Now showing 1 - 1 of 1
  • Publication
    Kajian keusahawanan sosial dalam melestarikan alam sekitar
    ( 2020)
    Nur Suriaty Daud Fhiri
    ;
    ;
    Manusia dimuka bumi ini memerlukan alam sekitar yang seimbang supaya kesejahteraan dan kualiti hidup manusia dapat dicapai. Namun, dunia hari ini menyebabkan manusia terlalu bergantung kepada dunia sains dan teknologi. Realiti ini menyebabkan manusia leka dalam menjalankan tanggungjawab memelihara alam sekitar. Kajian ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan alam sekitar, untuk menggalakkan usahawanan sosial dalam menggunakan idea inovatif bagi melestarikan alam sekitar dan sebagai cadangan untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar melalui pendekatan inovatif keusahawanan sosial. Keusahawanan sosial bukanlah sesuatu yang baharu, namun di Malaysia ia belum digunakan secara meluas. Hanya segelintir usahawan yang terlibat dalam bidang keusahawanan sosial ini kerana kurangnya pengetahuan dan pendedahan yang jelas tentang konsep keusahawanan sosial. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan isu semasa pencemaran alam sekitar di Malaysia, pendekatan inovatif keusahawanan sosial dan usahawan sosial berjaya.