Polimer Terbiodegradasi ialah sebuah buku yang memerihalkan penghasilan polimer terbiodegradasi dan aplikasi-aplikasi daripada bahan polimer terbiodegradasi. Penghasilan buku ini adalah untuk memberi cadangan mengenai penghasilan polimer terbiodegradasi daripada sumber- sumber alam semulajadi seperti protein dan polisakarida. Sumber protein dan polisakarida dapat diperolehi melalui lambakan bahan- bahan buangan seperti hampas soya dan jerami padi. Selain itu, buku ini turut membincangkan juga teknik- teknik untuk menghasilkan polimer terbiodegradasi. Buku ini sesuai dijadikan rujukan pelajar politeknik, vokasional dan pelajar universiti dalam bidang sains polimer.