Publication:
Kuih-muih tradisional etnik Brunei di Sabah: suatu simbol dalam adat dan budaya

dc.contributor.author Surayah Hj Bungsu
dc.contributor.author Humin Jusilin
dc.date.accessioned 2025-11-20T01:29:55Z
dc.date.available 2025-11-20T01:29:55Z
dc.date.issued 2019
dc.description Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my
dc.description.abstract Negeri Sabah merekodkan lebih daripada 35 etnik atau kaum. Kepelbagaian kaum atau etnik mewujudkan kerencaman budaya dari segi makanan dan kuih-muih. Etnik Brunei dalam kajian ini terkenal dengan kuih-muih tradisional dalam pelbagai rupa, bentuk dan rasa yang diwarisi secara turun-temurun. Walau bagaimanapun, kepelbagaian jenis kuih tradisional Brunei menampilkan persamaan dengan budaya lain di Sabah. Persamaan ini adalah akibat asimilasi budaya dengan etnik lain yang menyukarkan kita untuk menentukan siapa sebenarnya pemilik budaya dan tradisi ini. Persamaan budaya ini melibatkan bahan dan cara pembuatan kuih-muih yang amat berkait rapat dengan upacara adat seperti keramaian, kenduri-kendara, perkahwinan, kelahiran atau kematian. Kajian ini dijalankan untuk menyingkap keunikan dan identiti budaya dalam kuih-muih tradisional sehingga ia menjadi simbol dan identiti adat orang Brunei. Simbol dan identiti budaya diterjemahkan menerusi rupa, bentuk dan fungsi estetika yang diwarisi secara turun-temurun. Keunikan kuih tradisi dalam konteks budaya etnik Brunei adalah pancaran pemikiran yang kreatif, menjelaskan jati diri dan identiti budaya mereka. Kajian lapangan ini melibatkan dua buah kampung etnik Brunei di daerah Beaufort, iaitu di Kampung Weston dan Kampung Lubuk. Data-data penyelidikan dianalisis dengan menggunakan pendekatan Feldman (1967) yang mencadangkan empat tahap yang sistematik iaitu tahap deskripsi, analisis formal, interpretasi dan penilaian. Aplikasi pendekatan ini digunakan untuk membincangkan elemen yang bermula daripada teknik pembuatan, bahan, rupa dan bentuk kuih-muih tradisi dalam konteks adat dan budaya etnik Brunei di Daerah Beaufort. Kajian yang bersifat kualitatif ini menggunakan data-data daripada lapangan melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan penglibatan turut serta oleh pengkaji. Informan yang terlibat dipilih berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam pembuatan kuih-muih tradisional serta kearifan mereka tentang adat dan budaya etnik Brunei. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kewujudan kuih-muih tradisional yang diwarisi oleh etnik Brunei memaparkan adat yang menjelaskan simbol, jati diri dan nilai estetika yang perlu dipelihara.
dc.identifier.uri https://hdl.handle.net/20.500.14170/15313
dc.language.iso ms
dc.publisher Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
dc.relation.conference Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19)
dc.relation.ispartof Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19)
dc.subject Etnik Brunei
dc.subject Simbol
dc.subject Identiti
dc.subject Budaya
dc.subject Kuih tradisional
dc.title Kuih-muih tradisional etnik Brunei di Sabah: suatu simbol dalam adat dan budaya
dc.type Resource Types::text::conference output::conference proceedings::conference paper
dspace.entity.type Publication
oaire.citation.endPage 788
oairecerif.author.affiliation Universiti Malaysia Sabah
oairecerif.author.affiliation Universiti Malaysia Sabah
Files
Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
Kuih-muih tradisional etnik Brunei di Sabah - suatu simbol dalam adat dan budaya.pdf
Size:
742.65 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description: