Now showing 1 - 4 of 4
  • Publication
    Impak bahasa dan sastera di Alam Melayu: satu tinjauan terhadap cabaran kepada kehidupan masyarakat dalam era IR 4.0
    Alam Melayu mengalami tahap perkembangan yang tinggi selepas Melaka menjadi sebuah pelabuhan Entreport yang terkenal di Wilayah Nusantara sekitar abad ke-14 Masihi. Malah bahasa dan sastera turut berkembang secara positif apabila menerima pengaruh ajaran Islam yang dibawa masuk ke Nusantara. Namun begitu, apabila Malaysia terdedah kepada teknologi dunia digital, elemen-elemen asas seperti bahasa turut menerima kesannya dalam usaha untuk melestarikan bidang bahasa tersebut. Kertas kerja ini memfokuskan kepada sejarah perkembangan bahasa Melayu serta kesannya dalam konteks masyarakat dan kebudayaan. Penulisan ini adalah berdasarkan kepada kajian kepustakaan dengan melihat kepada sumber-sumber bertulis yang sedia. Maklumat-maklumat yang diperolehi tersebut akan dianalisis bagi mendapat maklumat yang tepat bagi menjawab persolan dalam kertas kerja ini. Analisis kandungan digunakan untuk menganalisis segala rujukan yang digunakan dalam kajian ini. Perkembangan teknologi pesat yang melanda dunia pada hari ini turut melanda wilayah Tanah Melayu. Penerimaan teknologi sebagai asas pembangunan kepada negara bukan hanya melibatkan sektor pembuatan dan perkhidmatan bahkan turut juga melibatkan aspek bahasa Melayu. Secara umumnya, didapati kesan kemasukan teknologi IR 4.0 memberi kesan terhadap bidang tersebut dalam konteks kemasyarakatan dan kebudayaan. Kedua-dua bidang tersebut memerlukan kepada pendekatan yang tertentu dalam usaha melestari dan memperkasakan bidang tersebut agar selari dengan keperluan dan perkembangan semasa. Tegasnya, usaha dan komitmen dalam kalangan rakyat dan pihak pemerintah adalah penting dalam usaha memartabatkan kegemilangan bahasa Melayu dalam generasi masa kini dan akan datang.
  • Publication
    Memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di institusi pengajian tinggi: satu analisis
    (Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29)
    Salleh Abdul Rashid
    ;
    Isu bahasa Melayu dalam zaman globalisasi terus menjadi topik perbincangan dan sering dipolemikkan oleh pelbagai pihak dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Melihat senario yang berlaku pada hari ini, hampir semua negara maju telah meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu yang menjadi pra syarat penguasaan ilmu di peringkat tinggi. Tambahan lagi dalam bidang sains dan teknologi, bahasa Inggeris diiktiraf sebagai bahasa yang mendominasi ilmu-ilmu yang bersifat teknikal. Penulisan ini cenderung untuk membincangkan pandangan para sarjana berkaitan kelangsungan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan menganaiisis pandangan terse but untuk mendapat satu rumusan yang konkrit. Oleh yang demikian didapati usaha untuk meningkatkan penguasaan bidang sains dan teknologi tidak sepatutnya mematikan kelestarian fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu khususnya di peringkat pengajian tinggi.
      3  11
  • Publication
    Kelangsungan tulisan jawi dalam era globalisasi: satu analisis
    (Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29)
    Tulisan jawi adalah sebahagian daripada korpus warisan sejarah Melayu yang kaya dengan nilai seni dan ilmu. Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu lebih luas pengaruhnya dan berperanan amat penting untuk merakamkan secara bertulis kekayaan sejarah dan warisan bangsa, begitu juga peranan pentingnya membolehkan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu. Justeru itu, kebolehan membaca dan menulis jawi juga mempunyai hubungan penting dengan penghayatan terhadap agama Islam. Ini kerana, al-Qu'ran, hadith Nabi, dan kitab-kitab utama agama Islam adalah di dalam jawi. Kegagalan dan kealpaan umat Islam untuk menguasai tulisan jawi dibimbangkan akan menjauhkan mereka dari sumber dan naskhah asal khazanah ilmu hasil karya i1muwan Islam. Begitu juga yang berlaku dalam era globalisasi, didapati sistem tulisan jawi semakin terhakis dan diabaikan oleh generasi muda pada masa kini. Oleh yang demikian, kertas kerja ini cuba melihat bagaimana tulisan jawi dapat berfungsi dalam dunia digital maklumat bagi memastikan kelangsungannya sentiasa dapat bertahan dan memenuhi tuntutan semasa sebagai pusaka masyarakat Melayu yang agung. Analisis dilakukan dengan mengambilkira pandangan para saIjana dalam bidang berkaitan dan penulisan-penulisan ilmiah yang sedia ada. Kertas kerja ini mendapati tindakan mempertahankan tulisan jawi daripada pupus adalah satu perjuangan bangsa. lni kerana, tindakan tersebut adalah sebahagian daripada khazanah bangsa yang wajib dikekalkan, diberi keutamaan dan dipertahankan selagi Melayu tidak hilang di dunia.
      2  5
  • Publication
    Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Institusi Pengajian Tinggi: satu analisis
    ( 2015)
    Salleh Abdul Rashid
    ;
    Isu bahasa Melayu dalam zaman globalisasi terus menjadi topik perbincangan dan sering dipolemikkan oleh pelbagai pihak dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Melihat senario yang berlaku pada hari ini, hampir semua negara maju telah meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu yang menjadi pra syarat penguasaan ilmu di peringkat pengajian tinggi. Tambahan lagi, dalam bidang sains dan teknologi, bahasa Inggeris diiktiraf sebagai bahasa yang mendominasi ilmu-ilmu yang bersifat teknikal. Artikel ini cenderung untuk membincangkan pandangan para sarjana berkaitan kelangsungan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan menganalisis pandangan tersebut untuk mendapat satu rumusan yang konkrit berdasarkan kepada kajian kepepustakaan. Oleh yang demikian, didapati usaha untuk meningkatkan penguasaan bidang sains dan teknologi tidak sepatutnya mematikan kelestarian fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu khususnya di peringkat pengajian tinggi.
      4  37