UniMAP Conference and Proceedings
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing UniMAP Conference and Proceedings by Author "Halipah Hamzah"
Results Per Page
Sort Options
-
PublicationCabaran pendidikan masyarakat Melayu: satu tinjauan sejarah dan masa kini(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29)
;Halipah HamzahNik Muniyati Nik DinPendidikan memainkan peranan bagi membangun dan mentamadunkan individu, rnasyarakat, dan negara. Masyarakat Melayu diperkenalkan dengan sistem pendidikan semenjak kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Pada era tersebut, sistem pendidikan rnasyarakat Melayu berteraskan kepada pendidikan Islam. Namun, selepas kedatangan penjajah Inggeris, sistem pendidikan Melayu mengalami perubahan. Masyarakat Melayu berhadapan dengan cabaran apabila pihak penjajah melaksanakan sistem pendidikan berasaskan pendidikan Inggeris. Hal ini kerana sekolah-sekolah aliran Inggeris mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris sedangkan majoriti bangsa Melayu tidak berbahasa Inggeris. Meskipun negara kita Malaysia telah mencapai kemerdekaan, dasar-dasar yang diperkenalkan oleh pihak penjajah ini masih terkesan dalam jiwa masyarakat Melayu. Malahan pihak Barat sentiasa berusaha memperkenal dan menyebarkan ideologi-ideologi dan budaya-budaya mereka kepada masyarakat Melayu khususnya golongan remaja. Perkara ini merupakan cabaran yang lebih sengit berbanding cabaran yang dihadapi oleh generasi terdahulu pada zaman penjajahan.3 2 -
PublicationSejarah pembukaan masjid dan konflik yang melatari masyarakat Melayu Pulau Pinang(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29)
;Zulkifli Dahalan ;Rahimin Affandi Abd Rahim ;Halipah HamzahNor Hayati Md DahlalSejak kedatangan Islam, bangsa Melayu cukup terkesan dengan kewujudan masjid. Institusi ini cukup berperanan dalam mewarnai suasana kehidupan masyarakat Melayu kerana lingkungan kehidupan mereka sering terkait dengan masjid. Pembukaan masjid di Pulau Pinang agak menarik untuk dikaji kerana ia antara negeri di Malaysia yang lewat ditubuhkan Majlis Agama Islam. Selain bangsa Melayu, penduduk Islam di Pulau Pinang terdiri daripada pelbagai etnik dan mazhab sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi. Tanpa kawalan pentadbiran Islam yang berkesan menyebabkan munculnya konflik seiring dengan kewujudan masjid. Penulisan ini bertujuan mengetengahkan sejarah pembukaan beberapa buah masjid di Pulau Pinang dan suasana konflik yang melatarinya.