Now showing 1 - 2 of 2
  • Publication
    Asas logam
    Buku Asas Logam diterbitkan khusus untuk membimbing dan memberi panduan kepada para pelajar yang mengikuti pengajian Kejuruteraan Bahan terutamanya dalam bidang Metalurgi. Buku ini menggabungkan aspek teori dan praktikal yang wujud dalam keseluruhan pemprosesan logam. Secara keseluruhannya buku ini membolehkan pembaca memahami teori dan mengaplikasikan kejuruteraan Metalurgi di alam pekerjaan dan kehidupan harian.
      13  135
  • Publication
    Logam ferus
    Logam ferus adalah kumpulan logam dengan komposisi utamanya terdiri daripada bahan logam besi. Pengetahuan berkaitan bahan ini dapat membantu kita menghasilkan produk yang lebih berkualiti serta mengoptimakan penggunaan bahan ferus dengan lebih cekap. Bab pertama menjelaskan berkenaan logam ferus secara umum, proses penghasilan logam ferus serta piawai yang menjadi rujukan utama industri berkaitan. Bab kedua buku ini pula memberikan fokus kepada sifat-sifat logam ferus serta peranan utama bahan karbon dalam penghasilan keluli. Jenis-jenis keluli yang utama pula dijelaskan dalam bab tiga. Manakala bahagian terakhir menjelaskan proses-proses yang berkaitan dengan penghasilan produk daripada bahan logam ferus.
      52  392