Now showing 1 - 3 of 3
  • Publication
    "Talking Phonics for Autism": developing a multi-purpose touch screen technology software application which utilizes sound articulation point to teach autistic children
    This paper aims to examine the potentials of the multi-purpose touch screen technology application which utilizes a sound articulation point software called "TALKING PHONICS FOR AUTISM"as an alternative method of teaching phonics to autistic children. "TALKING PHONICS FOR AUTISM"is developed via a collaborative effort between the Centre of International Languages (CIL) and the School of Human Development and techno Communication (iKOM), University Malaysia Perlis (UniMAP). The reading skills of autism children are developed intofive (5) levels ofMalay reading comprehension skills. The first level consists of open syllables - vowels and consonants. The following consecutivethree levels comprised of closed syllables. The fourth level introduces vocal sequence while the fifth level constitutes of Malay language loans. The Malay-language dialect phonological theory by Tajul Aripin Kassin (2000) which is based on Clements & Keysher's (1980) Generative Booking Generic Fonology Model (CV) forms the theorectical framework of this paper.
      2
  • Publication
    Percampuran kod bahasa dalam lagu: satu kajian kualitatif terhadap lirik lagu raya terpilih
    Kajian ini membincangkan mengenai percampuran kod bahasa dalam lagu raya terpilih. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti percampuran kod bahasa dalam lirik lagu raya terpilih dan melihat penerimaan pendengar terhadap lagu raya tersebut melalui jumlah tontonan di Youtube dan undian suka (like) atau tidak suka (dislike) bagi setiap lagu raya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengkaji lirik lagu raya terpilih dalam bahasa Melayu dan menganalisis penggunaan percampuran kod bahasa dalam lirik tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa percampuran kod bahasa dalam lirik lagu raya boleh memberikan impak terhadap penerimaan pendengar terhadap lagu tersebut. Penggunaan percampuran kod bahasa boleh memberikan kepelbagaian dan keunikan dalam lirik lagu raya serta menarik minat pendengar. Kajian ini diharap dapat memberikan pandangan dalam memahami kepentingan percampuran kod bahasa dalam lagu Melayu moden khususnya kepada lagu raya.
      4  120
  • Publication
    Orang Kurang Upaya’ dan ‘Orang Kelainan Upaya’: analisis kesantunan berbahasa dalam penulisan media akhbar
    (Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2025-06) ; ; ;
    Pemilihan kata dalam konsep kesantunan berbahasa merupakan aspek yang penting dalam penulisan. Pemilihan kata bukan hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan, namun pemilihan kata seharusnya sesuai dengan komunikasi interaksi sosial. Kajian ini membincangkan penggunaan kata ‘Orang Kurang Upaya (OKU1)’ dan ‘Orang Kelainan Upaya (OKU2)’ berasaskan data akhbar dalam talian di Malaysia. Aspek yang ditumpukan ialah gelagat kehadiran penggunaan kata OKU1 dan OKU2 dalam data akhbar dalam talian. Permasalahan kajian ini adalah wujudnya penggunaan istilah yang tidak seragam dalam penulisan akhbar bagi OKU yang merujuk “Orang Kurang Upaya” dan “Orang Kelainan Upaya”. Penggunaan kata OKU telah termaktub dan digunakan dalam Akta 685, iaitu Akta Orang Kurang Upaya 2008. Teori Kesantunan oleh Brown & Levinson (1987) dimanfaatkan bagi menghuraikan pemilihan penggunaan kata tersebut. Analisis kajian mendapati bahawa penggunaan kata OKU2 “Orang Kelainan Upaya” adalah lebih santun dan sesuai digunakan dalam penulisan media, komunikasi rasmi dan interaksi sosial. Menurut Teori Brown & Levinson (1987), pemilihan kata “Orang Kelainan Upaya” berupaya memelihara muka positif dan negatif seterusnya dapat mengelakkan rasa rendah diri atau stigma negatif berbanding istilah “Orang Kurang Upaya” yang kurang sesuai kerana menonjolkan kekurangan golongan tersebut.
      6  8