hegemony, ideology and culture. Prior to the announcement, the public is rife with questions and perceptions of what the MCO may involve. The speeches conveyed the Prime Minister’s and the government’s intentions such as delivering information, providing instruction, calming the people, and the like. Content analysis was conducted on two MCO speeches using qualitative approaches. The study is aimed at identifying functions and types of discourse, as well as deciphering techniques used to achieve the functions, using Idris Aman’s (2006) discourse functions analysis framework. The study proposes interdiscursivity elements in the MCO texts, realised through five main functions of informing, providing understanding, presenting/defending opinions, expressing (one’s views) and issuing orders. The study also found the use of three techniques additional to the existing framework, that of empathy, advice and appreciation. The study indicates that interdiscursivity is used in a text that contains a main objective for multiple purposes, which are determined by audience, environmental and situational factors. The presence of interdiscursivity also reflects the speaker’s communication strategy, balancing between exhibiting sensitivity to public concerns and issuing the order.
  • Publication
    Addressing defeat in a political speech: An analysis from discourse and sociocultural perspectives
    Concession speeches are usually given immediately after results of an election are released. In these speeches, a losing candidate will concede defeat, before the winner presents his/her acceptance speech. However, defeats are also mentioned in speeches other than concession speeches. These are political speeches which happen some time after the defeat. By nature, political speeches provide insights into how language is utilised by politicians to achieve particular objectives. Many studies have investigated speech acts in political speeches, looking at how the speaker attempts to persuade the audience through particular language use. However, limited attention has been given to how language is used in other post-defeat speeches other than concession speeches. This study investigates a 2018 speech delivered by a politician in his losing party's first ever mass assembly after an election loss. We describe ways in which the defeat is addressed based on discourse and sociocultural practices in Fairclough's three dimensional framework. We show how the use of intertextuality and offensive strategies through word-use lead to the communication of values that aim to create a desired mindset in the audience and to gain their confidence in the politician's leadership.
  • Publication
    Peristilahan dalam bidang saintifik
    ( 2014) ;
    Mahfuzah Md Daud
    Kajian ini merupakan satu usaha untuk menganalisis cara-cara pembentukan istilah dalam bidang saintifik. Proses pembentukan istilah ialah seperti proses pemantapan, penterjemahan, penyerapan, penyesuaian ejaan imbuhan asing, gabungan penterjemahan dan penyerapan serta perekaciptaan memainkan peranan penting bagi menentukan istilah yang sesuai untuk diguna pakai dalam bidang saintifik. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti cara pembentukan dan memanfaatkan istilah dalam bidang saintifik, untuk mengenal pasti dan menyenaraikan perbezaan ejaan istilah saintifik dalam bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dan menyenaraikan permasalahan dalam bidang saintifik. Antara kaedah yang digunakan dalam kajian ini, yang pertama ialah kaedah kepustakaan iaitu dengan merujuk kepada buku-buku yang terdapat di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM Serdang. Kaedah yang kedua ialah dengan merujuk kepada sumber atau maklumat yang terdapat di dalam internet. Kesimpulannya, kajian ini mengambil sikap terbuka, khususnya dalam pemasukan istilah-istilah asing. Sungguhpun sikap ini membawa kesegaran kepada bahasa Melayu dalam pertumbuhannya, kita hendaklah mengawasi supaya bentuk-bentuk yang tidak perlu itu tidak turut dibawa masuk. Sesuatu yang tidak perlu akan mengkucar-kacirkan bahasa Melayu. Dalam bidang bahasa, unsur-unsur yang tidak perlu bukan sahaja mengkucar-kacirkan bahasa Melayu dari segi peraturan nahu dan perbendaharaan kata, tetapi membebankan para penggunanya.
