Kajian penerokaan ini bertujuan menyelidik kojektur prima facie bahawa terdapat halangan·halangan terhadap keberkesanan penerapan dan praktis kosep kelestarian dan elemen·elemen bangunan hijau
dalam pembangunan hartanah di kalangan peneraJu·peneraju utama di kawasan kajian iaitu, negeri-negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Halangan-halangan ini mungkin dijadikan alasan oleh peneraju-peneraJu utama tentang mengapa mereka kurang responsif kepada keperluan penerapan dan praktis konsep serta elemen-elemen tersebut. Halangan-halangan tersebut boleh diandaikan sebagai faktor-faktor cabaran dan batasan daripada ditafsirkan sebagai faktor-faktor kritikal kejayaan yang pihak industri keseluruhannya dan pembuat-pembuat keputusan, khasnya perlu mengambil kira secara serius sekiranya penerapan dan praktis ini hendak digalakkan. Empat faktor cabaran dan batasan dikenalpasti iaitu kurangnya kemahiran dalam konsep kelestarian dan bangunan hijau dalam kalangan peneraju utama; ketiadaan peraturan spesifik kelestarian dan bangunan hijau ; kurangnya kesedaran tentang konsep kelestarian antara mereka dan kekurangan elemen kelestarian dan bangunan hijau dalam pembelajaran program alam bina di institusi pengajian tinggi. Faktorfaktor tersebut dijadikan empat hipotesis untuk diterima atau ditolak. Seramai lapan puluh responden telah dipilih secara persampelan bertujuan (purposive sampling) dalam kajian ini. Pembentukan soalan-soalan kajian adalah berdasarkan hipotesis yang dibentuk. Data yang dikumpulkan dari kajian dianalisis berdasarkan analisis faklor dan kebolehpercayaan menggunakan perisian SPSS versi 13. Penemuan kajian penyelidikan menunjukkan terdapatnya satu keselarasan pendapat antara responden-responden terhadap keempat faktor-faktor cabaran tersebut. Tiga hipotesis telah diterima berdasarkan analisis. Hipolesis kekurangan kesedaran dalam kalangan peneraju utama dapat menolak hipotesis nuI(Ho), membuktikan peneraju utama sememangnya sedar tentang konsep kelestarian dan bangunan hijau. Analisis min mendapati semua item soalan bernilai melebihi 3.0, menunjukkan item-item tersebut boleh dikategorikan sebagai 'penting'. (iaitu semua item pada kedudukan utama). Analisis faktor dijalankan agar kesemua faktor cabaran dikelompokkan. Hasilnya hanya cabaran dan batasan kemahiran serta cabaran dan batasan kesedaran dapat dikelompokkan dan dipecahkan kepada dua komponen faktor. Kajian ini mencadangkan agar semua pihak perlu terlibat dalam membangunkan rancangan pembangunan. peraturan-peraturan, prosedur-prosedur, garis panduan khusus dan input-input untuk program akademik berkaitan konsep kelestarian dan juga elemen-elemen bangunan hijau jika hendak melaksanakan pembangunan hartanah secara lestari dengan berkesan di negara secara keseluruhannya.