Logam ferus adalah kumpulan logam dengan komposisi utamanya terdiri daripada bahan logam besi. Pengetahuan berkaitan bahan ini dapat membantu kita menghasilkan produk yang lebih berkualiti serta mengoptimakan penggunaan bahan ferus dengan lebih cekap. Bab pertama menjelaskan berkenaan logam ferus secara umum, proses penghasilan logam ferus serta piawai yang menjadi rujukan utama industri berkaitan. Bab kedua buku ini pula memberikan fokus kepada sifat-sifat logam ferus serta peranan utama bahan karbon dalam penghasilan keluli. Jenis-jenis keluli yang utama pula dijelaskan dalam bab tiga. Manakala bahagian terakhir menjelaskan proses-proses yang berkaitan dengan penghasilan produk daripada bahan logam ferus.