Now showing 1 - 5 of 5
  • Publication
    Bahasa Melayu dimertabatkan, Bahasa Inggeris dipertingkatkan: satu kupasan dalam konteks pengajian tinggi
    Bahasa menjadi wadah utama sebagai alat komunikasi dalam menghubungkan sesuatu bangsa dan tamadun. Bahasa juga menunjukkan taraf sesuatu bangsa itu. Bahasa Melayu suatu ketika dahulu menjadi bahasa utama dan menjadi alat penghubung di Nusantara. Justeru itu usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu diteruskan dan di modenisasikan. Dalam dunia yang kian mencabar penggunaan bahasa Melayu perlu diperluaskan di peringkat sekolah sehingga Institusi Pengajian Tinggi. Usaha ini bukan hanya diarahkan kepada penggiat bahasa sahaja malah ianya perlu digerakkan secara menyeluruh. Kemajuan sesebuah negara bukanlah bergantung kepada penggunaan bahasa Inggeris sahaja, jika tidak mana mungkin negara-negara seperti Jepun, Perancis, Jerman dan lain-lain lagi boleh menguasai teknologi dunia dengan menggunakan bahasa mereka sendiri. Dalam hal ini tindakan memperkayakan dan memperbanyakkan kosa kata bahasa diperlukan bagi mewujudkan daya saing Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Justeru strategi menyeluruh dan jitu perlu dilakukan bagi merealisasikan hasrat ini. Dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu, bahasa Inggeris tidak kita lupakan kerana ianya kini menjadi bahasa utama di peringkat antarabangsa. Usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris turut dilaksanakan secara komprehensif.
  • Publication
    Isu pemansuhan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR): satu analisis persepsi staf UniMAP
    (Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29) ;
    Raja Shah Erman Raja Ariffin
    ;
    ;
    Mohd Hizazy Yusof
    ;
    Mohd Jabar Tariq Alizul Pakar
    ;
    Dzairi Asrul Dzainol
    Isu Pemansuhan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah(PMR) hangat rnenghiasi dada akhbar dan blog-blog dalam Internet. Isu tersebut mengundang pelbagai reaksi positif dan negatif dari pelbagai pihak yang tampil menyatakan pendirian. Namun belum ada kajian yang dibentangkan berkenaan pandangan masyarakat yang sepatutnya diberikan hak untuk mengutarakan pandangan. Atas dasar itu kajian ini dilakukan bagi rnelihat persepsi dan reaksi kakitangan Universiti Malaysia Perlis yang berjumlah 1,608 orang terhadap isu pemansuhan kedua-dua peperiksaan tersebut. Kajian ini akan menggunakan satu set soal selidik dan pemilihan kakitangan adalah dari semua peringkat perjawatan yang berkhidmat di UniMAP. Pemilihan responden dilakukan seeara rawak bebas dan dari 500 set borang soal selidik yang diedarkan, hanya sebanyak 279 set borang sahaja yang dikembalikan. Hasil analisis yang dilakukan didapati majoriti kakitangan UniMAP menolak hasrat kementerian untuk memansuhkan UPSR Dan PMR dan mereka turut tidak bersetuju dengan alasan kementerian bahawa peperiksaan ini perlu dimansuhkan kerana ia tidak membantu perkembangan pelajar sejajar dengan falsafah pendidikan negara. Diharap dengan hasil kajian ini, ia dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak-pihak yang berminat dengan isu ini.
  • Publication
    Amalan kepimpinan pengajaran pengetua di sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan
    (Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29) ;
    Hamiza Omar
    Kajian ini memberikan tumpuan terhadap tahap amalan kepimpinan pengajaran pengetua dari segi pengamalan dimensi kepimpinan pengajaran antara sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan. Kajian ini dilaksanakan di 5 buah sekolah berkesan dan 5 buah sekolah kurang berkesan yang terdapat di negeri Perlis. Satu set borang soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut secara rawak bebas. Sebanyak 350 borang soal selidik telah diedarkan dan jumlah yang diterima semula adalah sebanyak 322. Seramai 164 orang responden terdiri daripada guru-guru yang mengajar di sekolah berkesan dan selebihnya iaitu serarnai 158 Orang responden terdiri daripada guru-guru yang mengajar di sekolah kurang berkesan telah mengisi borang soal selidik. Sebanyak lima hipotesis alternatif telah dibina dan diuji dengan menggunakan kaedah statistik min dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam dimensi mentafsir dan menyampaikan matlamat, dimensi mengurus kurikulum dan pengajaran dan dimensi memupuk iklim pembelajaran yang positif antara sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan. Manakala bagi dimensi mencerap dan memberi maklum balas kepada guru dan dimensi menilai program pengajaran, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan. Secara keseluruhannya, statistik deskriptif yang diperolehi menunjukkan bahawa tahap pengamalan tingkah laku kepimpinan pengajaran pengetua di sekolah berkesan adalah lebih tinggi iaitu pada min (M=3.80, SD=.59) berbanding sekolah kurang berkesan iaitu pada min (M=3.62, SD= .50). Kesimpulannya, pengetua di sekolah berkesan mengamalkan tingkah laku kepimpinan pengajaran lebih tinggi berbanding pengetua sekolah kurang berkesan.