  • Publication
    Pengaruh budaya yang mempengaruhi wujudnya perbezaan penggunaan dialek di kawasan Pendang, Kedah
    ( 2014) ;
    Zuliana Zubir
    Dialek ialah variasi daripada sesuatu bahasa yang digunakan dalam pertuturan oleh sekumpulan penutur di sesebuah tempat. Setiap dialek mempunyai sifat-sifatnya tersendiri yang membezakannya dari dialek-dialek lain. Perbezaan antara dialek-dialek itu boleh dilihat dari sistem bahasa dialek tersebut. Oleh itu, kertas kerja ini dihasilkan bertujuan untuk menunjukkan bahawa wujudnya pengaruh budaya yang mempengaruhi perbezaan penggunaan dialek di kawasan Pendang, Kedah. Hal ini mungkin terjadi akibat daripada pengaruh budaya seperti ekonomi, penjajahan, perkahwinan, pendidikan, keagamaan dan sebagainya. Selain itu, kajian ini juga bertujuan menganalisis fonologi dialek Charok Kudung yang merupakan salah satu tempat yang masih kuat pengaruh dialeknya. Pengkaji juga ingin menjelaskan dan menunjukkan perbezaan dari segi fonologi atau sebutannya. Perbezaan yang berlaku mungkin juga disebabkan oleh pengaruh luar yang masuk ke dalam kawasan Pendang, Kedah sehingga menyebabkan wujudnya perbezaan dialek. Dalam melaksanakan kajian ini, dua buah kampung yang terlibat ialah Kampung Bukit Jambul dan Kampung Charok Kudong yang terletak di kawasan Pendang, Kedah. Kajian ini melibatkan 30 orang responden, iaitu 10 orang responden dari Kampung Bukit Jambul, 10 orang responden dari Kampung Charok Kudong dan 10 orang responden lagi adalah penutur jati dialek Baling yang boleh memberi maklumat atau data. Kaedah kajian yang dijalankan adalah mengkaji bunyi melalui soal selidik yang dilakukan kepada penduduk Kampung Charok Kudung, Kampung Bukit Jambul dan segelintir daripada penduduk kawasan Baling yang menuturkan dialek yang sama. Hasil dapatan kajian ini, pengkaji ingin mengemukakan kajian dialek yang berkaitan dengan pengaruh luar atau keadaan yang telah menyebabkan berlakunya perbezaan sebutan dan makna dalam sesuatu dialek yang berbeza walaupun dari daerah atau kawasan yang sama.
  • Publication
    Perbandingan kata kerja dalam dialek Melayu Kedah dengan bahasa Melayu standard
    ( 2021-12)
    Kajian ini berkaitan dengan perbandingan kata kerja dalam dialek Melayu Kedah dengan Bahasa Melayu Standard dengan berfokuskan kepada apakah jenis-jenis kata kerja yang digunakan dalam dialek Langgar dan bagaimanakah cara menganalisis kata kerja dalam dialek Langgar. Pengkaji memfokuskan kajian ini di Langgar, satu daerah yang pesat membangun di Kedah. Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti serta mengetahui perbezaan kata yang terdapat dalam dialek Melayu Kedah yang difokuskan kepada dialek Melayu Kedah di Langgar yang berlokasi di Alor Ketar, Kedah dengan bahasa Melayu Standard berdasarkan kepada aspek-aspek linguistik seperti analisis sintaksis terhadap perkataan yang terdapat dalam dialek Melayu Kedah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis kata kerja yang digunakan dalam dialek Langgar dan menganalisis kata kerja dalam dialek Langgar menggunakan Kerangka Minimalis bahasa Melayu Standard. Pengkaji menggunakan kaedah temu bual, iaitu menemu bual beberapa orang penduduk yang tinggal di Langgar. Dapatan kajian mendapati 15 perkataan kata kerja dalam dialek Melayu Kedah dan bahasa Melayu baku dipercayai boleh mendatangkan kekaburan bunyi kepada bukan penutur asli dialek Melayu Kedah, namun menetap di Langgar, Kedah. Melalui kajian ini, dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tentang perkataan atau kata yang terdapat dalam dialek Melayu Kedah yang memiliki makna serta sebutan yang berbeza dengan bahasa Melayu Standard. Seterusnya, adalah untuk menghuraikan makna kata atau dalam dialek Melayu Kedah yang memiliki makna yang sedikit berbeza dengan makna dalam bahasa Melayu Standard.
      60  20
  • Publication
    Bahasa Melayu dalam arus Globalisasi: keutuhan jati diri dan ketakatan budaya Melayu
    Kertas kerja ini cuba meneliti penggunaan Bahasa Melayu di peringkat globalisasi. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang mempunyai kemampuan pelbagai bidang ilmu seperti matematik, sains, kejuruteraan, agama, peradaban dan lain-lain yang sebenarnya menunggak falsafah ilmu. Keupayaan bahasa Melayu yang menjadi bahasa pengantar ilmu dan sebagai bahasa rasmi tidak dapat disangkal lagi. Keupayaan bahasa Melayu diteliti dari segi pembangunan bahasa tersebut dan kapasiti penutur telah menjadikan bahasa Melayu setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia ini. Kertas kerja ini juga mengkaji bahasa Melayu dalam konteks keutuhan jati diri etnik Melayu akibat daripada globalisasi dan dunia ICT dan ini merubah pemikiran bangsa Melayu terhadap bahasa ibundanya sendiri. Perhubungan bahasa dan budaya Melayu sebagai identiti bangsa akan disentuh dalam keutuhan jati diri bangsa Melayu tidak terhakis akibat daripada arus globalisasi tanpa mengenepikan bahasa ibunda sendiri.
      8  49