Publication:
Kepentingan Literasi Maklumat dan Media (MIL), kesediaan digital dan keselamatan siber terhadap kesejahteraan digital belia
Kepentingan Literasi Maklumat dan Media (MIL), kesediaan digital dan keselamatan siber terhadap kesejahteraan digital belia
Date
2024-06
Authors
Abdul Rahman Abdul Manaf
Mohammad Rezal Hamzah
Habee Bullah Affandy
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Perkembangan teknologi dan transformasi digital memberikan impak yang signifikan kepada kehidupan belia pada masa kini. Oleh itu, pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi menjayakan perubahan tersebut menerusi pemerkasaan literasi maklumat dan media (MIL), kesediaan digital, dan keselamatan siber terhadap golongan belia. Tindakan ini bagi memastikan amalan digital mereka berdaya tahan dalam persekitaran digital yang semakin mencabar. Kecekapan-kecekapan ini penting untuk membantu para belia menjadi pengguna yang kritis dan beretika, sekaligus mencipta kesejahteraan digital yang holistik dalam pelbagai aspek seperti kerjaya, keusahawanan, sosial, ekonomi, mental, dan psikologi. Demikianlah, betapa pentingnya setiap individu mempunyai tanggungjawab dalam menyumbang kepada kesejahteraan digital melalui aktiviti yang dilakukan dalam talian secara bersepadu dan holistik. Tambahan pula, penguasaan pengetahuan dan kecekapan berkaitan digital menjadi tunjang kepada pemerkasaan kecerdasan digital (DQ) dan membentuk kesiapsiagaan kemahiran masa depan dalam kalangan belia.
Description
Keywords
Literasi maklumat dan media (MIL),
Kesediaan digital,
Keselamatan siber,
Kesejahteraan digital,
Belia