Publication:
Penggunaan produk deposit Islam dan Konvensional dalam kalangan staf akademik IPTA

dc.contributor.author Syarifah Md Yusof
dc.date.accessioned 2024-02-19T02:36:52Z
dc.date.available 2024-02-19T02:36:52Z
dc.date.issued 2014-02
dc.description.abstract Sorotan kajian menunjukkan kajian terhadap golongan berpendidikan agak kurang dilakukan walaupun golongan berpendidikan didapati menjadi pengguna majoriti kepada produk kewangan dan perbankan Islam. Namun, penemuan lain mendedahkan bahawa golongan pensyarah lebih tertumpu kepada akaun simpanan Islam berbanding produk-produk kewangan Islam lain. Justeru, objektif utama kertas kerja ini ialah untuk mengenal pasti penggunaan produk deposit Islam berbanding konvensional dalam kalangan staf akademik IPTA di Malaysia. Data utama dikutip secara rawak di lima buah IPTA di utara Semenanjung Malaysia. Sebanyak 257 borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden telah dianalisa. Kajian mendapati golongan staf akademik lebih menumpukan kepada penggunaan produk deposit Islam dan konvensional secara serentak. Majoriti daripada mereka turut membuka jenis akaun yang sama yang ditawarkan oleh perbankan Islam dan konvensional. Di perbankan Islam, produk yang menjadi tumpuan adalah produk akaun simpanan Islam. Majoriti menggunakan akaun deposit Islam untuk tujuan kemasukan gaji. Kajian ini mendedahkan majoriti golongan staf akademik masih kurang mengambil berat terhadap penggunaan produk kewangan yang mematuhi syariah.
dc.identifier.uri http://ijbt.unimap.edu.my/
dc.identifier.uri https://ijbt.unimap.edu.my/index.php/table-of-content-2014/volume-4-no-1-february-2014
dc.identifier.uri https://hdl.handle.net/20.500.14170/1751
dc.language.iso ms
dc.relation.ispartof International Journal of Business and Technopreneurship (IJBT)
dc.relation.issn 2232-1543
dc.subject Perbankan Islam
dc.subject Produk deposit Islam
dc.subject Akaun simpanan
dc.subject Akaun pelaburan
dc.subject Akaun semasa
dc.title Penggunaan produk deposit Islam dan Konvensional dalam kalangan staf akademik IPTA
dc.type Resource Types::text::journal::journal article
dspace.entity.type Publication
oaire.citation.endPage 170
oaire.citation.issue 1
oaire.citation.startPage 147
oaire.citation.volume 4
oairecerif.author.affiliation Universiti Utara Malaysia
Files
Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Thumbnail Image
Name:
penggunaan produk.pdf
Size:
96.58 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description: