Options
Kriteria usahawan berjaya: Satu perbincangan dari perspektif Islam
Journal
International Journal of Business and Technopreneurship (IJBT)
ISSN
2232-1543
Date Issued
2011-06
Author(s)
Shuhairimi Abdullah
Universiti Malaysia Perlis
Abstract
Usahawan berjaya menurut kerangka mu`amalah Islam ialah individu
yang memakmur dan memanfaatkan setiap anugerah Allah untuk manfaat
manusia sejagat. Pada asasnya, Islam memberi kebebasan kepada
umatnya untuk bergerak secara dinamis memperkasakan pelbagai bidang
keperluan manusia sebagaimana yang dituntut oleh syara`. Ini kerana,
dalam pemahaman Islam, usahawan dikonotasikan sebagai pemegang
amanah yang bertangungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah
mengurus dan mentadbir khazanah alam untuk kemaslahatan umat
manusia amnya. Justeru itu, dalam disiplin keusahawanan Islam didapati
wujudnya kriteria-kriteria tertentu yang menjadi indikasi asas untuk
menilai usahawan berjaya. Pada dasarnya, kriteria-kriteria penilaian
usahawan berjaya yang digariskan dalam artikel ini digarap
berdasarkan kepada petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah serta
perbincangan para ulama`. Secara alternatifnya, kriteria-kriteria
penilaian ini boleh dijadikan panduan kepada usahawan muslim untuk
mengukur kejayaan mereka dari sudut kaca mata mu`amalah Islam.
Natijahnya, apabila kriteria-kriteria ini dipenuhi oleh usahawan secara
tidak langsung ia akan melahirkan usahawan berjaya yang bersifat
holistik dan diprojekkan untuk memenuhi kelestarian hasanah di dunia
dan akhirat.