Now showing 1 - 1 of 1
  • Publication
    Penyampaian maklumat melalui pembangunan video interaktif
    Langkawi terkenal sebagai destinasi percutian. Terdapat pelbagai tawaran pelancongan yang disediakan di sana. Penduduk tempatan boleh mendapat manfaat bersama dengan dapat menyediakan rumah tumpangan. Namun begitu, apabila wujudnya begitu banyak hotel, saingan menjadi meningkat. Mereka sukar memasarkan perkhidmatan rumah tumpangan. Selain itu, pelancong berasa selesa dengan penggunaan peta walaupun ianya mempunyai saiz fizikal besar untuk dibawa ke mana-mana. Inisiatif penyelidik dalam membangunkan video interaktif adalah supaya memudahkan pelancong untuk akses ke tempat yang ingin dituju hanya melalui gadget masing masing. Model reka bentuk dan pembangunan Alessi dan Trollip telah digunakan bagi pembangunan video interaktif. Satu penilaian dilakukan bagi mendapatkan maklum balas video. Hasilnya merupakan pendapat dan penambah baikan bagi video interaktif ini.