UniMAP Conference and Proceedings
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing UniMAP Conference and Proceedings by Subject "Ekonomi"
Results Per Page
Sort Options
-
PublicationFaktor-faktor yang mempengaruhi penentuan identiti diri remaja Melayu(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor–faktor yang mempengaruhi remaja lelaki dan perempuan Melayu dalam menentukan identiti diri mereka. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak. Responden dipilih dalam kalangan remaja Melayu dan merupakan pelajar dalam bidang kejuruteraan dan perniagaan, dari tahun satu sehinggalah tahun empat. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan “Statistical Package For The Social Sciences”(SPSS). Responden yang terlibat dalam kajian ini merupakan pelajar-pelajar Melayu di Universiti Malaysia Perlis yang berumur dalam lingkungan umur 19-25 tahun. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif di antara faktor-faktor pengaruh ibu bapa, ekonomi, rakan sebaya, pendidikan dan media massa dengan pembentukan identiti diri pelajar lelaki Melayu. Sebaliknya bagi pelajar wanita perhubungan positif hanya wujud di antara faktor-faktor pengaruh ibu bapa, pendidikan dan ekonomi dalam pembentukan diri pelajar wanita Melayu.
-
PublicationKemelut survival Melayu dalam era globalisasiKeadaan orang Melayu pada hari ini semakin tergugat di tanah airnya sendiri. Walaupun diiktiraf sebagai peribumi namun, kedudukan mereka jauh terkebelakang berbanding kaum-kaum lain. Pelbagai data atau statistik dipaparkan mengenai kedudukan orang Melayu berbanding kaum lain. Namun, orang Melayu masih lagi di takuk yang lama. Persoalannya, mengapa keadaan ini masih lagi berlegar dalam kalangan orang Melayu. Sudah pasti keadaan ini menunjukkan yang orang Melayu berhadapan dengan kemelut yang sukar untuk ditangani dan menjadi parah jika keadaan ini tidak diatasi segera kerana bimbang orang Melayu tidak boleh bersaing dalam era globalisasi. Kemelut untuk meneruskan survival Melayu pada dasarnya tidaklah sukar untuk diatasi jika setiap orang Melayu sedar akan potensi, kelebihan dan kekuatan yang ada pada dirinya. Menjadi masalah jika Melayu itu tidak tahu tentang dirinya sendiri. Dengan 66% sebagai penduduk negara, tidak mustahil untuk Melayu bangun menguasai ekonomi negara kerana sejarah telah pun membuktikannya.