Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Publication

Pembelajaran dalam talian: gaya kepimpinan dan kepuasan kerja guru

2023 , Fauziah Ismail , Siti Norayu Mohd Basir , Nur Qurratul' Aini Ismail , Nazra Aliff Nazri , Nor Hafizan Habib Sultan

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan gaya kepimpinan terhadap kepuasan kerja dalam kalangan guru yang mengendalikan pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid-19. Gaya kepimpinan yang dikaji ialah gaya kepimpinan transformasi, gaya kepimpinan transaksi dan gaya kepimpinan Laissez Faire. Data dikumpul melalui kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik. Responden kajian terdiri daripada 102 orang guru sekolah kerajaan di Pulau Pinang. Kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social sciences (SPSS) untuk mendapatkan Nilai Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan transformasi, gaya transaksi dan gaya kepimpinan Laissez-Faire dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru.