Publication:
Ragam Bahasa dalam unsur dakwah: kajian berdasarkan filem Munafik dan Khurafat

dc.contributor.author Midiyana Mohamad
dc.contributor.author Nor Azita Che Din
dc.contributor.author Farah Hanini Abd Rahman
dc.date.accessioned 2025-11-19T07:43:21Z
dc.date.available 2025-11-19T07:43:21Z
dc.date.issued 2019
dc.description Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my
dc.description.abstract Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti unsur dakwah dan menganalisis jenis ragam bahasa dalam unsur dakwah berdasarkan filem Khurafat dan Munafik. Analisis ini menggunakan Pendekatan Bahasa Dakwah yang telah dikemukakan oleh Ahmad Mubarak (2000). Unsur-unsur dakwah yang dinyatakan ialah Qaulan Layyina, Qaulan Baligha, Qaulan Maysura, Qaulan Sadida dan Qaulan Ma’rufa. Namun tidak semua unsur tersebut digunakan dalam filem-filem tersebut. Unsur yang banyak digunakan berdasarkan kajian ini ialah unsur dakwah Qaulan Baligha dan Qaulan Maysura. Selain itu, Pendekatan Ragam Bahasa oleh Za’ba (1965) juga digunakan dalam kajian ini bagi menganalisis ragam bahasa dalam unsur-unsur dakwah tersebut. Analisis menunjukkan ragam bahasa herdik banyak digunakan dalam kedua-dua filem tersebut. Ragam bahasa yang dikenal pasti dalam kedua-dua filem ini ialah bahasa herdik, bahasa tempelak, bahasa sindiran, bahasa bukan, bahasa berulang, bahasa seruan atau mengeluh, bahasa naik dan bahasa melampau. Manakala, tujuh jenis ragam bahasa dan satu unsur dakwah tidak ditemui dalam kajian ini. Sememangnya penelitian ragam bahasa dalam unsur dakwah berdasarkan dua buah filem ini sangat menarik. Secara tidak langsung didapati bahawa setiap ujaran yang diperkatakan dan penyampaian mesej lebih berkesan kepada penonton kerana dakwah itu disampaikan kepada masyarakat dengan cara yang lebih santai dan menarik. Hal ini selaras dengan dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 yang memerlukan penyampaian dakwah juga harus lebih kreatif dan menarik dengan wujudnya kepelbagaian media pada masa kini. Penyampaian dakwah juga seharusnya menggunakan pelbagai ragam bahasa bahasa yang menarik.
dc.identifier.uri https://hdl.handle.net/20.500.14170/15294
dc.language.iso ms
dc.publisher Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
dc.relation.conference Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19)
dc.relation.ispartof Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19)
dc.subject Ragam Bahasa
dc.subject Filem
dc.subject Kreatif
dc.subject Unsur dakwah
dc.title Ragam Bahasa dalam unsur dakwah: kajian berdasarkan filem Munafik dan Khurafat
dc.type Resource Types::text::conference output::conference proceedings::conference paper
dspace.entity.type Publication
oaire.citation.endPage 89
oairecerif.author.affiliation Universiti Teknologi MARA
oairecerif.author.affiliation Universiti Teknologi MARA
oairecerif.author.affiliation Universiti Teknologi MARA
Files
Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
Ragam Bahasa dalam unsur dakwah - kajian berdasarkan filem Munafik dan Khurafat.pdf
Size:
517.12 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description: