UniMAP Conference and Proceedings
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing UniMAP Conference and Proceedings by Author "Dzairi Asrul Dzainol"
Results Per Page
Sort Options
-
PublicationIsu pemansuhan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR): satu analisis persepsi staf UniMAP(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29)
;Raja Shah Erman Raja Ariffin ;Mohd Hizazy Yusof ;Mohd Jabar Tariq Alizul PakarDzairi Asrul DzainolIsu Pemansuhan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah(PMR) hangat rnenghiasi dada akhbar dan blog-blog dalam Internet. Isu tersebut mengundang pelbagai reaksi positif dan negatif dari pelbagai pihak yang tampil menyatakan pendirian. Namun belum ada kajian yang dibentangkan berkenaan pandangan masyarakat yang sepatutnya diberikan hak untuk mengutarakan pandangan. Atas dasar itu kajian ini dilakukan bagi rnelihat persepsi dan reaksi kakitangan Universiti Malaysia Perlis yang berjumlah 1,608 orang terhadap isu pemansuhan kedua-dua peperiksaan tersebut. Kajian ini akan menggunakan satu set soal selidik dan pemilihan kakitangan adalah dari semua peringkat perjawatan yang berkhidmat di UniMAP. Pemilihan responden dilakukan seeara rawak bebas dan dari 500 set borang soal selidik yang diedarkan, hanya sebanyak 279 set borang sahaja yang dikembalikan. Hasil analisis yang dilakukan didapati majoriti kakitangan UniMAP menolak hasrat kementerian untuk memansuhkan UPSR Dan PMR dan mereka turut tidak bersetuju dengan alasan kementerian bahawa peperiksaan ini perlu dimansuhkan kerana ia tidak membantu perkembangan pelajar sejajar dengan falsafah pendidikan negara. Diharap dengan hasil kajian ini, ia dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak-pihak yang berminat dengan isu ini.