Publication:
Penggunaan produk deposit Islam dan Konvensional dalam kalangan staf akademik IPTA
Penggunaan produk deposit Islam dan Konvensional dalam kalangan staf akademik IPTA
Date
2014-02
Authors
Syarifah Md Yusof
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Sorotan kajian menunjukkan kajian terhadap golongan berpendidikan agak
kurang dilakukan walaupun golongan berpendidikan didapati menjadi
pengguna majoriti kepada produk kewangan dan perbankan Islam. Namun,
penemuan lain mendedahkan bahawa golongan pensyarah lebih tertumpu
kepada akaun simpanan Islam berbanding produk-produk kewangan Islam lain.
Justeru, objektif utama kertas kerja ini ialah untuk mengenal pasti penggunaan
produk deposit Islam berbanding konvensional dalam kalangan staf akademik
IPTA di Malaysia. Data utama dikutip secara rawak di lima buah IPTA di utara
Semenanjung Malaysia. Sebanyak 257 borang soal selidik yang diisi sendiri
oleh responden telah dianalisa. Kajian mendapati golongan staf akademik lebih
menumpukan kepada penggunaan produk deposit Islam dan konvensional
secara serentak. Majoriti daripada mereka turut membuka jenis akaun yang
sama yang ditawarkan oleh perbankan Islam dan konvensional. Di perbankan
Islam, produk yang menjadi tumpuan adalah produk akaun simpanan Islam.
Majoriti menggunakan akaun deposit Islam untuk tujuan kemasukan gaji.
Kajian ini mendedahkan majoriti golongan staf akademik masih kurang
mengambil berat terhadap penggunaan produk kewangan yang mematuhi
syariah.
Description
Keywords
Perbankan Islam,
Produk deposit Islam,
Akaun simpanan,
Akaun pelaburan,
Akaun semasa