      2  8
  • Publication
    Program Didik Cemerlang: memperkasakan pelajar Melayu Negeri Perlis
    (Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29) ; ;
    Raja Shah Erman Raja Ariffin
    ;
    Mohd Hizazy Yusof
    ;
    Mohd Jabar Tariq Alizul Pakar
    Dewasa ini, pendidikan merupakan teras kepada kecemerlangan sesebuah umat dan bangsa. Dalam memartabatkan sesebuah bangsa, aspek ekonomi, pendidikan dan sosial haruslah selari dengan perkembangan dunia. Imam al-Ghazali pernah berkata kemuliaan seseorang manusia adalah kepada tingkatan ilmu yang dimiliki. Justeru ilmu memainkan peranan penting dalam membezakan taraf sesuatu bangsa. Justeru Program Didik Cemerlang telah dirangka bagi tujuan membantu dan membimbing pelajar - pelajar bagi tujuan menghadapi peperiksaan utama iaitu Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia. Program Didik Cemerlang ini akan berlangsung selama setahun bermula dari bulan Mac 2009 sehinggalah pelajar menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia. Program ini melibatkan seramai 267 orang yang terdiri daripada 165 orang pelajar yang akan mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan 102 orang pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Berdasarkan kajian yang dilakukan, penerusan kelas dan bimbingan setiap bulan memberikan impak besar terhadap keputusan pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini. Lebih dari 65 peratus pelajar mendapat keputusan A dalam ketiga-tiga mata pelajaran yang ditumpukan dalam peperiksaan Penilaian Menegah Rendah. Malah hampir 94 peratus pelajar yang menyertai program ini bersetuju dan menyokong agar program seperti ini diteruskan di masa hadapan. Justeru program seperti ini perlu dilaksanakan setiap tahun agar tahap pencapaian anak Melayu ditingkatkan agar mereka mampu bersaing dengan pelajar-pelajar lain.
      1  12
  • Publication
    Management practices of disabled workers in an organization under the law in Malaysia
    ( 2017-01-01) ;
    Harlida Abdul Wahab
    ;
    Nurli Yaacob
    The right to work has been recognized through article 23(1) of the Universal Declaration of Human Rights 1948. According to "World Health Survey 2010", 10 percent of Malaysia's population of 28 million or 2.8 million, are people with disabilities (PWDs). It indicates that nearly three million citizens of Malaysia are PWDs and this can surely influence the economic landscape of the country. This article discusses the major problem confronted by PWDs in the area of employment, particularly the practice of the organization in managing the rights of disabled employees. The purposes of this paper are: (1) to identify the rights of disabled employees according to Malaysian law; (2) to identify organization's practices in managing the rights of the disabled employees; and (3) to recommend some improvement to the existing laws for the protection of disabled employees' rights in Malaysia. In order to accomplish these objectives, socio-legal research was the approach used that involved social issues as well as problems relating to the community. The issues studied are the practices of the organization that employs workers with disability in ensuring their rights are in accordance with the Persons with Disabilities Act 2008 (the Act). These involved three aspects namely the requirement on wages, opportunity for promotion, and environment at work. The study revealed that the requirement on wages was fulfilled and in accordance with the Act but not in the other two aspects. On this account, two suggestions are proposed to ensure the disabled employees are getting proper protection at the work place namely the amendment to the definition of disabled employees and insertion of penalty provision in the case of violation of the Act. With this improvement, all parties especially the employers or organizations will understand and acknowledge the needs of disabled employees which accordingly would ensure an efficient enforcement of the law.
      19  1