Options
Wan Sallha Yusoff
Preferred name
Wan Sallha Yusoff
Official Name
Wan Sallha, Yusoff
Alternative Name
Yusoff, Wan Sallha
Yusoff, W. S.
Yusoff, Wan Salha
Main Affiliation
Scopus Author ID
57191221539
Researcher ID
AAI-4607-2020
Now showing
1 - 3 of 3
-
PublicationPembangunan Model Personaliti Unggul Pesalah Juvana (MPUPJ)( 2023)
; ;Nur Suriaty Daud @ Fhiri ; ; ;Mohd Soffian Mohammad Rosbi ; ; ;Jasin Abd HalimKesalahan jenayah dalam kalangan kanak-kanak adalah masalah sosial yang sangat membimbangkan. Secara umumnya, masalah kanak-kanak berkonflik dengan undang-undang atau terlibat dengan kesalahan jenayah adalah isu sejagat kerana ianya berlaku di semua negara di dunia. Sehubungan dengan itu, objektif utama artikel ini adalah untuk menganalisis definisi jenayah dan jenayah juvana di Malaysia. Pada masa yang sama, artikel ini juga memfokuskan kepada jenayah juvana yang berlaku di negeri Perlis. Di samping itu, artikel ini turut mengenalpasti hukuman yang dikenakan kepada kanak-kanak yang melakukan jenayah. Artikel ini mendapati bahawa terdapat kelompangan berkenaan faktor yang mendorong pesalah untuk berubah dan boleh mengubah pesalah juvana lain menjadi lebih baik. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kuantitatif iaitu penganalisisan data. Selain itu, kertas kerja ini juga membangunkan model personaliti unggul pesalah juvana. Model ini adalah penambahbaikan penambahbaikan kepada modul program pemulihan pesalah juvana sedia ada.8 159 -
PublicationFaktor-faktor yang mempengaruhi penentuan identiti diri remaja Melayu(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)
; ; ;Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor–faktor yang mempengaruhi remaja lelaki dan perempuan Melayu dalam menentukan identiti diri mereka. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak. Responden dipilih dalam kalangan remaja Melayu dan merupakan pelajar dalam bidang kejuruteraan dan perniagaan, dari tahun satu sehinggalah tahun empat. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan “Statistical Package For The Social Sciences”(SPSS). Responden yang terlibat dalam kajian ini merupakan pelajar-pelajar Melayu di Universiti Malaysia Perlis yang berumur dalam lingkungan umur 19-25 tahun. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif di antara faktor-faktor pengaruh ibu bapa, ekonomi, rakan sebaya, pendidikan dan media massa dengan pembentukan identiti diri pelajar lelaki Melayu. Sebaliknya bagi pelajar wanita perhubungan positif hanya wujud di antara faktor-faktor pengaruh ibu bapa, pendidikan dan ekonomi dalam pembentukan diri pelajar wanita Melayu.6 22 -
PublicationKesan faktor demografi terhadap keberkesanan e-pembelajaran di pusat pengajian tinggi di Malaysia(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)
; ; ;Tan Chee LiangKajian ini dibuat untuk melihat kesan faktor demografi terhadap keberkesanan sistem e-pembelajaran. Pelajar-pelajar daripada institusi pengajian tinggi dipilih secara rambang untuk tujuan menilai keberkesanan sistem pembelajaran dalam proses pembelajaran pelajar. Seterusnya data diproses dengan menggunakan perisian SPSS. Hasil daripada data yang di perolehi menunjukkan bahawa faktor umur, program pengajian dan juga tahap pendidikan pelajar mempunyai hubungan yang signifikan dengan keberkesanan sistem pembelajaran secara elektronik. Oleh itu, dicadangkan agar kajian semula terhadap kaedah penyampaian dalam proses pembelajaran dilakukan sebelum memulakan pengajaran dengan mengambil kira tentang latar belakang pelajar. Perbandingan harus dilakukan antara keberkesanan secara elektronik dan kaedah pembelajaran secara tradisional melalui penilaian pelajar selepas sesi kuliah. Pemeriksaan yang rapi dan teliti harus dilakukan. Pusat pengajian tinggi juga disarankan agar melihat sejauh mana kebolehan pelajar menggunakan teknologi e-pembelajaran sebelum memperkenalkan sistem teknologi pembelajaran dalam talian (online) bagi melihat kemampuan dan kebolehan mereka dalam menggunakan sistem e-pembelajaran dalam proses pembelajaran mereka.1 16