Options
Siti Nurul Jannah Fital
Preferred name
Siti Nurul Jannah Fital
Official Name
Siti Nurul Jannah, Fital
Alternative Name
Fital, Siti Nurul Jannah
Fital, S.N.J.
Main Affiliation
Scopus Author ID
57200984885
Now showing
1 - 5 of 5
-
PublicationPengamalan bahasa Melayu generasi Z dalam era revolusi industri 4.0 dari perspektif sosiokognitif( 2023)
;Junaini KasdanKajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis tahap pengamalan bahasa Melayu dalam kalangan Gen Z di Malaysia berdasarkan perspektif sosiokognitif. Data diperoleh daripada 660 maklum balas responden yang diterima daripada soal selidik. Responden terdiri daripada Gen Z di seluruh Malaysia yang menerima undangan berdasarkan kriteria yang ditetapkan, meliputi kelompok bandar, pinggir bandar dan luar bandar. Instrumen kajian yang dibangunkan khusus untuk kajian ini mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu α = .75 hingga α = .91. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 25.0. Kajian ini memanfaatkan Teori Sosiokognitif dan pendekatan sosiokognitif bagi menghuraikan pertalian antara latar sosial dengan tahap pengamalan terhadap bahasa Melayu dalam kalangan Gen Z. Secara umumnya hasil kajian mendapati tahap pengamalan bahasa Melayu Gen Z dalam kajian ini berada pada tahap yang tinggi dengan pecahan sangat tinggi 10.0% dan tinggi 50.0%. Manakala terdapat 39.0% Gen Z yang mempunyai pengamalan yang rendah terhadap bahasa Melayu dan 1.0% lagi berada pada tahap pengamalan yang sangat rendah. -
PublicationRetorik iklan perniagaan: analisis iklan produk makanan & minuman dalam media sosial( 2024-12)Junaini KasdanDalam era digital yang semakin berkembang pesat, media sosial telah menjadi platform utama bagi perniagaan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Media sosial bukan sahaja menawarkan jangkauan yang luas tetapi juga membolehkan interaksi langsung dengan pengguna. Melalui media sosial, perniagaan dapat menyasarkan bakal pengguna dengan lebih tepat berdasarkan data demografi dan minat pengguna. Seiring dengan itu, iklan produk makanan dan minuman di media sosial telah menjadi salah satu strategi pemasaran yang paling popular. Bagi memastikan matlamat pengiklanan tercapai, penggunaan bahasa yang berkesan mampu mempengaruhi tindakan pembelian pengguna. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kaedah retorik perniagaan yang digunakan dalam iklan perniagaan khususnya iklan produk makanan dan minuman yang diiklankan dalam media sosial. Iklan-iklan yang terpilih akan dianalisis berlandaskan kaedah retorik iklan perniagaan oleh Asmah Haji Omar (2016). Kajian ini bukan sahaja menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang strategi pemasaran digital tetapi juga memberi pengetahuan praktikal yang boleh digunakan oleh pemasar dalam merancang dan melaksanakan kempen yang lebih efektif dalam media sosial. Hasil kajian ini dapat menjadi panduan bagi para perniaga untuk meningkatkan keberkesanan iklan mereka dan seterusnya memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran yang berdaya saing.
