Home
  • English
  • ÄŒeÅ¡tina
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • LatvieÅ¡u
  • Magyar
  • Nederlands
  • Português
  • Português do Brasil
  • Suomi
  • Log In
    New user? Click here to register. Have you forgotten your password?
Home
  • Browse Our Collections
  • Publications
  • Researchers
  • Research Data
  • Institutions
  • Statistics
    • English
    • ÄŒeÅ¡tina
    • Deutsch
    • Español
    • Français
    • Gàidhlig
    • LatvieÅ¡u
    • Magyar
    • Nederlands
    • Português
    • Português do Brasil
    • Suomi
    • Log In
      New user? Click here to register. Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Research Output and Publications
  3. UniMAP Conference and Proceedings
  4. Memahami kedudukan Islam dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan: cabaran pendidikan Melayu dalam perspektif hubungan etnik
 
Options

Memahami kedudukan Islam dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan: cabaran pendidikan Melayu dalam perspektif hubungan etnik

Journal
Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) 2012
Date Issued
2012-03-29
Author(s)
Nik Yusri Musa
Universiti Malaysia Perlis
Aminurraasyid Yatiban
Universiti Malaysia Perlis
Nazri Muslim
Universiti Malaysia Perlis
Handle (URI)
https://hdl.handle.net/20.500.14170/14688
Abstract
Kertas kerja ini membicarakan perkara yang berkaitan dengan Islam dan orang Melayu sebagaimana peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai suatu subjek yang sangat penting untuk difahami dalam usaha menilai cabaran dan perkembangan Pendidikan Melayu. Peruntukan Islam sebagai agama persekutuan, hak kebebasan beragama, penetapan hal ehwal Islam sebagai sesuatu yang terletak dalam bidang kuasa negeri, kedudukan raja-raja sebagai ketua agama dan pembentukan Majlis Agama Islam untuk membantu menjalankan kuasa-kuasa tertentu. Manakala peruntukan orang Melayu seperti kedudukan istimewa orang Melayu, tanah rizab Melayu, Rejimen Askar Melayu di Raja dan persempadanan kawasan pilihanraya. Analisis menunjukkan Islam dalam perlembagaan itu bukan sahaja hanya terkandung dalam Perkara 3, tetapi iajuga harus dibaca bersama dengan Perkara 8, II, 12, 121, 150 dan kedudukan Yang di Pertuan Agong dalam hal ehwal agama Islam. Manakala analisis menunjukkan peruntukan orang Melayu bukan sahaja setakat dalam Perkara 153, tetapi juga terangkum dalam Perkara 8(5e), Perkara 89 dan 90 dan Jadua! Ketiga belas mengenai persempadanan kawasan pilihanraya. Kesimpulan secara umumnya menunjukkan bahawa Islam dan orang Melayu mempunyai keistimewaan dari agama lain di Malaysia. Orang Melayu pula mempunyai kelebihan dari orang bukan Melayu serta dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Apakah situasi tersebut menggugat keadilan atau kesamarataan yang perlu dikecapi bersama oleh rakyat Malaysia yang pelbagai sifatnya? Bagaimana impak kefahaman ini mampu diterjemah dalam mendepani cabaran pendidikan Melayu yang turnt berkait langsung dengan kepelbagaian etnik yang sedia ada di tanah air? Perbincangan kertas kerja ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama mengenai peruntukan Islam dalam perlembagaan dan bahagian kedua menyentuh tentang peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan. Perbincangan dalam kertas kerja ini juga akan memfokuskan perspektif hubungan etnik di Malaysia kerana kedua-dua perkara ini iaitu Islam dan Melayu dalam perlembagaan sentiasa menjadi polemik dalam masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik.
Subjects
  • Seminar Pendidikan Me...

  • Melayu

  • Islam

  • Perlembagaan Persekut...

  • Pendidikan Melayu

  • Hubungan etnik

File(s)
Memahami kedudukan Islam dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan- cabaran pendidikan Melayu dalam perspektif hubungan etnik.pdf (4.4 MB)
Downloads
1
Acquisition Date
Oct 15, 2025
View Details
Views
1
Acquisition Date
Oct 15, 2025
View Details
google-scholar
  • About Us
  • Contact Us
  • Policies