Buku Bahan Geopolimer: Pemprosesan, Pencirian dan Aplikasi adalah sebuah buku yang membincangkan beberapa aspek penting mengenai bahan geopolimer seperti pemprosesan, perincian, aplikasi dan sifat bahan geopolimer dalam teknologi konkrit. Buku ini juga menerangkan secara terperinci tentang bahan geopolimer dari aspek teori, pemprosesan, pencirian dan aplikasi yang sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan dan panduan kepada pelajar, penyelidik dan pengamal industri.