Penggunaan analisis faktor bagi kajian hubungan antara faktor peramal dengan kecenderungan pelajar menceburi kerjaya keusahawanan
Journal
International Journal of Business and Technopreneurship (IJBT)
ISSN
2232-1543
Date Issued
2015-06
Author(s)
Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang
Nor Hayati Sa’at
Sabri Ahmad
Ibrahim Mamat
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor peramal yang
mempengaruhi kecenderungan pelajar menceburi kerjaya keusahawanan. Data
kajian ini diperolehi daripada borang soal selidik diedarkan secara rawak
kepada 379 orang pelajar sekolah menengah yang mengikuti Program Tunas
Niaga di Negeri Terengganu. Penggunan analisis faktor menerbitkan lapan
faktor peramal yang mempengaruhi kecenderungan pelajar menceburi kerjaya
keusahawanan. Keputusan analisis faktor berjaya membangkitkan satu faktor
peramal baru hasil gabungan item daripada pembolehubah asal. Faktor
peramal baru ini dinamakan halangan. Meskipun analisis faktor dapat
membentuk pembolehubah baru, namun wujud satu pembolehubah asal iaitu
kebebasan digugurkan dari kajian ini. Item asal dalam pembolehubah ini
berkorelasi dengan baik dalam konstruk lain. Kesemua lapan faktor peramal
diklasifikasikan semulaberdasarkan senarai pendek yang diperolehi. Lapan
faktor peramal ini disusun mengikut nilai eigenvalue tertinggi sebagai
pembolehubah tidak bersandar bagi menerangkan pembolehubah lain. Model
peranan dan halangan merupakan faktor peramal yang dominan
mempengaruhi pelajar menceburi kerjaya keusahawanan.
We collect and process your personal information for the following purposes: Authentication, Preferences, Acknowledgement and Statistics. To learn more, please read our privacy policy.