Now showing 1 - 3 of 3
  • Publication
    Keusahawanan, inovasi dan perniagaan
    ( 2012) ;
    Ku Halim Ku Ariffin
    ;
    ; ;
    Mohd. Mizan Mohammad Aslam
    ;
    Azizi Halipah
    ;
    ;
    Buku ini dapat memberi gambaran kepada pembaca tentang ilmu keusahawanan, kemahiran tentang usahawan berjaya, bagaimana membina rancangan perniagaan di samping ilmu asas tentang kepentingan inovasi dalam disiplin keusahawanan. Usahawan dituntut untuk memimpin dirinya sendiri dan segala usaha yang dilakukan. Menjadi usahawan yang hebat, wajar memiliki perwatakan peribadi yang utuh, berusaha memiliki sumber pengeluaran yang mencukupi serta mampu bersaing dalam persekitaran perniagaan, mengenal pasti peluang-peluang yang ada, di samping berinovasi ke arah memajukan potensi supaya setiap aktiviti yang dilakukan berjaya dikembangkan. Usahawan berjaya juga cemerlang dalam aktiviti keusahawanan yang mementingkan tuntutan keagamaan secara sempurna bersesuaian dengan semangat al-Falah.
  • Publication
    Nilai-nilai holistik : keusahawanan Islam
    ( 2011) ;
    Ku Halim Ku Ariffin
    Buku ini memerihalkan nilai-nilai murni dan disiplin dalam keusahawanan Islam. Penulisan buku ini cenderung mengupas nilai-nilai murni berdasarkan kepada tafsiran landasan ilmu dan panduan wahyu serta menerangkan konsep keusahawanan Islam dan usahawan berjaya menurut neraca mu`amalah Islam. Secara prinsipnya, setiap bidang kehidupan manusia memerlukan garis panduan dan bimbingan daripada petunjuk wahyu yang bertindak sebagai kuasa eksklusif untuk dipatuhi oleh manusia. Usahawan menurut kerangka mu`amalah Islam ialah individu yang berfungsi sebagai pemegang amanah yang bertindak menjana dan memakmurkan sumber-sumber ekonomi yang dianugerahkan oleh Allah untuk kesejahteraan manusia dan kemakmuran alam.
  • Publication
    Dinamika minda baharu : keusahawanan dan kemanusiaan
    ( 2020)
    Khairunnisak Ahmad Shakir
    ;
    ;
    Azahari Ramli
    ;
    Muhammad Shukri Bakar
    Dinamika Minda Baharu: Keusahawanan dan Kemanusiaan akan membawa pembaca untuk memahami isu-isu semasa yang sering dibincangkan dalam keusahawanan dan juga isu-isu sampingan berkaitan kemanusiaan. Persoalan keusahawanan dan kemanusiaan sentiasa bersifat kompleks dan dinamis bersesuaian dengan realiti dan kondisi sesuatu masyarakat. Pelbagai cabaran dan rintangan perlu dihadapi oleh manusia untuk meneruskan kelangsungan kehidupan di muka bumi dengan sejahtera khususnya dalam konteks keusahawanan. Topik perbincangan dimulakan dengan konsep keusahawanan dan diikuti dengan isu keusahawanan. Kupasan menarik seperti orientasi keusahawanan, kreativiti, kompetensi keusahawanan, kualiti, dimensi-dimensi yang ada dalam keusahawanan dan turut disentuh berkaitan keusahawanan sosial. Bagi tema kemanusiaan pula isu-isu berkaitan komunikasi dan teknologi maklumat turut dibincangkan. Semua perbincangan ini disertai dengan contoh-contoh semasa yang relevan dengan negara Malaysia pada hari ini. Adalah diharapkan pembaca dapat mengambil faedah daripada isu-isu yang dihidangkan oleh para penulis.