Now showing 1 - 2 of 2
  • Publication
    Penggunaan kaedah pengajaran dan strategi komunikasi dalam penulisan bahasa Arab
    ( 2021-06) ; ;
    Nurmasturah Jamil
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru dan strategi komunikasi yang digunakan oleh pelajar dalam aspek penulisan Bahasa Arab bagi subjek Al-Lughah Al- ‘Arabiah Al-Mu’asirah (LAM). Seramai 20 orang guru yang mengajar subjek LAM di beberapa buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dipilih sebagai sampel kajian. Borang soal selidik dan temu dan temu bual digunakan sebagai instrumen bagi mendapat data penggunaan kaedah pengajaran dan jenis strategi komunikasi. Data dianalisis berasaskan deskriptif asas dengan melihat kepada kekerapan dan peratusan penggunaan kaedah pengajaran dan strategi komunikasi sahaja. Pengkelasan strategi komunikasi mengguna pakai Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997). Kajian mendapati bahawa sebahagian besar responden cenderung menggunakan kaedah pengajaran berbentuk ajuk hafal, syarahan, aktiviti dan permainan, induktif, pembentangan, komunikatif, terjemahan dan deduktif. Manakala, kaedah langsung kurang digunakan dalam aktiviti pengajaran LAM. Guru turut berpendapat bahawa kebanyakan pelajar sering menggunakan strategi terjemahan literal, pengulangan, rayuan kerjasama, penghampiran, penghafalan dan penghuraian semasa menulis dalam Bahasa Arab. Sementara strategi penciptaan perkataan baru, peninggalan mesej dan penukaran kod bahasa kurang digunakan dalam penulisan. Dapatan kajian ini secara tidak langsung memberi implikasi terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dalam usaha meningkatkan penguasaan komunikasi bahasa asing dalam kalangan pelajar.
  • Publication
    Penguasaan kosa kata dalam komunikasi bahasa asing
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan kosa kata bahasa asing dalam kalangan pelajar di sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Selain itu, objektif kajian ini juga untuk mengetahui masalah pembelajaran bahasa asing yang dihadapi oleh pelajar serta melihat pandangan guru terhadap masalah penggunaan kosa kata dalam pembelajaran bahasa asing. Seramai 12 orang guru yang mengajar subjek bahasa asing, iaitu subjek al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu’asirah (Bahasa Arab) di beberapa buah sekolah menengah agama dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian menggunakan borang soal selidik. Data dianalisis berasaskan deskriptif asas dengan melihat kepada kekerapan dan peratusan sahaja. Hasil kajian menunjukkan sebahagian besar pelajar yang mempelajari Bahasa Arab sebagai bahasa asing menghadapi masalah menguasai kosa kata dalam Bahasa Arab dan ini secara tidak langsung mengganggu proses komunikasi lisan dan tulisan mereka. Dapatan kajian ini secara tidak langsung memberi implikasi terhadap kaedah pengajaran bahasa dan komunikasi dalam usaha meningkatkan elemen kemahiran insaniah dalam diri pelajar.