Publication:
Kes Poligami: suatu teladan berdasarkan kisah Puteri Saadong dan Raja Abdullah

dc.contributor.author Amiruddin Arman
dc.contributor.author Shaiful Bahri Md. Radzi
dc.date.accessioned 2026-01-05T06:32:19Z
dc.date.available 2026-01-05T06:32:19Z
dc.date.issued 2019
dc.description Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my
dc.description.abstract Poligami isu sensitif dalam perkahwinan. Pelaksanaannya boleh membawa kepada kebaikan dan juga keburukan dalam sesebuah kekeluargaan. Sebagai agama yang sempurna, Islam turut meletakkan syarat-syarat tertentu bagi kaum lelaki yang ingin berpoligami. Hikmahnya, kesucian sesebuah hubungan dan nasab keturunan dapat dipelihara. Meskipun begitu, poligami boleh menjurus ke arah timbulnya pergolakan dalam kehidupan berkeluarga. Perkara ini berpunca daripada sikap pengabaian peraturan Islam dalam berpoligami. Natijahnya, wujudlah pelbagai isu yang menimpa sesebuah hubungan keluarga seperti perceraian, pembunuhan, perebutan harta dan sebagainya. Hal sebegini turut ditemukan dalam naskhah Hikayat Seri Kelantan. Sebagai nakshah sastera sejarah, Hikayat Seri Kelantan menceritakan sejarah kehidupan keluarga golongan raja di Kelantan. Lebih menarik lagi, pada awal hikayat ini mengisahkan peristiwa berkenaan isu poligami menerusi kisah Puteri Saadong dan Raja Abdullah. Melalui watak Raja Abdullah, diperlihatkan sikapnya yang tidak berlaku adil menyebabkan punca kepada keruntuhan rumah tangga beliau. Secara tidak langsung, tindakan ini memberi kesan kepada Puteri Saadong sebagai satu bentuk penindasan dan kezaliman. Kisah ini mengemukakan keburukan berpoligami apabila seseorang tidak menjadikan aturan Islam sebagai asas panduan. Pada hakikatnya, poligami diharuskan untuk mengeratkan lagi pertalian kekeluargaan. Namun, sikap ketidakadilan individu yang berpoligami menjurus kepada perpecahan dalam hubungan kekeluargaan. Malah ia menimbulkan tanggapan negatif terhadap masyarakat kepada amalan tersebut, Dengan menggunakan pendekatan Islam, makalah ini akan meneliti kes poligami dalam kisah ini menerusi tiga isu, iaitu dendam, pembahagian tempat tinggal serta pengurusan harta. Perkara ini dilihat turut berlaku dalam kehidupan masyarakat kini yang mengamalkan poligami. Justeru, kisah ini dapat dijadikan sebagai sebuah teladan kepada generasi kini bertepatan dengan fungsi genre tersebut
dc.identifier.uri https://hdl.handle.net/20.500.14170/15625
dc.language.iso ms
dc.publisher Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
dc.relation.conference Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19), 1-2 Ogos 2019, Pusat Penyelidikan Langkawi, Universiti Kebangsaan Malaysia
dc.relation.ispartof Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19)
dc.subject Poligami
dc.subject Puteri Saadong
dc.subject Hikayat Seri Kelantan
dc.subject Sastera Sejarah
dc.subject Kekeluargaan
dc.title Kes Poligami: suatu teladan berdasarkan kisah Puteri Saadong dan Raja Abdullah
dc.type Resource Types::text::conference output::conference proceedings::conference paper
dspace.entity.type Publication
oaire.citation.endPage 70
oaire.citation.startPage 59
oairecerif.author.affiliation Universiti Kebangsaan Malaysia
oairecerif.author.affiliation Universiti Kebangsaan Malaysia
Files
Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
Kes Poligami - suatu teladan berdasarkan kisah Puteri Saadong dan Raja Abdullah.pdf
Size:
864.61 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description: