Options
Shuhairimi Abdullah
Preferred name
Shuhairimi Abdullah
Official Name
Shuhairimi, Abdullah
Alternative Name
Abdullah, S.
Abdullah, Shuhairimi
Abdullah, Shuhairimi A.
Main Affiliation
Scopus Author ID
57189289959
Researcher ID
HHA-3883-2022
Now showing
1 - 10 of 55
-
PublicationKonsep kerja berpasukan dalam kalangan usahawan Al-Wahida Marketing: satu kajian penerokaan( 2014)
;Mohd Nizho Abdul RahmanKajian ini memfokuskan isu berkaitan pengurusan yang melibatkan konsep kerja berpasukan menurut pandangan sarjana konvensional dan Islam. Justeru bagi memenuhi maksud kajian, maka metodologi kualitatif dan kuantitatif digunakan bagi memenuhi matlamat yang ingin dicapai. Hasil kajian mendapati tiga elemen utama yang menyumbang kepada konsep kerja berpasukan, iaitu kepercayaan, perkongsian dan komitmen. Selain itu, ia adalah pemangkin kepada konsep kerja berpasukan di samping elemenelemen yang lain. Bagi melihat kepada realiti sebenar konsep kerja berpasukan yang dipraktikkan oleh usahawan, maka sebuah syarikat bumiputera yang mempunyai usahawan yang berjaya memasarkan produk syarikat melalui konsep kerja berpasukan dijadikan sampel kajian. Sampel kajian yang dilakukan adalah melibatkan 144 orang usahawan yang pernah mendapat anugerah daripada Syarikat HPA. Responden yang dipilih adalah melibatkan mereka yang berpangkat dan usahawan biasa dalam al-Wahida di seluruh Malaysia. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 12.0. Hasil kajian dilaporkan dalam bentuk deskriptif. Dapatan kajian juga menjelaskan konsep kerja berpasukan terbentuk dari ketiga-tiga elemen yang dimaksudkan pada tahap yang tinggi (Min=4.23, S.Piawai=0.31). -
PublicationPemerkasaan al-Quran dan al-Sunnah penyumbang kepada kecemerlangan Tamadun Melayu: satu analisis( 2014)
; ; ;Nur kebenaran yang terpancar daripada isi kandungan al-Quran dan alSunnah mengandungi asas-asas keluhuran pembentukan peradaban sebagai panduan asas untuk diikuti oleh seluruh manusia. Al-Quran dan al-Sunnah menyeru semua masyarakat supaya kembali kepada pemikiran rasional dan realistik dan menyangkal pemikiran yang diikat dengan fahaman animisme, paganisme dan “syncretism”. Sebagai kitab yang paling sempurna diciptakan oleh Allah, maka al-Quran merupakan obor kebenaran yang menerangi liku-liku kehidupan yang perlu dilalui oleh setiap manusia. Begitu juga al-Sunnah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui petunjuk Ilahi menjadi petunjuk kepada manusia untuk menguruskan sistem kehidupan. Sejarah telah mencerahkan bahawa pengajaran yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah telah memberi impak yang positif terhadap kebudayaan Melayu. Ajaran Islam yang telah berstimulasi dalam kebudayaan Melayu telah menimbulkan satu gelombang yang hebat dalam menggerakkan proses merevolusi sistem pandangan hidup masyarakat yang telah memalingkan dari alam seni mitos yang khayal kepada pembentukan alam akal dan budi yang menuntut kepada kaedah tertib yang teratur. Islam telah mengubah lanskap kebudayaan Melayu kepada kepercayaan rasionalisme dan pengetahuan akliah. Manifestasi ini dizahirkan melalui sistem masyarakat yang berasaskan kepada kebebasan, keadilan dan kemuliaan keperibadian insan. Justeru itu, penelitian yang lebih kritis dan saintifik terhadap impak pengajaran al-Quran dan al-Sunnah terhadap perkaitannya dalam memperkasakan bangsa Melayu perlu dilakukan. Kajian yang dijalankan ini adalah bersifat kualitatif dengan mengkaji persejarahan Islam bagi mendapatkan gambaran yang lebih tepat tentang aspek budaya dan pemikiran serta realiti hidup masyarakat Melayu kini. Natijahnya, ajaranal-Quran dan al-Sunnah telah berjaya mewarnai sistem kepercayaan, falsafah, bahasa, sejarah dan kesenian masyarakat Melayu. Sifat dan hakikat kecemerlangan kebudayaan Melayu tidak dapat dijuzukkan daripada pengajaran Islam. Apa yang nyata, umat Melayu akan terus unggul dan berdaya saing sekiranya berpegang teguh dengan pegangan al-Quran dan al-Sunnah. -
PublicationBahasa Melayu dimertabatkan, Bahasa Inggeris dipertingkatkan: satu kupasan dalam konteks pengajian tinggi(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-21)