-
PublicationFigurative Language in Malay to English Translation: An Analysis of the 2015 UniMAP VC's Keynote Speech( 2016)
;Ahmad Hifzurrahaman RidzuanTranslating figurative language involves more than just replacing the figurative language with its equivalent in the target language. Therefore, it is not surprising for the translation of figurative language to have its own set of challenges. Problems the translator faces in translating the Malay Figurative Language into English include complexities in understanding, interpreting and recreating the Figurative language that are unique in the Source Language (SL) culture; which have to be explained and described in Target Language (TL) where such practices and customs are non - existent. Secondly, the Source Text (ST) figurative language may appear in a variety of types and have a distinct denotative and connotative meaning and reference; most often, it is difficult to find an equivalent which totally matches the original meaning or concept. This particular paper analyses the translation of figurative language extracted from UniMAP's Vice Chancellor Keynote Speech in 2015. Findings reveal that the three categories of figurative language identified were namely idioms, metaphors and similes. Translation strategies used are either not translated, paraphrased or translated with a similar meaning but in different form.9 59 -
PublicationSikap dan penghayatan jati diri Bahasa Melayu generasi Z (Gen Z) dalam menempuh Revolusi Industri 4.0( 2020-12)Junaini KasdanKemaraan era Revolusi Industri 4.0 (RI4) yang pastinya berkaitan dengan bidang Sains dan Teknologi didapati turut memberi kesan terhadap sistem pendidikan negara. Semua Institusi Pengajian Tinggi, sama ada awam mahupun swasta berusaha keras bagi memastikan produk yang dihasilkan melalui program-program yang ditawarkan memenuhi keperluan pasaran pekerjaan berteraskan RI4. Ironinya, bidang Sains dan Teknologi ini sentiasa dikaitkan dengan keperluan yang tinggi terhadap penguasaan bahasa Inggeris. Sejak pertengahan tahun 2010, istilah RI4 semakin tersebar di negara ini hingga menimbulkan kebimbangan terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu. Sebenarnya, selagi penuturnya terus mendaulatkan dan berusaha melestarikan serta memperkaya bahasa ini, Bahasa Melayu tidak akan terancam dengan kemaraan era RI4. Namun persoalannya adakah penutur bahasa Melayu khususnya dalam kalangan generasi Z (Gen Z) mempunyai sikap untuk mendaulatkan dan berusaha melestarikan serta memperkaya bahasa ini. Justeru, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk melihat bagaimana tahap sikap dan penghayatan generasi Z terhadap bahasa Melayu yang menjadi antara asas pembinaan jati diri bahasa kebangsaan. Adakah tahap jati diri mereka terhadap bahasa kebangsaan berada pada tahap yang membimbangkan atau tidak? Generasi ini juga dikenali sebagai generasi digital yang mahir akan teknologi informasi dan berbagai aplikasi komputer. Bagi mencapai tujuan kajian, instrumen pengukuran jati diri bahasa yang dibangunkan khusus untuk kajian ini dimanfaatkan.
19 62 -
PublicationPengaruh sosiokognitif generasi Z terhadap jati diri Bahasa Melayu( 2020-12)Junaini KasdanKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap jati diri bahasa Melayu dalam kalangan Generasi Z (Gen Z) di Malaysia berdasarkan perspektif Sosiokognitif. Secara khususnya kajian ini adalah untuk melihat pengaruh sosiokognitif yang melatari Gen Z terhadap tahap jati diri bahasa Melayu mereka. Kajian ini melibatkan 660 orang responden daripada Gen Z, yang dipilih berdasarkan lokasi tempat tinggal bandar, pinggir bandar dan luar bandar di seluruh Malaysia. Instrumen soal selidik digunakan dan diedar menggunakan ‘Google Form’ untuk pengumpulan data. Instrumen yang dibangunkan oleh pengkaji mempunyai tahap keesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu α =0.75 hingga α = 0.91. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 25.0. Kajian menggunakan empat pemboleh ubah utama yang berfungsi sebagai latar sosial Gen Z iaitu jantina, kaum/etnik, aliran pendidikan dan lokasi kediaman. Tahap jati diri bahasa Melayu Gen Z diukur berdasarkan empat indikator iatu sikap, persepsi, penghayatan dan pengamalan bahasa Melayu mereka. Kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan sikap, persepsi, penghayatan dan pengamalan bahasa Melayu dalam kalangan Gen Z yang mempunyai latar belakang sosial yang berbeza. Perbezaan ini seterusnya akan mewujudkan pula perbezaan tahap jati diri bahasa Melayu dalam kalangan mereka.