K-Kedatangan merupakan sistem yang digunakan untuk merekod kehadiran kakitangan di kampus KUKUM. Sistem ini menggunakan teknologi kad pintar yang menggabungkan dua sistem utama iaitu lUS-Staf dan NPower. Sistem K-Kedatangan ini mempunyai dua sub sistem iaitu sistem enjin K-Kedatangan dan sistem paparan web K-Kedatangan yang berfungsi serentak supaya dapat beroperasi dengan lancar. Enjin K-Kedatangan berfungsi sebagai sistem yang mengemaskini data yang diperlukan daripada rutin mengimbas kad pintar oleh pengguna. Paparan web K-Kedatangan berfungsi untuk membolehkan setiap kakitangan menyemak status kehadiran melalui portal KUKUM.