Publication:
Bibliometrik sebagai indikator universiti penyelidikan Malaysia
Bibliometrik sebagai indikator universiti penyelidikan Malaysia
No Thumbnail Available
Date
2010-12-20
Authors
Abu Bakar Maidin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Penerbitan merupakan antara indikator yang penting dalam sistem penarafan institut pengajian tinggi (IPT) dan audit universiti penyelidikan. Antara jenis penerbitan terpenting yang dinilai adalah makalah jurnal, buku, prosiding, bab dalam buku, kertas kerja dan sebagainya, manakala indikator yang diukur pula adalah bilangan penerbitan, jumlah faktor impak dan bilangan sitasi yang diterima oleh makalah jurnal. Ini menjadikan pengetahuan mengenai bibliometrik menjadi sangat relevan dan mesti dikuasai oleh pustakawan. Penguasaan ini amat penting agar laporan bibliometrik yang disediakan oleh IPT dalam penarafan mahupun audit universiti penyelidikan adalah jelas, tepat dan lengkap. Sehubungan itu, kertas ini cuba berkongsi pengalaman Perpustakaan UKM dalam menyediakan laporan bibliometrik termasuk data-data sitasi bagi tujuan audit universiti penyelidikan Malaysia.
Description
Seminar Kebangsaan Sumber Elektronik di Malaysia (SKSEM) 2010 dianjurkan oleh Perpustakaan, Universiti Malaysia Perlis dengan kerjasama Malaysian Online E-Resources (MOLEC) dan sokongan padu Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Utara bertempat di Bayview Beach Resort, Pulau Pinang pada 20 - 21 Disember 2010.
Keywords
Bibliometrik,
Audit Universiti Penyelidikan,
Penerbitan