Home
  • English
  • ÄŒeÅ¡tina
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • LatvieÅ¡u
  • Magyar
  • Nederlands
  • Português
  • Português do Brasil
  • Suomi
  • Log In
    New user? Click here to register. Have you forgotten your password?
Home
  • Browse Our Collections
  • Publications
  • Researchers
  • Research Data
  • Institutions
  • Statistics
    • English
    • ÄŒeÅ¡tina
    • Deutsch
    • Español
    • Français
    • Gàidhlig
    • LatvieÅ¡u
    • Magyar
    • Nederlands
    • Português
    • Português do Brasil
    • Suomi
    • Log In
      New user? Click here to register. Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Research Output and Publications
  3. UniMAP Conference and Proceedings
  4. Pensejarahan Baharu (New Historicism) dalam novel Gerila
 
Options

Pensejarahan Baharu (New Historicism) dalam novel Gerila

Journal
Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19)
Date Issued
2019
Author(s)
Akif Faizullah Jamaludin
Universiti Sains Malaysia
Saravanan A/L P. Veeramuthu
Universiti Sains Malaysia
Handle (URI)
https://hdl.handle.net/20.500.14170/15297
Abstract
Sastera dan sejarah sebenarnya mempunyai ikatan yang kuat walaupun kedua-dua bidang ini saling menampilkan perbezaan antara satu sama lain. Dalam bidang kesusasteraan, terdapat karya sastera yang menggunakan sejarah sebagai isi utama dalam menggerakkan plot dalam karya. Antara genre sastera yang kerap menggunakan sejarah ialah novel. Karya seumpama ini dipanggil sebagai novel sejarah. Novel sejarah menggabungkan fiksyen dan fakta sejarah untuk melahirkan sebuah karya kreatif. Dalam novel sejarah, muncul satu aliran baharu yang dinamakan pensejarahan baharu atau New Historicism. Pensejarahan baharu melihat fakta lama perlu dikontruksikan semula kepada bentuk realiti baharu. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membincangkan satu praktis pengkisahan semula sesuatu fakta sejarah dengan idea kreatif yang berbentuk fiksyen bagi melahirkan makna dan pandangan baharu kepada pembaca. Oleh itu, kajian ini akan menggunakan suatu konsep kerangka pensejarahan baru yang dikemukakan oleh Ghatar Taib dan Halim Ali (2018) dalam teori New Historicism. Kerangka New Historicism ini akan dipraktikkan terhadap teks novel Gerila nukilan Lukman Iskandar untuk melihat sejauh mana teks ini menepati konsep pensejarahan baharu ini. Perbincangan ini akan meneliti sejauh mana naratif novel ini menepati konsep New Historicism berdasarkan isu terpilih. Penelitian ini akan bersandarkan fakta sebenar serta isu di tanah Patani melalui pelbagai sumber sahih.
Subjects
  • Pensejarahan Baharu

  • New Historicism

  • Novel

  • Gerila

  • Patani

File(s)
Pensejarahan Baharu (New Historicism) dalam Novel Gerila.pdf (560.04 KB)
google-scholar
Views
Downloads
  • About Us
  • Contact Us
  • Policies