Kajian ini adalah untuk mengenal pasti bahan-bahan dan ritual yang digunakan bagi menyembuhkan penyakit kayap yang berunsur sejuk panas. Tujuan perubatan tradisional kayap dilakukan adalah bagi menghindarkan unsur panas ubat yang terdiri daripada campuran kimia dan menyokong limitasi rawatan moden yang masih kurang memberi kesan yang baik dalam mengubati kayap. Kajian ini memfokuskan kepada bahan dan ramuan pengubatan penyakit kayap Seterusnya ritual perubatan dijalankan dan akhir sekali barulah dititikberatkan mengenai pantang-larang penyakit kayap. Dapatan kajian mendedahkan bahawa ritual perubatan penyaklit kayap dijalankan sebanyak tiga (3) kali sehari dan dilakukan secara berulang sehingga diyakini sembuh dengan kesan sembuhan yang dapat dilihat seawal tiga (3) hari. Justeru kajian ini perlu dilakukan bagi menjelaskan kepada generasi akan datang mengenai keaslian dan kemujaraban perubatan tradisional kayap ini.