; ; ;Bahasa menjadi wadah utama sebagai alat komunikasi dalam menghubungkan sesuatu bangsa dan tamadun. Bahasa juga menunjukkan taraf sesuatu bangsa itu. Bahasa Melayu suatu ketika dahulu menjadi bahasa utama dan menjadi alat penghubung di Nusantara. Justeru itu usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu diteruskan dan di modenisasikan. Dalam dunia yang kian mencabar penggunaan bahasa Melayu perlu diperluaskan di peringkat sekolah sehingga Institusi Pengajian Tinggi. Usaha ini bukan hanya diarahkan kepada penggiat bahasa sahaja malah ianya perlu digerakkan secara menyeluruh. Kemajuan sesebuah negara bukanlah bergantung kepada penggunaan bahasa Inggeris sahaja, jika tidak mana mungkin negara-negara seperti Jepun, Perancis, Jerman dan lain-lain lagi boleh menguasai teknologi dunia dengan menggunakan bahasa mereka sendiri. Dalam hal ini tindakan memperkayakan dan memperbanyakkan kosa kata bahasa diperlukan bagi mewujudkan daya saing Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Justeru strategi menyeluruh dan jitu perlu dilakukan bagi merealisasikan hasrat ini. Dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu, bahasa Inggeris tidak kita lupakan kerana ianya kini menjadi bahasa utama di peringkat antarabangsa. Usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris turut dilaksanakan secara komprehensif. -
PublicationThe development of student outcome in Al Hikmah aspects in the era of industrial revolution 4.0(AIP Publishing, 2023)
;Mohamad Khairi Haji Othman ; ;Mohd. Faiz Mohd Yaakob ;Mohd Sofian Omar FauzeeNormah ZakariaAt present, too many questions arise regarding the assessment of student and educational outcomes. Educational assessment in the country today focuses more on the academic achievement of students which ignores other developments. Based on the findings of the Board of School Inspectors, it was found that the Malaysian Education Quality Standards in most schools still do not practice sustainable leadership, resulting in the failure of student outcomes as intended through the National Education Philosophy. This is evident when the country is burdened with issues such as low thinking skills, moral collapse among adolescents, lacking of soft skills and so on. The issue of measuring student outcome is a hotly debated issue but lacks evidence from an empirical point of view. Based on research on previous studies, it is found that there is still a lack of studies to measure student outcome. Therefore, a study to form a profile of student outcome indicator based on Ibn Miskawaih's theory of thinking, especially in the aspect of Al Hikmah should be conducted. Quantitative method with descriptive survey study design through the distribution of questionnaires to respondents was used. A total of 209 Form 4 students were selected from 7 schools in the state of Perlis. Based on the al-Hikmah factor, the four factors that are suitable for use are intelligence, memory, rationality and smart. As a result of exploratory factor analysis (EFA), it was found that al-Hikmah factors have been successfully discovered and are suitable for use. -
PublicationImpak bahasa dan sastera di Alam Melayu: satu tinjauan terhadap cabaran kepada kehidupan masyarakat dalam era IR 4.0(Penerbit UniMAP (UniMAP Press), 2019)
; ; ;Jamsari Jamaluddin ; ;Alam Melayu mengalami tahap perkembangan yang tinggi selepas Melaka menjadi sebuah pelabuhan Entreport yang terkenal di Wilayah Nusantara sekitar abad ke-14 Masihi. Malah bahasa dan sastera turut berkembang secara positif apabila menerima pengaruh ajaran Islam yang dibawa masuk ke Nusantara. Namun begitu, apabila Malaysia terdedah kepada teknologi dunia digital, elemen-elemen asas seperti bahasa turut menerima kesannya dalam usaha untuk melestarikan bidang bahasa tersebut. Kertas kerja ini memfokuskan kepada sejarah perkembangan bahasa Melayu serta kesannya dalam konteks masyarakat dan kebudayaan. Penulisan ini adalah berdasarkan kepada kajian kepustakaan dengan melihat kepada sumber-sumber bertulis yang sedia. Maklumat-maklumat yang diperolehi tersebut akan dianalisis bagi mendapat maklumat yang tepat bagi menjawab persolan dalam kertas kerja ini. Analisis kandungan digunakan untuk menganalisis segala rujukan yang digunakan dalam kajian ini. Perkembangan teknologi pesat yang melanda dunia pada hari ini turut melanda wilayah Tanah Melayu. Penerimaan teknologi sebagai asas pembangunan kepada negara bukan hanya melibatkan sektor pembuatan dan perkhidmatan bahkan turut juga melibatkan aspek bahasa Melayu. Secara umumnya, didapati kesan kemasukan teknologi IR 4.0 memberi kesan terhadap bidang tersebut dalam konteks kemasyarakatan dan kebudayaan. Kedua-dua bidang tersebut memerlukan kepada pendekatan yang tertentu dalam usaha melestari dan memperkasakan bidang tersebut agar selari dengan keperluan dan perkembangan semasa. Tegasnya, usaha dan komitmen dalam kalangan rakyat dan pihak pemerintah adalah penting dalam usaha memartabatkan kegemilangan bahasa Melayu dalam generasi masa kini dan akan datang. -
