Options
Pembelajaran dalam talian: gaya kepimpinan dan kepuasan kerja guru
Journal
Journal of Human Development and Communication (JoHDEC)
ISSN
2232-1535
Date Issued
2023
Author(s)
Siti Norayu Mohd Basir
Nur Qurratul' Aini Ismail
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan gaya kepimpinan terhadap kepuasan kerja dalam kalangan
guru yang mengendalikan pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid-19. Gaya kepimpinan yang
dikaji ialah gaya kepimpinan transformasi, gaya kepimpinan transaksi dan gaya kepimpinan Laissez Faire.
Data dikumpul melalui kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik. Responden kajian
terdiri daripada 102 orang guru sekolah kerajaan di Pulau Pinang. Kajian dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package for Social sciences (SPSS) untuk mendapatkan Nilai Korelasi Pearson. Dapatan kajian
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan transformasi, gaya transaksi dan
gaya kepimpinan Laissez-Faire dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru.