Laporan ini bertujuan untuk memberikan seberapa maklumat tentang ciri-ciri aktiviti discas permukaan secara khustmrya dan aktiviti discas sejara secara umumnya serta peringkat-peringkat proses merekabentuk
alat pengesan terhadap aktiviti ini menggunakan kaedah optikal ia meliputi kaji selidik dalam teori-teori tentang kejadian discas permukaan, kriteria-kriterianya dan proses bagaimana ia boleh dikesan oleh sesuatu alat pengesan. Objektif utama projek ini dijalankan adalah untuk merekacipta satu alat pengesan yang menggunakan kaedah optik bagi mengesan dan mengenalpasti kejadian aktiviti discas permukaan pada peralatan elektrik terutamanya pada peralatan voltan tinggi. Adalah diharapkan agar alat pengesan yang dihasil daripada projek ini akan dapat digunakan bagi kegunaan untuk mengesan dan seterusnya mengenalpasti lokasi dimana telah berlakunya aktiviti discas permukaan.