Now showing 1 - 3 of 3
  • Publication
    The hegemony of religious elite in women’s leadership in Islamic boarding school: as regional head in East Java
    (AIP Publishing, 2023)
    Nurul Azizah
    ;
    ;
    Mohammad Armoyu
    ;
    Makmur Haji Harun
    ;
    Joseph Okwesili Nkwede
    The involvement of local Islamic boarding school (Pesantren) elite in regional head election in East Java becomes winning determiner. In direct local election, there are roles of religious elite which significantly influences constituent's vote. Elite utilizes religious hegemony in increasing societies politic participation during election. The era of new religious movement changes the tendencies of thinking paradigm that for the first time women emerges as regional head. This paper was aimed to analyses the hegemony of religious elite based on Pesantren in postmodernism era in regional head election especially at East Java. This research used qualitative research with descriptive perspective and content analysis of qualitative data which revealed that there are hegemony and patron client movement of Islamic boarding school (Pesantren) among kyai, students, alumni, sympathizer, and Pesantren communities as strategy to win regional head. In this research, researcher used elite theory approach and politic participation theory. Research data obtains from library and document analysis from the related institution. The formulation of this problem is how religious elite hegemony the societies in increasing public participation and convincing voters to vote women candidates as governor. The analysis result remarks the hegemony of religious elite becomes tool to obtain the power in regional head election because there are big influences of religious elite functioning giving dogmas to society through religious routines ritual such as religion speech.
  • Publication
    Siri’ dan Pesse’: pembentuk nilai dan identiti Melayu Bugis
    ( 2021)
    M. Hasyim Mustamin
    ;
    Makmur Haji Harun
    ;
    Kejayaan dan keberhasilan orang Bugis yang bermigrasi ketika dahulu ke Tanah Melayu tidak dapat dipisahkan dengan tampilan sifat khasnya yang ditopang oleh nilai dan identiti budaya yang diwarisinya, sama ada secara individu mahupun kelompok (kolektif). Nilai dan identiti Bugis tersebut adalah Siri’ dan Pesse’ yang menjadi pandangan hidup dan amalan kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, konsep Siri’ dan Pesse’ sebagai falsafah hidup orang Bugis dianggap semakin luntur dan kurang difahami hari ini oleh masyarakat yang berketurunan Bugis disebabkan oleh perubahan sosial yang berlaku. Proses asimilasi budaya dan globalisasi yang begitu hebat memberi cabaran tersendiri terhadap nilai-nilai, adat dan tradisi yang difahami dalammasyarakat berketurunan Bugisterutama yang hidup di perantauan. Ekoran daripada situasi tersebut, ramai kalangan Melayu berketurunan Bugis hanyadapat mengenal dirinya sebagai berketurunan Bugis namun tiada memahami dan mendapatkan pendedahan konsep Siri’ dan Pesse’ sebagai falsafah hidup mereka. Justeru itu, kertas kerja kerja ini bertujuan untuk mengesan dan mendedahkan semula konsep Siri’ dan Pesse’ sebagai pembentuk nilai dan identiti di kalangan masyarakat Bugis.
      1  4
  • Publication
    Analisis pengajaran Bahasa Melayu dan Jawi dalam Pelita Bahasa Melayu (PBM) karangan Za’ba
    (Penerbit UniMAP (UniMAP Press), 2019)
    Makmur Haji Harun
    ;
    ;
    Sitti Rachmawati Yahya
    Za’ba nama panjangnya Zainal Abidin Ahmad, kelahiran 16 September 1895 di Batu Kikir, Jempol Negeri Sembilan, meninggal dunia 23 Oktober 1973. Nama Za'ba popular dalam Organisasi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu kerana ahli akademik dan penulis gerakan politik Akademik Malaya dan Agama Islam, juga dikenali sebagai sasterawan dan pemikir Melayu keturunan Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940an. Tokoh ini merupakan pejuang bahasa Melayu dan Jawi yang komited dan berbakat, Za’ba merupakan pengembang sastera berdasarkan Jawi dengan kaedah Za’banya. Kemudian kaedah pengajarannya dikembangkan melalui buku karangannya Pelita Bahasa Melayu (PBM) dalam tiga jilid. Kepelbagaian kaedah dalam buku ini telah menyumbang pelbagai ilmu yang kekal abadi lagi nyata sebagai bukti komitmen beliau memperjuangkan bahasa Melayu dan Jawi. Perjuangan Za’ba dibuktikan lagi dengan melahirkan kaedah pengajaran tersendiri melalui buku Pelita Bahasa Melayu (PBM) yang diguna pakai dalam memartabatkan bahasa Melayu tersebut dari masa ke masa. Kaedah beliau terus meluas dan digunakan ke seluruh wilayah Nusantara bahkan menjadi karya tulisan pengantar pengajaran dan pembelajaran menjadi panduan linguistik moden di pelbagai peringkat sekolah, berpola pengajaran dan pembelajaran bahasa yang berkesan. Kaedah beliau penuh simbol dan falsafah tersendiri mencerminkan kekayaan khazanah dan budaya masyarakat Melayu. Za’ba juga merupakan tokoh hebat yang telah pergi untuk selama-lamanya, tetapi karyanya tetap abadi sehingga kini. Semoga kajian ini dapat memaparkan analisis mendalam terhadap kaedah pengajaran bahasa dari Za’ba sebagai pejuang gigih dalam memartabatkan bahasa Melayu dan Jawi di Malaysia khasnya dan di Asia Tenggara amnya, sekali gus mampu menjadi satu wacana ilmu yang dapat mengungkap kekayaan khazanah warisan Melayu di Nusantara.
      6  1