Publication:
Status individu muflis dalam asnaf Al-Gharimin

Thumbnail Image
Date
2014-10
Authors
Raziah Md Tahir
Syarifah Md Yusof
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Isu muflis dalam kalangan masyarakat Malaysia sering menjadi perbualan. Ia dikaitkan dengan ketidakupayaan seseorang untuk melangsaikan sesuatu hutang. Terdapat pelbagai faktor yang menjadi punca seseorang individu diisytiharkan muflis. Masalah muflis ini bukan sahaja menimbulkan kesan yang negatif kepada individu tersebut, malah ahli keluarga turut merasa bebannya. Persoalannya, adakah jalan penyelesaian bagi individu muflis untuk mengatasi masalah ini? Kertas kerja ini bertujuan meneliti empat isu utama. Pertama, meneliti isu hutang dari perspektif Islam. Kedua, meneliti isu muflis dari perspektif Islam. Ketiga, meneliti isu muflis di Malaysia. Keempat, meneliti tafsiran zakat asnaf al-gharimindi setiap negeri di Malaysia. Untuk ini analisis kandungan berdasarkan data sekunder dijadikan kaedah utama. Hasil analisis tersebut kemudiannya dijadikan panduan dalam menilai kelayakan muflis terhadap zakat asnaf al-gharimin di Malaysia.
Description
Keywords
Zakat, al-gharimin, Muflis
Citation