PublicationDinamika minda baharu : keusahawanan dan kemanusiaan( 2020)
;Khairunnisak Ahmad Shakir ; ;Azahari RamliMuhammad Shukri BakarDinamika Minda Baharu: Keusahawanan dan Kemanusiaan akan membawa pembaca untuk memahami isu-isu semasa yang sering dibincangkan dalam keusahawanan dan juga isu-isu sampingan berkaitan kemanusiaan. Persoalan keusahawanan dan kemanusiaan sentiasa bersifat kompleks dan dinamis bersesuaian dengan realiti dan kondisi sesuatu masyarakat. Pelbagai cabaran dan rintangan perlu dihadapi oleh manusia untuk meneruskan kelangsungan kehidupan di muka bumi dengan sejahtera khususnya dalam konteks keusahawanan. Topik perbincangan dimulakan dengan konsep keusahawanan dan diikuti dengan isu keusahawanan. Kupasan menarik seperti orientasi keusahawanan, kreativiti, kompetensi keusahawanan, kualiti, dimensi-dimensi yang ada dalam keusahawanan dan turut disentuh berkaitan keusahawanan sosial. Bagi tema kemanusiaan pula isu-isu berkaitan komunikasi dan teknologi maklumat turut dibincangkan. Semua perbincangan ini disertai dengan contoh-contoh semasa yang relevan dengan negara Malaysia pada hari ini. Adalah diharapkan pembaca dapat mengambil faedah daripada isu-isu yang dihidangkan oleh para penulis.14 1654 -
PublicationSolution-focused therapy as a counseling intervention to help individuals whom experiencing psychological distress in organizations( 2023-04-24)
;Amran M.E. ; ;This conceptual paper aims to understand the psychological distress that occurs among employees in organizations and to find out how the Solution-Focused Therapy able to help counsellors in helping their clients in managing their psychological distress. Psychological distress refers to two main components namely depression and anxiety that often occur to employees due to factors such as excessive workload, health problems, responsibilities to family, social relationships, relationships with spouses, time management and lack of self-care. While there are a variety of methods that can be used to help them reduce such stress levels, it is still not well resolved. In fact, it continues to disrupt the emotions and quality of life among the employees. The adverse effects of psychological distress can be identified based on four aspects namely physical, emotional, behaviour and thought. Therefore, it is important for counselling practitioners to strive and help organizational employees to manage their stress better. Solution-Focused Therapy as an intervention in a counselling session that serves as a guideline for the counsellor to understand the factors, effects, and the real issues that is happening to the client. Solution Focused Therapy also helps counsellors to be able to quickly understand the issues and focus more on solutions rather than the problems. By having a clear understanding of the real issue, counsellors can apply techniques in Solution Focused Therapy such as scaling techniques and magic questions in their session. The use of these therapy techniques is proven to help clients to be more realistic in finding their own solutions to the problems and later help them to reduce the level of psychological distress.1 -
PublicationApplying diffusion of innovation theory and Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) on farmers’ use of communication technology( 2016)
; ;Rosli Mohammed ;Mohd Khairie Ahmad ; ;Mohamad Rezal Hamzah ;Hayrol Azril ShaffrilThe study is focused on the use of communication technology in agricultural development. It is inevitable for the farmers to utilise the communication technology, which is a well known innovation, in order to get hold of various agricultural information that could help them to heighten the quality and quantity of agricultural products. Innovation is the implementation of ideas, products, practices, and services that adds the value to individuals (Rogers, 2003). The Malaysian farmers are merely way behind in terms of utilizing communication technology, which have prompted the researchers to look at this phenomenon in greater depth. The aim of this study is to help more farmers to use communication technology, henceforth naturally increases the number of knowledgeable and informative farmers. Based on Diffusion of Innovation Theory and Unified Theory of Acceptance and Use of Techology (UTAUT), this study observes the effectiveness of the combination of these two theories specifically on the use of communication technology among farmers. The construct of innovation characteristics includes relative advantages, compatibility, trialibility, complexity, and observability, whereas the construct of technology acceptance includes effort expectation, performance expectations, social influence, and facilitating situation. A total of 398 malaysian farmers were involved in this study as the respondents. The result shows that the use of communications technology such as interactive media and social media, can largely be utilised by the farmers, as the use and the acceptance of communication technology have increased. A linear regression test has shown the effect on the Diffusion of Innovation Theory and UTAUT is at 10.2 variance changes. Thus, the combined use of these 2 theories suits effectively to be the foundation to investigate the use of the communication technology among farmers. This model can be improved or further modified for future research to identify other factors that could play a role in the use and acceptance of innovation, especially among farmers.4 21 -
PublicationApproach to qualitative study methods: Exploration of support received by entrepreneur with disability( 2021-07-21)
;Norhasyikin Rozali ; ; ;Jamaluddin J. ;Ahmad Fahmi MahmoodSupport is one of the most important elements for a disabled entrepreneur to grow a business. However, this support is not only financial in nature but consists of various other needs. In fact, the support medium is not only the government but also NGO and others. The main purpose of this article is to discuss the objective of the study, which is to explore the support received by entrepreneurs with disability to grow the business. The second objective is to understand the situation experienced by people with disabilities in start business. Therefore, this study was conducted through qualitative methods using a semi-structured interview approach involving 8 informants consisting of disabled entrepreneurs to obtain research information.3 31 -
PublicationMainpower competency in Bank Islam Malaysia Berhad( 2012)
;Nor Husna Shafini Nor Bashah ;Noorji Hj. Mohd Japar ;Azizi Abu BakarIslamic banking has grown so fast in global finance and it has become the talk around the globe especially after the recent financial debacle that began in summer 2007 where its ends with the crumbling the of Lehman Brothers and many more. Striving to reach and remain at the top of the world, Islamic banking institutions worldwide began to focus efforts on strengthening its position. This research explored manpower selection and training of Bank Islam Malaysia Berhad. It also evaluates bankers perception towards training and experience that they gained through working at the bank. Preferred selection method employed by BIMB is send is resume and the staffs have positive perception about trainings given and their experience on the job due to the staffs not having any formal training prior to joining the bank. And it is revealed that the perceptions of bankers towards clear and efficient training as well as exposure on the products and services before they are launched are dependent on capability of bankers to solve customer's problems. It is recommended that the bank's management take greater initiative in providing their employees with sufficient training to ensure customer satisfaction, face the challenges and meet the objectives of Malaysian government in positioning Malaysia as an Islamic financial hub in the region. It is hoped that the research will further assess the perceptions of employees in depth.6 28