UniMAP Conference and Proceedings
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing UniMAP Conference and Proceedings by Author "Faizah Ahmad"
Results Per Page
Sort Options
-
PublicationRancangan hiburan di televisyen: ke arah peminggiran 'Bahasa Jiwa Bangsa'(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)
;Nasihah Hashim ;Nuraini Yusoff ;Marzalina Mansor ;Faizah AhmadAinal Akmar AhmadFaktor utama yang dikenal pasti dalam pembentukan tamadun manusia ialah agama dan bahasa (Braudel, 1993; Huntington, 1996; T. A. Ridwan, 2004). Kini, tamadun manusia boleh dikatakan berada di puncak kegemilangan, namun agama dan bahasa tetap menunjangi pembentukan modal insan yang menjana ketamadunan tersebut. Tidak hairanlah seandainya sesuatu tamadun akan terhakis dengan terhakisnya bahasa, dan bangsa akan pupus dengan pupusnya bahasa. Justeru, dalam makalah ini akan ditinjau aspek pembangunan modal insan dari sudut penggunaan bahasa Melayu di televisyen. Umum sedia maklum bahawa televisyen antara media yang berkesan untuk mempengaruhi masyarakat khususnya golongan remaja dan pelajar. Pandangan ini turut disokong oleh pelbagai dapatan penyelidikan. Jadi, sejauh manakah slogan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ mendapat sokongan daripada media? Hakikatnya bahasa bukan sahaja melibatkan kata-kata tetapi merangkumi keseluruhan roh dunia bangsa Melayu. Kemusykilan ini telah mendorong pengkaji meneliti rancangan-rancangan hiburan di televisyen. Rancangan-rancangan tersebut ialah Melodi, Sempurnakan Harimu, Muzik Muzik, Mencari Cinta, Terjah, Galaksi, dan Fuhh.. Kajian mendapati bahawa pengacara dan tetamu yang terlibat turut meminggirkan kemurnian bahasa Melayu. Peminggiran bahasa tersebut dapat dikategorikan seperti berikut, iaitu tatabahasa, bahasa rojak, bahasa slanga dan kesantunan bahasa. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana dalam tahun 2010 didapati semakin banyak rancangan hiburan yang lebih ‘berani’ diterbitkan berbanding lima tahun yang lalu. Oleh yang demikian, pembangunan modal insan menuntut supaya pihak media khususnya penerbit-penerbit rancangan hiburan untuk bertanggungjawab dalam melestarikan kemurnian bahasa melalui pendidikan tidak formal ini agar tidak bersubahat dalam peminggiran ‘Bahasa Jiwa Bangsa’.