Publication:
Apraksia terhadap penghidap Epilepsi melalui analisis Neuropsikolinguistik

dc.contributor.author Siti Noridayu Abd. Nasir
dc.contributor.author Hazlina Abdul Halim
dc.contributor.author Ahmad Shuib Yahaya
dc.date.accessioned 2024-11-05T06:58:38Z
dc.date.available 2024-11-05T06:58:38Z
dc.date.issued 2024-06
dc.description.abstract Epilepsi adalah penyakit yang melibatkan masalah kepada neurologi manusia. Malah, epilepsi menyebabkan berlakunya halangan dalam komunikasi verbal ketika penghidap mengalami gangguan otak serta sistem saraf. Oleh itu, epilepsi juga dikaitkan sebagai penyebab berlakunya apraksia. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti ujaran penghidap epilepsi semasa berlaku kekejangan otot. Kemudian, membincangkan aspek apraksia yang berlaku kepada penghidap epilepsi. Selain itu, kajian ini bertujuan menganalisis aspek neuropsikolinguistik penghidap epilepsi terhadap bahasa pertama. Teori yang diaplikasikan dalam kajian ini adalah Teori Neurolinguistik Wernicke 1874 dalam perbincangan kajian ini. Hasil dapatan kajian memperlihatkan bahawa penghidap epilepsi mengalami masalah apraksia ketika berlakunya kekejangan otot dan sistem saraf otak. Malah, ujaran bahasa pertama mereka terhalang untuk diungkapkan dengan jelas dan lancar kerana berlakunya gangguan yang melibatkan saraf otak penghidap. Melalui dapatan juga jelas menunjukkan penghidap epilepsi mengalami halangan berbahasa kerana masalah neurologi melibatkan saraf otak mereka. Penghidap cenderung menggunakan suku kata pendek, dialek dan pengguguran konsonan serta vokal dalam perkataan. Tambahan lagi, sawan memberikan kesan kepada tingkah laku penghidap yang memberikan kesan kepada psikologi kerana berasa malu dan takut dengan keadaan yang berlaku. Adalah diharapkan kajian ini dapat memberikan ruang untuk lanjutan bagi kajian akan datang melibatkan aspek apraksia kepada penghidap epilepsi
dc.identifier.uri https://jcsi.unimap.edu.my/index.php/
dc.identifier.uri https://ejournal.unimap.edu.my/index.php/jcsi/article/view/814/717
dc.identifier.uri https://hdl.handle.net/20.500.14170/9609
dc.language.iso ms
dc.relation.ispartof Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI)
dc.relation.issn 2710-6594
dc.subject Apraksia
dc.subject Epilepsi
dc.subject Neuropsikolinguistik
dc.title Apraksia terhadap penghidap Epilepsi melalui analisis Neuropsikolinguistik
dc.type Resource Types::text::journal::journal article
dspace.entity.type Publication
oaire.citation.endPage 17
oaire.citation.issue 1
oaire.citation.startPage 1
oaire.citation.volume 6
oairecerif.author.affiliation Universiti Putra Malaysia
oairecerif.author.affiliation Universiti Putra Malaysia
oairecerif.author.affiliation Universiti Putra Malaysia
Files
Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Thumbnail Image
Name:
Apraksia terhadap Penghidap Epilepsi melalui Analisis Neuropsikolinguistik.pdf
Size:
317.94 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description: