Publication:
Hubungan antara gaya kepimpinan transformasi, transaksi dan laissez-faire dengan persepsi terhadap sokongan organisasi

Thumbnail Image
Date
2013-02
Authors
Md Lazim Bin Mohd Zin
Hadziroh Binti Ibrahim
Faridahwati Binti Mohd Shamsudin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Kajian ini mengenal pasti hubungan antara gaya kepimpinan transformasi, transaksi dan laissez-faire dengan persepsi terhadap sokongan organisasi dalam kalangan pekerja profesional teknologi maklumat. Bagi mencapai objektif ini, sebanyak 832 soal selidik telah dihantar menerusi pos kepada wakil organisasi yang telah bersetuju untuk terlibat dalam kajian ini. Daripada 220 soal selidik yang telah diterima semula, hanya 178 soal selidik boleh digunakan untuk analisis selanjutnya dan menghasilkan kadar maklum balas sebanyak 21.39 peratus. Analisis regresi berganda digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Hasilnya menunjukkan bahawa hanya gaya kepimpinan transformasi dan laissez-faire mempunyai hubungan yang signifikan dengan persepsi terhadap sokongan organisasi. Manakala, hubungan antara gaya kepimpinan transaksi dengan persepsi terhadap sokongan organisasi adalah tidak signifikan.
Description
Keywords
Persepsi terhadap sokongan organisasi, Gaya kepimpinan transformasi, Gaya kepimpinan transaksi, Laissez-faire, Pekerja mahir teknologi maklumat
Citation