Now showing 1 - 3 of 3
  • Publication
    Keusahawanan, inovasi dan perniagaan
    ( 2012) ;
    Ku Halim Ku Ariffin
    ;
    ; ;
    Mohd. Mizan Mohammad Aslam
    ;
    Azizi Halipah
    ;
    ;
    Buku ini dapat memberi gambaran kepada pembaca tentang ilmu keusahawanan, kemahiran tentang usahawan berjaya, bagaimana membina rancangan perniagaan di samping ilmu asas tentang kepentingan inovasi dalam disiplin keusahawanan. Usahawan dituntut untuk memimpin dirinya sendiri dan segala usaha yang dilakukan. Menjadi usahawan yang hebat, wajar memiliki perwatakan peribadi yang utuh, berusaha memiliki sumber pengeluaran yang mencukupi serta mampu bersaing dalam persekitaran perniagaan, mengenal pasti peluang-peluang yang ada, di samping berinovasi ke arah memajukan potensi supaya setiap aktiviti yang dilakukan berjaya dikembangkan. Usahawan berjaya juga cemerlang dalam aktiviti keusahawanan yang mementingkan tuntutan keagamaan secara sempurna bersesuaian dengan semangat al-Falah.
  • Publication
    Nilai-nilai holistik : keusahawanan Islam
    ( 2011) ;
    Ku Halim Ku Ariffin
    Buku ini memerihalkan nilai-nilai murni dan disiplin dalam keusahawanan Islam. Penulisan buku ini cenderung mengupas nilai-nilai murni berdasarkan kepada tafsiran landasan ilmu dan panduan wahyu serta menerangkan konsep keusahawanan Islam dan usahawan berjaya menurut neraca mu`amalah Islam. Secara prinsipnya, setiap bidang kehidupan manusia memerlukan garis panduan dan bimbingan daripada petunjuk wahyu yang bertindak sebagai kuasa eksklusif untuk dipatuhi oleh manusia. Usahawan menurut kerangka mu`amalah Islam ialah individu yang berfungsi sebagai pemegang amanah yang bertindak menjana dan memakmurkan sumber-sumber ekonomi yang dianugerahkan oleh Allah untuk kesejahteraan manusia dan kemakmuran alam.
  • Publication
    Keusahawanan Islam : perspektif dan alternatif
    ( 2012) ;
    Ku Halim Ku Ariffin
    Kebangkitan Islam di peringkat global telah mendorong usaha kesarjanaan yang selaras untuk menghasilkan cara hidup alternatif yang berpaksikan ajaran Islam. Lantaran itu, dalam dunia keusahawanan ia bukan lagi satu perkara yang asing untuk diperbincangkan secara teori dan praktikal. Umumnya, buku ini memerihalkan keusahawanan Islam, iaitu konsep, amalan, budaya keusahawanan dan isu-isu semasa berkaitan dunia keusahawanan secara kritis. Perbincangan juga difokuskan kepada falsafah keusahawanan yang digagaskan oleh Islam dan perbincangan para sarjana berkaitan dengannya. Penulisan ini cenderung membincangkan isu-isu dan realiti yang dihadapi oleh usahawan yang didorong oleh dogma keagamaan ataupun kebenaran keusahawanan Islam.