Options
Shuhairimi Abdullah
Preferred name
Shuhairimi Abdullah
Official Name
Shuhairimi, Abdullah
Alternative Name
Abdullah, S.
Abdullah, Shuhairimi
Abdullah, Shuhairimi A.
Main Affiliation
Scopus Author ID
57189289959
Researcher ID
HHA-3883-2022
Now showing
1 - 3 of 3
-
PublicationSiri Diges Kemanusiaan : Kebitaraan InsanIsu kemanusiaan merupakan permasalahan semasa yang tidak kunjung padam dalam lembaran sejarah manusia. Buku ini memerihalkan isu-isu berkaitan keagamaan, kemanusiaan, komunikasi dan teknologi maklumat serta juga isu keusahawanan. Perbincangan bagi setiap isu dikupas berdasarkan persoalan isu semasa yang berlaku pada masa kini. Penulisan bersiri secara tahunan oleh ahli akademik ini berdasarkan kepada bidang kepakaran masing-masing. Penglibatan dan perkongsian ahli akademik yang berlatar belakangkan pelbagai disiplin ilmu menjadi kekuatan kepada diges kemanusiaan supaya sentiasa relevan dalam mendepani isu-isu semasa yang berlegar tentang kemanusiaan. Semoga penulisan ini dapat merangsang minda para pembaca untuk memahami dan mengkaji dengan lebih lanjut berkaitan isu-isu kemanusiaan yang dinamis keperluannya.
-
PublicationKeusahawanan Islam di Malaysia : perkembangan dan cabaran( 2020)Solahuddin Abdul HamidPenulisan keusahawanan Islam akan membawa pembaca untuk memahami isu-isu semasa yang sering dibincangkan dalam keusahawanan. Ini kerana, persoalan kemanusiaan sentiasa bersifat kompleks dan dinamis bersesuaian dengan realiti dan kondisi sesuatu masyarakat. Pelbagai cabaran dan rintangan perlu dihadapi oleh manusia demi meneruskan kelangsungan kehidupan di muka bumi dengan sejahtera khususnya dalam konteks keusahawanan. Topik perbincangan ini dimulakan dengan konsep keusahawanan kemudian diikuti dengan konsep keusahawanan Islam. Selanjutnya, perbincangan difokuskan kepada kedudukan ilmu keusahawanan dari sudut muamalah Islam. Bagi memberi gambaran yang jelas, konsep usahawan berjaya dikupas dengan mengambil kira pandangan al-Quran dan hadis supaya para pembaca mendapat gambaran yang jelas mengenai konsep pandang semesta Islam berkaitan keusahawanan. Penulisan ini juga turut membincangkan cabaran yang dihadapi dan peranan kerajaan serta kepentingan pembudayaan keusahawanan Islam pada masa kini. Semua perbincangan ini disertai dengan contoh-contoh semasa yang relevan dengan negara Malaysia pada hari ini. Adalah diharapkan pembaca dapat mengambil faedah daripada isu-isu yang dihidangkan oleh para penulis.
-
PublicationDinamika minda baharu : keusahawanan dan kemanusiaan( 2020)
;Khairunnisak Ahmad Shakir ;Azahari RamliMuhammad Shukri BakarDinamika Minda Baharu: Keusahawanan dan Kemanusiaan akan membawa pembaca untuk memahami isu-isu semasa yang sering dibincangkan dalam keusahawanan dan juga isu-isu sampingan berkaitan kemanusiaan. Persoalan keusahawanan dan kemanusiaan sentiasa bersifat kompleks dan dinamis bersesuaian dengan realiti dan kondisi sesuatu masyarakat. Pelbagai cabaran dan rintangan perlu dihadapi oleh manusia untuk meneruskan kelangsungan kehidupan di muka bumi dengan sejahtera khususnya dalam konteks keusahawanan. Topik perbincangan dimulakan dengan konsep keusahawanan dan diikuti dengan isu keusahawanan. Kupasan menarik seperti orientasi keusahawanan, kreativiti, kompetensi keusahawanan, kualiti, dimensi-dimensi yang ada dalam keusahawanan dan turut disentuh berkaitan keusahawanan sosial. Bagi tema kemanusiaan pula isu-isu berkaitan komunikasi dan teknologi maklumat turut dibincangkan. Semua perbincangan ini disertai dengan contoh-contoh semasa yang relevan dengan negara Malaysia pada hari ini. Adalah diharapkan pembaca dapat mengambil faedah daripada isu-isu yang dihidangkan oleh para penulis.